Monday, May 10, 2010

semputkah atau sakit otot?

bangun pagi dah pening kepala. sebab malam tadi tido tak nyenyak. entah jam berapa tiba-tiba aku semput. semput lite-lite gitu. sapu minyak angin dan terpaksa tido sambil duduk dan kepala atas bantal peluk yang dilipat dua. dah agak-agak ok baring dan tido atas bantal tak sampai 5 minit menyucuk-nyucuk yang agak heavy sikit. so bangun duduk dan tido macam posisi tadi kepala atas bantal peluk.


berapa lama entah aku tido camtu sedar-sedar kaki kebas dan rasa tak sakit lagi. so sambung tido baring atas bantal sampailah alarm bunyi jam 6am. tak terus bangun biar alarm bunyi 3 kali selepas setiap 5 minit baru bangun dan solat subuh. lepas solat baring dan golek-golek atas katil sambil pikirkan sesuatu.


akceli dah lama aku nak cerita kat korang kenapa tiba-tiba aku dapat sakit semput ni. kadang-kadang aku konpius adakah ini sakit semput/lelah ataupun bukan. sebabnya kalau semput selalunya orang tu akan batuk dan berkahak dan dada berbunyi-bunyi kan. tapi aku tidak. lagi satu sakit ni selalunya berlaku selepas waktu magrib ke atas. sebelah siang tak pernah lagi aku semput.


bila nak sakit, sekitar bahagian dada aku terasa cam kebas dan kalau dibiarkan tak sapu minyak angin lama-kelamaan terasa makin kuat dan kuat. ketika sakit itu menyerang aku susah sikit nak bernafas. dan sakit ni akan effect dan kebas sehingga ke bahu dan bahagian belakang membawa ke pinggang. selalunya kalau sakit dah sampai tahap aku tak tentu arah aku akan suruh hb urut belakang. selepas urut aku mesti muntah paling kurang 2 kali. lepas dah abes keluar semua isi perut baru lega sikit. itupun kena tido duduk sambil berteleku atas bantal. tak boleh tido secara normal.


aku dah jumpa doktor banyak kali (doktor yang sama) dan doktor sahkan aku bukan semput sebab paru-paru ok. doktor asyik bagi ubat yang sama. doktor cakap aku sakit otot di bahagian dada. doktor cakap sakit itu menyerang sekiranya aku terlampau banyak tunduk bangun (menonggeng) berulang-ulang kali dalam satu-satu masa. ataupun sekiranya cuaca sejuk dan kadang-kalanya kalau cuaca terlampau panas otot di bahagian dada tadi akan sakit. aku juga tak boleh angkat benda-benda berat walau sebaldi air sekalipun sebab ia memberi tekanan di bahagian otot dada.


dan aku juga tak boleh makan makanan yang berangin dan sejuk contoh nangka, kacang, kangkung, bayam dan banyak lagi kalau nak disenaraikan kat sini rasanya yang aku boleh makan ikan bilis je kot.


dulu aku pernah ceritakan aku selalu sakit time period atau selepas period. sakit time period tu menjalar sehingga ke paha sebelah kanan. sakitnya...masyaAllah. doktor cakap itu period pain sebab sakit tu hanya datang time period sahaja. dan doktor juga klafikasikan sakit yang menjalar sehingga ke peha itu adalah sakit otot jugak. tak paham aku.


ubat yang dibagi adalah ubat angin, ubat otot dan ubat tahan sakit. sebab dah banyak kali sakit dan doktor asyik cakap benda yang sama so aku tukar klinik. laaaaaaaaa doktor klinik baru pun cakap yang sama. pasal period pain tu jawapannya sama dan pasal semput tu pun jawapan yang sama bukan semput tapi sakit otot.


dua-dua doktor tanya pernahkah aku jatuh dari tempat tinggi? jawapannya tak pernah

pernahkah aku jatuh menghempap dada? jawapannya tak pernah kot

pernahkah dada aku terhempas pada objek keras? jawapannya tidak pernah

habis tu kenapa tiba-tiba aku sakit otot dibahagian dada?


