Sunday, May 9, 2010

alhamdulillah akhirnya termakbul jugak

berita terkini


semalam kan tak jadi lunch date so petangnya hb jumpa jugak dengan client tu. pung pang pung pang akhirnya semua jadi kenyataan. akceli ini perjumpaan kali kedua. kali pertama dulu bincang hal lain. masa dok bincang-bincang client tu tertarik dan menarik dengan idea hb. sebab tulah perbincangan kali kedua diadakan. semuanya tidak dirancang. semuanya berlaku secara spontan.


aku suka cara macam ni. tak meleret-leret. janji nampak profit sudah. tak payah hegeh-hegeh nak buat kertas kerja ke hape benda alah nak menyakinkan orang tu. tak payah nak sembur air liur bebanyak pastu kiv kiv kiv.


sangat mudahkan. maybe sebab nama hb dan nama orang tu kat hujungnya adalah sama so dorang berdua mempunyai chemistry. mungkin?


kini status client dah bertukar menjadi rakan-kongsi.


alhamdulillah syukur. semoga segalanya berjalan dengan lancar dan sukses.


sekarang tengah sibuk mencari nama syarikat dan logo yang sesuai. orang tu serahkan bulat-bulat hb uruskan semua tu.


setakat ini itu sahaja yang dapat aku storikan. bila company dah set up semua dah on semua dah ok baru aku pukul canang kat sini. bukan nak bermegah-megah just nak share dengan korang semua kegembiraan kami.


sebelum ni aku bercadang nak buat satu bisnes nak bukak satu kedai. tapi nampaknya belum ada rezeki ke arah itu. banyak sangat halangannya. dah nak jadi sangat ada saja faktor penyumbang kegagalan. aku tak kecewa namun aku bersyukur ada hikmah di sebalik semua kejadian itu.


buat masa ni biarlah aku tolong hb set up new company. banyak keja ni maklumlah semuanya baru. harap-harap kali ni hb berjaya dan jangan cepat putus asa. aku akan sentiasa berdoa semoga usaha hb kali ni membuahkan hasil dan profit yang berlipat-ganda.


InsyaAllah.

2 comments:

  1. Salam Ziarah, Semoga Berjaya apa yg di usahakan

    ReplyDelete
  2. kak nani,
    salam,tq. insyaAllah.

    ReplyDelete