Saturday, May 22, 2010

ulik mayang....nak panggil 7 putri?

sms terkini dari kaklong jam 2 petang


+ tadikan dorang cite ada couple form 1 ni, yang budak laki baca mantera kat blok akademik sebab dia nak kumpul 7 putri. sekarang baru dapat kumpul 4 putri. tapi tadi sara cakap dah cukup 7


abes tu dah cukup 7 putri nak buat apa benda? nak mintak nombor ekor? tak pun nak mintak soalan bocor?


ok ok nino bagi cadangan mintak la kat putri 7 tu dorm yang korang duduk tu bertukar jadi istana complete ngan dayang-dayang istana. so tak payah la korang bersusah-payah berhempas-pulas membasuh baju bagai.


mengarut + mengada-ngada = tak cukup ilmu di dada dah nak test power


biar je la kaklong 7 putri tu datang. at lis dapat jugak berkenalan ngan makhluk ghaib ni.


huh macam berani je aku ni....silap-silap malam karang menjelma 7 putri ni datang dalam mimpi aku. aku ni bukan boleh. benda pelik sikit je mulalah masuk mimpi.


contoh nya semalam boleh aku mimpi hanis zalikha si model cantik jelita tu masuk dalam mimpi aku. siap sign otograp lagi. puncanya sebelum tido aku baca entri dia pasal susu. itu je. tak pasal-pasal benda terakhir yang baca sebelum tido masuk dalam mimpi aku.


korang jangan tak tahu aku jugak pernah mimpi jumpa ceeramoon, viruspadu+nisa, bigmouth dan dila ryzadi pun ado. eh tak silap aku peej pun ada kot aku mimpi. tapi tak ingat dah apa sinopsis mimpi semua tu. biasalah aku sekarang ni cepat lupa sebab suka makan kepala ikan.


uh...harap-harap malam ni ok lah tak mimpi apa-apa. tapi kalau mimpi jumpa ena, abah, tok, opah dan liza tak pe. dah lama dorang tak datang jenguk aku.


ada caranya kita nak orang yang meninggal dunia datang jumpa kita. tak tahu lah betol atau tak? wallahualam. ada makcik jual kitab dia suruh amalkan tiap-tiap malam jumaat sebanyak 3 kali jumaat baca..........ala apa kena aku ni tiba-tiba je boleh mati akal tak ingat apa benda pun. maklum la dah tua kot. nanti aku tanya kaklong sebab makcik tu cakap kat kaklong.


masa tu mama kaklong baru je meninggal dunia so makcik tu suruh kaklong amalkan ayat/surah (serius aku tak ingat). aku tak tahu kaklong pernah buat atau tak? nanti la aku tanya kaklong dan aku update kat bawah nanti apa ayat/surahnya.


eh korang tiba-tiba meremang pulak tengkuk aku ni

No comments:

Post a Comment