Tuesday, April 20, 2010

kawan yang mengecewakan

huh hari ni aku sangat kelam-kabut.


pagi-pagi dok tengok balance kat cheque butt dan mb2u. sekali eh betol ke ni? kelip mata laju-laju. kira lagi dan lagi.


sekali alamak dah tersalah tulis amount kat cheque yang keluar sabtu lepas. dah terover paid. ish ish camne ni??????????? bukan sikit tapi banyak yang terover paid. nak dapat balik yang ter over paid tu bukan senang.


aku call kawan yang aku bagi cheque tu dia cakap cheque dah bank in. aku bla bla bla bla kat dia. dia cakap cepat stop payment. nanti susah nak dapat balik.



aku blur blur blur on mb2u dan zassss stop payment. rasa cam dah selamat.


9.30 terus ke mbb jumpa officer suruh dia tengok betul ke dah stop payment. dia kata ok. fuh semangat selamat.


pastu dia tanya berapa amount cheque yang dah bank-in. aku cakap rm**,***.**


oh u ada masalah ni. first u kena top up rm yang u keluarkan cheque tu. kalau rm tak cukup bank akan charge u rm100.00. kalau setakat stop payment bank charge rm10.00.


aku cakap u bagi masa i top up rm. officer tu cakap before 12 ok.


aku tak boleh lagi bank in cheque baru sebab kena tunggu cheque yang dah bank in terover paid tu datang balik kat branch. cheque tu bank in kat mbb pasir putih. officer tu cakap selalunya cheque akan datang balik dalam kol 10 pagi keesokan hari. bila cheque dah dapat balik barulah aku boleh bank in cheque baru.


tapi walau macam mana sekalipun first aku kena top up rm dalam akaun. aduh aduh aduh.


aduh berpeluh aku dengar. banyak rm yang kena top up. ish camne jadi camni. camne aku boleh tersalah tulis cheque. sebabnya semalam masa tulis cheque tu kawan aku tu tengah cerita hot story. aku terlampau asyik dengar dia pok pek pok pek. aku tak kira betul-betul berapa yang aku kena bayar. aku tak tolak rm yang aku dah bayar. sekali kira terus tulis cheque dan bagi kat dia. dan aku tahu nak dapat balik rm yang terover paid itu adalah mustahil. sebab aku kenal sangat dengan orang tu.


peluh menitik-nitik walaupun aircond dalam bank sangat sejuk. banyak kena top up. banyak sangat banyak. balik rumah korek-korek dalam almari dalam hangbag cari duit. tak cukup.


aku call beberapa orang kawan nak pinjam duit dorang sekejap je. sekejap je. esok aku bagi balik. aku tahu dorang ada duit sebab dorang ni semua berniaga. so cash money tentu ada dalam tangan. alangkah kecewanya aku sorang pun tak boleh tolong. semua dengan alasan.


sedih sangat sebab kawan baik kawan rapat kawan yang pernah kita tolong buat aku macam ni. bukan aku nak mengungkit tapi aku kecewa sangat-sangat. bukan nak pinjam lama sekejap je. esok sebelum 12 tengahari aku bayar balik. kalau tak caya pun aku bagi dorang cheque siap-siap. so esok dorang boleh cashkan.


itupun dorang banyak alasan. tiba-tiba teringat dalam tabung haji ada duit sikit boleh jugak membantu. terus pegi pejabat pos cadang nak keluar duit tabung haji. sekali kat pejabat pos hanya boleh masukkan duit tapi tak boleh keluar.


peluh makin membasahi baju. sebabnya aku kena top up before 12 tengahari. aku call hb mintak dia temankan aku ke tabung haji ipoh. dah la jalan jem. parking tak dak. aku suruh hb renti tepi jalan apa-apa hal aku nak keluar duit dulu. kereta belum renti elok aku dah terjun.


pastu sampai tabung haji punya orang ramai. kena tunggu 17 orang lagi. jam dah 10.35 minit. kaunter adalah sangat slow sebab ramai warga emas yang berurusan. korang tahulah dorang nak jalan ke kaunter dah amek masa. nak keluarkan ic dah terkebek-kebek. pastu sorang punya urusan dalam 10 minit. kaunter bukak 3 je.


kalau camni caranya matilah aku. aku dah berpeluh sakan. aku berdoa sampai rasa nak menangis. ting tong ting tong panggil nombor ramai yang tak ada. agak lega di situ. skip skip skip tinggal lagi 4 nombor je. kejap jer dah nak sampai nombor aku. masa tu dah 11.10.


kaki dah menggeletar cepatlah cepatlah tolonglah. pastu sampai turn aku. melompat aku ke sana. budak tu tanya kenapa kak. adik tolonglah akak bla bla bla ada berap minit lagi. tolonggggg.


tinggal 12 minit saje lagik. zasss siap. bekejar aku ke parking. cari mbb paling dekat. sampai mbb sekali lagi aku terjun dari kereta berlari ke atm. masa tu tinggal lagi 8 minit. masukkan duit. duit pulak lembek tak boleh masuk. aku masuk dulu duit yang ok. melilau aku cari kot sape-sape boleh tukar duit dengan aku.


pastu ada sorang hamba Allah tengok muka aku dan aku pakcik....tolong bla bla bla...dia tengok purse dia alhamdulillah dia ada duit keras. syukur......selesai semuanya.



moral of the story:

lain kali kira betol-betol baru tulis cheque.

lain kali kalau kawan-kawan yang rapat ngan aku terdesak cam aku...insyaAllah aku akan tolong dorang walaupun dorang dah mengecewakan aku hari ini. walaupun aku sedih tapi aku akan lupakan apa yang telah berlaku hari ni. aku sangat menghargai erti persahabatan.

2 comments:

  1. ala kesiannya.. mesti panic gila kan!

    ReplyDelete
  2. dhill,
    Ya Allah,telan air liur dah rasa pahit dah. rasa nak muntah macam-macam rasa. 1st time jadi cam gini.
    dhill,lama tak update blog. u bizis eh?

    ReplyDelete