Saturday, May 22, 2010

kenapa mentera ulik mayang yang diseru?

21/5/10 jam 11.47 malam

+ nino dah tido ke? nanti nino solat boleh tak doakan tak jadi pape kat kaklong dan semua budak maktab ni. 2,3 ari ni kecoh pasal budak form 1 nampak 'benda'

- ok. banyak baca ayat kursi, 3 qul, surah yassin dan surah al-baqarah. lewat malam jangan keluar bilik



22/5/2010 jam 8.15 pagi

+ nino, semalam tu cite dia camni...ada budak form 1 sembang-sembang ngan cikgu pasal ulik mayang. cikgu tanya la kenapa? pastu cikgu suruh cari sendiri. dorang pun search internet. pastu adalah mentera apa entah...agaknya dorang gi baca masa kat dorm. mula-mula kat atf sebab itu blok budak form 1. pastu ada akak masuk blok kita orang dia kata ada 'benda'. sekarang benda tu efek kat att ngan rumah hep. tapi rumah hep tak sangat la. tu yang semalam semua baca yassin. pastu tak boleh stay up. pastu baca ayat kursi tiup kat penjuru bilik.


atf & att - aku tak tak tahu ape maknanya.


patut la benda tu datang sebab kena seru. kaklong cakap kat belakang dorm dorang ni hutan dan agak menyeramkan kawasan tu. aku nak kata padan muka kat budak form 1. yang korang test market tu apa pasal. nak tengok ya. hambek ko tengok puas-puas. setakat kacau form 1 je tak kisah la kan. ni abes semua orang benda tu kacau. siap rumah hep pun kena. kan menyusahkan orang namanya. yang gatal sangat nak bereksperimen tu apa pasal??????????????????


dah berani seru so berani lah korang budak form 1 tanggung. ish geram pulak aku. sekarang kan tengah mid year exam. baca buku jelah. yang ko pi baca seru menatang lain buat hape. kan dah kecoh satu maktab. bukan ape budak-budak lain yang tengah exam terganggu emosi dorang.


cerita pasal 'benda' menunjukkan diri kat asrama dah perkara biasa aku dengar. ap dulu kat star odw balik dari toilet ke dorm terserempak dengan 'benda'. aku dah lupa apa yang ap cerita kat aku. tak silap aku lepas tu ap demam. betol tak ap?


dan aku pernah cerita pasal 'benda' yang bertenggek kat tepi tingkap rumah kawan aku kan. agaknya 'benda' tu dah ca alif but sebab dah lama kawan aku tak cerita pasal tu.


ini pulak cerita dari misah jiran baby aka mak angkat kesayangan baby aka bakal mak mertua baby yang duduk belakang rumah baby tu.


ceritanya begini....


mula-mula pindah ke saujana utama 1 time tu kawasan persekitaran adalah ladang kelapa sawit dan hutan-banat. apa orang kata tempat jin bertendang. belum ada pembangunan. yang ada hanya SU1. siap je rumah kat SU1 misah pindah. ada berapa kerat je rumah yang berpenghuni. bulan pertama kedua pindah misah ni selalu terasa bulu tengkuk dia meremang tak tentu pasal. pastu sekali-sekala ada la nampak kelibat-kelibat. misah tak berapa nak ambek kisah sebab balik rumah hanya nak tido. masa tu misah keja kat motorola (eh betul ke?) so waktu shift keja misah 12 jam siang 12 jam malam. setakat nampak sipi-sipi tu tak jadi hal yang penting balik rumah adalah untuk tido.


tapi suami misah kami panggil cik ali selalu la kena ganggu. sama macam misah jugak sekali-sekala benda tu tunjuk kelibat sana-sini. mula tu dia pun tak ambek pot sebab jadual kerja dia yang padat. cik ali cameraman tv3. so selalu outstation dalam dan luar negara. sama macam misah balik rumah untuk tido je.


tapi makin lama benda ni makin berani. dia main-main kat tengkuk cik ali. cik ali tak peduli jugak. makin lama makin kerap benda tu buat hal. kadang-kadang terasa benda tu dekat sangat dengan cik ali. dan benda tu macam suka kat cik ali. selalu je tengkuk cik ali ni meremang bila naik tingkat atas. kadang-kadang terasa tengkuk dia kena hembus. dan cik ali terasa yang benda tu selalu mengekor ke mana dia pegi bila berada di tingkat atas. yang peliknya kat bawah tak de apa-apa pulak. kat atas je.


lama jugak benda ni bermaharaja lela dan kelibat benda tu dah makin kerap. satu hari tu kerana tak tahan cik ali menjerit 'kalo ko berani ko tunjuk diri ko. aku nak tengok. tunjuk tunjuk sekarang'


sekali benda tu tunjuk diri dia...........hah hambek ko. mata besar yang sangat merah menyala. rupa yang sangat menjijikkan dan bau yang sangat meloyakan......


cik ali ni bukanlah kosong orangnya ada ilmu jugak kat dalam. so berbicaralah cik ali dengan benda tu terang-terang. cik ali maki sumpah seranah dan halau benda tu dari rumah dia.


lebih kurang camni dialog dia aku pun dah lupa...


ini rumah aku. bukan rumah engkau. ini tempat aku bukan tempat engkau. engkau jangan main-main dengan aku. pastu cik ali maki-hamun benda tu wat dek je. sekali cil ali dah geram dia buatlah apa yang ayah dia pernah ajar kat dia cara-cara nak halau menatang ni. bertempur jugaklah cik ali dengan menatang tu. peluh tak usah citer la dah basah lenjun.


eh aku dah lupa la apa yang cik ali buat. part last masa cik ali cerita tu aku tak berapa concentrate sebab tengkuk aku meremang dan dengar tak dengar je cik ali cerita. yang aku ingat menatang tu keluar ikut tingkap rumah berdesup desup bunyinya. dan alhamdulillah sampai sekarang tak de la dorang kena kacau.


dan banyak jugak blog yang aku masuk dorang sendiri pernah berjumpa dengan benda-benda ni. dan aku sendiri rasanya belum lagi jumpa secara berdepan kot. setakat meremang bulu tengkok tu adalah.


dan aku tak nak dan tak ingin pun nak kena atau nak jumpa. nauzubillah mintak simpang mintak dijauhkan.

6 comments:

  1. arghh, jiran2 kte pun banyak cte tp kte je x pena nampak lagi :O rumah cik ali tuu, mesti dkat ngan rumah kte.

    "dan aku tak nak dan tak ingin pun nak kena atau nak jumpa. nauzubillah mintak simpang mintak dijauhkan"
    - OK, kte pun !

    ReplyDelete
  2. famyy,
    oh tak demam eh? nino lupa la ap. tapi mama ada citer ap demam la. ap nampak apa? citer la nino dah lupa. ap nampak tengah malam buta orang alim pakai jubah dan serban berdiri merenung tajam kat ap ke? betol ke? kalo betol nampak orang alim pakai jubah dan serban tu baguslah tu. itu tandanya dia sayang kat ap. dan dia nak ap ikut jejak langkah dia la tu. ha ha ha ;0

    ReplyDelete
  3. amelyy,
    first dah lama nino nak tanya kenapa eh nama emilyy ada double y dan nama famyy pun ada double y? konpius konpius :)

    harap2 kita semua tak jumpa 'benda2' tu kan amelyy. mahu demam setahun kot :]

    ReplyDelete
  4. ninooo :) hehehe, double Y tu, sbenanye takde motif pun. saje saje :p

    ReplyDelete
  5. amelyy,
    ala nino gurau je. heheh

    ReplyDelete