aku rasa aku tahu jawapannya. kenapa tiba-tiba aku dapat sakit? aku dapat sakit ni selepas ena meninggal dunia. apa kaitannya dengan ena?


dalam blog nestumrasberi aku ada cerita pasal ena, pasal penderitaan ena menanggung sakit sebelum meninggal dunia dan episod tu tergantung begitu sahaja sebab aku belum dapat kekuatan untuk mengabeskan episod seterusnya. insyaAllah akan aku abeskan dan aku bercadang nak postkan episod ena tu kat sini dalam nestumrasberry.


ok, walaupun aku tahu yang ena sudah tak de harapan lagi tapi sebagai seorang kakak aku masih berdoa dan solat hajat semoga berlaku satu keajaiban buat ena. selepas pegi tengok ena pagi tu aku terserempak dengan doktor yang operate ena. dah lama aku nak jumpa dia tapi tak pernah dapat jumpa. memang rezekilah pagi tu akhirnya dapat jugak jumpa.


direct aku tanya pada doktor tu harapan dan berapa percent lagi ena dapat diselamatkan. doktor tu cakap zero percent. dalam tempoh beberapa jam dari sekarang ena akan pergi buat selamanya.


bila dengar doktor cakap macam tu aku rasakan dunia ni berputar laju. mata aku dah berpinar-pinar. badan aku dah mengigil-gigil. dari wad icu aku berjalan ke arah dewan tempat menunggu tanpa perasaan. aku jalan menegak rasa kaki tak jejak ke bumi. aku naik tangga seolah-olah ditolak-tolak dari belakang. sampai ke anak tangga paling atas aku nampak along (suami yong kakak amin) aku cakap 'along........ena dah tak de......doktor cakap anytime ena meninggal....betul ke along? along tengok muka aku dia pandang tajam ke mata aku. muka along serius masa tu. muka along berkerut-kerut masa tu. along mengangguk perlahan dan masih merenung tajam ke muka aku. tiba-tiba yong datang dan yong jugak mengganguk-angguk pada aku sambil menahan air mata. bila kedua-duanya mengiyakan pertanyaan aku tiba-tiba aku rasakan ada benda besar menghempap aku dari atas. aku rebah di kaki along.


suasana cemas berlaku ketika itu. aku pengsan buat kali pertama. dan anggota kecemasan terpaksa dipanggil. tekanan darah aku ok tapi dada aku berombak kencang. disebabkan aku pengsan tadi so aku terpaksa di bawa dengan ambulan ke wad kecemasan. aku ditemani kaklong dan iza adik amin.


aku dah sedar masa tu. tapi mata aku tak boleh berkelip aku pandang ke satu arah sahaja. jenuh aku paksa mata aku berkelip tapi tak boleh. doktor panggil nama aku tapi suara aku tak boleh keluar. doktor tepuk-tepuk pipi aku tapi kaki tangan aku kejang tak boleh bergerak. aku cramp.


aku dengar doktor cakap tapi aku tak boleh respon. bukan sahaja tak boleh respon aku rasakan aku dah tak boleh bernafas.


tiba-tiba aku rasa ada satu benda menikam ke dada aku. aku tersentak dan melambung di atas katil. rupanya sorang doktor tu dah menumbuk dengan kuat ke arah dada aku. barulah aku kembali ke alam nyata. barulah aku bernafas dan gerakkan mata. tapi kaki dan tangan aku masih cramp.


cerita selanjutnya akan aku stori dalam episod ena nanti.


apa yang nak aku ceritakan di sini....itulah penyebabnya aku sakit otot dibahagian dada. sebab aku ditumbuk dengan kuat oleh seorang doktor. doktor tu penyebab aku sengsara dapat sakit otot di bahagian dada.


aku tahu doktor tu cuba menyelamatkan aku dari terkena stroke dan agaknya itu sahaja jalan yang paling mudah untuk menyedarkan aku. atau tak adakah cara lain selain dari cara doktor yang aku anggap agak kejamsssss sedikit.

No comments:

Post a Comment