Tuesday, May 4, 2010

rezeki lagi beb

selepas bercuti panjang ber hur har ke sana ke sini akhirnya tibalah masanya untuk bekerja. yes bekerja. so hari ini nak tak nak aku kena siapkan 2 kertas kerja dan 2 lagi borang b. sepatutnya benda-benda ni semua last week aku kena siapkan. last week kan aku bizi berulang-alik ke saujana utama jadi kerja-kerja aku tu terbengkalai.


aku ni ada satu perangai kalau keja tak siap atau kerja buat separuh-separuh mulalah apa yang dibuat semua tak kena. contoh tengah kemas bilik tetiba teringat ala yang tu tak siap lagi. dan perasaan akan jadi tak selesa sepanjang hari. walaupun perasaan tak selesa tapi kalau mood nak buat kerja belum mari tak guna jugak.


pagi semalam dah semangat nak buat borang b, selak sana selak sini mood tarak mari sudahnya letak tepi. pastu bukak pc nak buat kertas kerja sama jugak mood belum mari...sudahnya tak jadi jugak.


then layan fb sampai lebam. mata mengantuks kita tido dulu. sedar-sedar dah 2.38 petang. hiks. not good not good. basuh muka konon nak sambung buat kerja...hampeh. hb ajak keluar temankan dia. pastu aku suruh hb hantar aku ke rumah lagi satu. hb tinggalkan aku kat situ so aku lepak nengok tv sampai 7.30 malam. pastu bersiap sebab ada appoiment ngan client kol 8.30 malam di ulu kinta. selesai jumpa client on the way balik ada sorang lagi client call hb cakap nak jumpa esok (hari ni). alang-alang kami dah ada di ipoh so kami terus set jumpa di nashmir old town ipoh. nashmir restoran ni cantik la korang. kat depan dan tepi restoran ada lanskap yang sangat cantik. next time kalau aku pegi kat situ aku snapo picca.


client ni dulu agak-agak nyombongs gitu. maklum la orang dapat projek big big. mana nak pandang pada kami ni. tak layan pun kat kami ni. entah apa mimpinya cari kami jugak. mula-mula tu client ni tadi masih lagi terbawak-bawak kesombongans dia tu. berlagak stylo gitu. rupanya banyak benda yang dia tak tahu. banyak benda yang dia tak up date. hah tu la lain kali jangan sombongs. rugi tau orang sombongs sombongs ni. kata dia kenapalah dari dulu dia tak kenal kami. laaaaaa kan kita dah kenal lama dah. cuma awak je yang tak pandang kami ni.


ok ok kita lupakan pasal tu. semua orang biasa buat silap macam tu. kami dah biasa sangat dah orang pandang kami ni cam kecikkkkkk je cam tak ada value je. kesimpulannya kami dapat job dari dia. alhamdulillah syukur......


ok client tu pulak bawak sorang kawan dia chinese, mr lam. nak jadi cerita...semuanya secara kebetulan dan semuanya dah diatur oleh Allah subhana taala, semuanya rezeki beb. mr lam tu kebetulan nak export barang ke china. masalahnya mr lam ni zero knowledge pasal export barang. langsung tak tahu apa yang patut dia buat dari a to z kalau nak export barang. sebab ini first time dia buat semua tu.


dah seminggu lebih dia agak blur blur tak tahu nak tanya kat sape. semalam dia ada jumpa sorang kawan dan dia minta pendapat pasal nak export barang. disebabkan mr lam tu buta information nyaris-nyaris dia tak kena tipu ngan kawan dia. aku bagitahu kat dia kalau berurusan dengan client dari oversea, make sure client tu T.T duit dulu before barang keluar. disebabkan ini first deal so mr lam patut mintak CBD. semalam aku cerita sikit-sikit kat dia apa yang patut dia buat dan apa yang tidak patut dia buat.


banyak kali dia geleng-geleng kepala sebab katanya lucky dia jumpa kami. kalau tak dah tentu dia kena tipu. tu la buat bisnes ni kena ada banyak knowledge pasal semua hal. jangan dapat projek supply barang nak pulak supply ke oversea dah gah dah kembang. dalam kepala otak dok calculate untung untung mali. tak buat costing betul-betul.


aku pulak alhamdulillah 20 years pengalaman berkerja dengan banyak big company so aku dapat banyak experience pasal banyak benda. syukur....pengalaman kerja dulu aku dah gunakan sepenuhnya sekarang untuk mencari rezeki. kadang-kadang tu risau gak, ya la aku kan freelance kadang-kadang tu risau takut tak de income.


setakat ni syukur alhamdulillah rezeki tak putus-putus Allah bagi pada aku dan hb. kami amalkan membaca surah al-waqiah setiap malam. fadilat membaca dan mengamalkan surah al waqiah adalah "Sesiapa membaca surah Al-Waqiah maka tidak akan jadi miskin selama-lamanya".

3 comments:

  1. akak buat bisnes apa? hehe saja tanya

    ReplyDelete
  2. cheedah,
    nanti akak email cheedah apa bisnes yg akak buat ye :)

    ReplyDelete