Tuesday, May 4, 2010

mencari jawapan.....

tadikan....baru je sekejap tadi kol 11.47malam aku dan hb dari ipoh odw nak balik rumah. waktu-waktu camni jalan kat batu gajah ni dah senyap-sunyi. kalau nak tido baring atas jalan pun tak de hal. sure boleh tido lena punya.


hb tak la bawak kereta laju. sedang-sedang je. kelajuan sesuai la dengan keadaan semasa. aku pulak boleh bukak seat belts padahal belum sampai depan rumah lagi. elok bukak je...tiba-tiba sekor anjing kaler kuning melintas ke tengah jalan secara mengejut. sedar-sedar dah ada depan kereta.


hb terus tekan emergency brake dan cuba mengelak anjing tadi. nasib baik la sempat mengelak. anjing tu ok je la. tak kena sikit pun. tapi aku ni hah yang kena. disebabkan aku dah bukak seat belts so aku melambung ke depan dash board. aku sempat tahan dengan dua belah tangan. nasib baik muka tak terhempas kena cermin depan. cuma tangan aku rasa macam terseliuh sikit sebab tahan tangan sepenuh tenaga.


hb cakap kalau tak de power brake dah tentu anjing tu kena langgar. bila anjing kena langgar tentu kereta di luar kawalan dah tentu kereta kami terbabas sama ada langgar tembok kat tepi sebelah kiri atau langgar pokok kat sebelah kanan. pendek kata ke arah mana sekali pun tetap kami accident.


accident? huh aku trauma betul. bulan satu accident. bulan dua accident. bulan tiga accident. syukur alhamdulillah bulan empat kami tak de apa-apa. bulan 5 nyaris-nyaris accident lagi.


bila dah selalu sangat diuji dengan musibah accident ni membuatkan aku termenung panjang dan berfikir tanpa henti. kenapa? mengapa?


apa petunjuk sebenarnya? aku muhasabah diri mencari jawapan. aku senaraikan di mana salahnya di mana silapnya. apa kekurangannya. aku buntu aku kaku. sakit kepala aku ni pikir pikir dan pikir. namun aku tak dapat jawapannya.


akhirnya selepas aku teliti dalam-dalam, aku pujuk diri aku bahawa setiap kejadian itu ada hikmahnya. hikmahnya supaya aku lebih mendekatkan diri aku kepadaNya. itu sebenarnya Allah nak tunjuk pada aku dan hb. ya......itulah sebenarnya.....

No comments:

Post a Comment