Wednesday, May 12, 2010

apek dipagi buta dan nyonya ditengah malam buta

pagi tadi odw balik ke rumah lagi satu aku lalu kot highway lumut yang baru tu, jarang lalu kot ni sebab terasa jauh sangat dan lagi satu aku trauma bila lalu kot tu je selalu terserempak ngan kerbau kat tepi higway. aku fobia ngan kerbau ngan tanduk dia ngan kaler badan kerbau yang kelabu tu. uh!


kalau nampak kerbau dari jauh aku pelankan kereta sepelan-pelannya. bawak dalam 40 je kot. sambil bawak sambil mata terjegil-jegil takut kerbau tu tiba-tiba melompat ke arah aku. fobia beb! pagi ni tak de la pulak kerbau-kerbau tu. wpun tak de aku tetap berwaspada mana tahu tiba-tiba muncul kan.


kerbau tak de lain pulak yang jadi


dari jauh aku nampak sebiji kereta dari arah bertentangan sekejap ke tengah sekejap ke tepi macam tak tentu arah camtu. pastu kereta tadi tiba-tiba buat u-turn dan terus masuk laluan aku. terkejut aku. elok lepas u-turn tu sekali lagi kereta tadi ke tengah ke tepi. aku yang kat belakang ni pun tak tentu arah dibuatnya. aku nak potong kanan elok dia masuk kanan. aku gerak ke kiri elok dia pulak ke kiri.


eh eh pehal ko ni. aku follow je dari belakang. line clear aku cadang nak pecut dan potong. tapi kereta depan tu tak bagi ruang untuk aku motong kereta dia. dah agak 5 minit follow bontot dia so aku tekan minyak bagi signal kanan zassssss nak potong. sekali lagi kereta depan tu buat hal. elok aku nak pecut dia terus masuk kanan. tapi belum sempat dia masuk aku tekan minyak sekuat hati potong kereta dia sambil honnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn. geramnya.


masa melintas kereta tu aku sempat toleh kiri dan tengok oh apek tua rupanya. apek tu tak pandang aku pun. lantak ko lah. ko yang salah nak main cak-cak tengah highway tu ngan aku. silap banyak la ko.


pastu aku pecut semahunya sebab geram tak abes lagi ngan apek tu. dah nak sampai kat simpang aku bagi signal kiri. aku tengok cermin belakang kereta tadi pun bagi signal kiri. suspen jugak. pastu aku lajukan kereta, kereta belakang tu pun laju jugak. eh eh eh


ok tak pe aku bagi signal nak masuk kanan kereta tu pun bagi signal kanan. ayoyo. debar sikit dah ni. itu kereta mahu cari gaduh ka?


aku bagi signal kanan lagi sebab nak masuk lorong ke rumah aku. sekali kereta tu pun bagi kanan jugak. dah sah ni apek tu tak puas hati kat aku sebab aku honnnnnnnnn dia tadi. mebe dia terkejut beruk kot tadi. so dia nak buat perhitungan dengan aku.


aku slow dia pun slow. cuak seh. aku curi-curi pandang belakang tengok kereta tu betul-betul belakang aku. dah dekat nak sampai depan rumah aku bagi signal kanan sebab nak parking depan gate rumah aku. aku nampak kereta tu bagi signal kiri dan parking betul-betul depan rumah sebelah kiri.


memang sah apek ni nak cari gaduh ngan aku. aku sengaja buat-buat cari kunci padahal kunci dah ada dalam gengaman. pastu apek tu belum keluar dari kereta dia lagi. mebe dia nak tunggu aku keluar dulu kot. aku pura-pura cakap kat hp. padahal masa tu termengah-mengah baca ayat kursi.


tarik nafas terus selamba keluar kereta dan tutup pintu kereta tangan dah stat gigil. kunci kereta dah terjatuh. mata jeling ke arah kereta tu, dada dah dap dup dap dup...nampak apek tu keluar kereta. apek tu bukak pintu belakang dan ambek sesuatu kat belakang. apek tu tak pandang muka aku pun. lepas ambek barang dalam kereta menonong dia masuk rumah kat depan tu.


laaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa apek depan rumah ke. laaaaaaa patut la aku signal kiri dia kiri aku signal kanan dia kanan aku slow diapun slow rupanya jiran aku. la ingatkan tadi nak cari gaduhhhhhhhhh. kenapa aku tak cam rupa dia masa dia keluar kereta tadi.


tu la bila takut dah menguasai diri dah tak nampak apa dah tak perasan muka orang dah. logiknya buat apa aku nak takutkan. bukan salah aku pun. aku nak potong kereta dia pastu dia pun nak masuk kanan aku hon kan dia. itu je. bukan jadi ape pun.


apek tu tak de apa aku je perasan lebih. pastu dah termalu-malu sorang-sorang.


ok ini satu lagi aku nak cerita tapi cerita ni tak de kena mengena ngan cerita kat atas. tengah malam tadi aku dah tido lena 12.05am tak silap aku hp aku berbunyi. selalunya time tu kaklong yang call. aku capai hp tengok bukan nama kaklong tapi khew mei kuan. (kmk ini wife bos aku. bos aku mr lai yang meninggal dulu tu). aku tengok nama dia aku terus off kan sebabnya pehal pulak ko call aku tengah malam buta ni. mebe dia salah dial kot. aku tak kisah sangat. dia call lagi aku angkat tapi putus. pastu dia call lagi...aku biarkan lama sikit. mebe ada hal ni, kalo tak kenapa dia call banyak kali.


dalam keadaan mamai aku jawab

+ niza....ini khew mei kuan

- hah....

+ mr lai.....mrs lai

- ok ok

+ niza, toooooooo koooo yuuuuuuu

- u cakap apa ni? thank you?

+ bukan. bukan.


dia ni memang sepatah haram pun tak tahu cakap melayu. pastu dia pass hp kat sape entah

+ niza....khew mei kuan accident

- so?

+ saya mahu tanya itu insuran first party atau 3rd party

- apa insuran?

+ itu kereta AGT insuran.......

- eh mana saya tahu?

+ bukan dulu u bikin meh?

- saya tak bikin la. itu mr lai bikin sendiri. saya tak tahu


aku dengar dorang cong ceng cong ceng cakap cina bunyi bising sangat. aku agak kat tepi jalanraya kot sebab dengar bunyi kereta lalu-lalang. aku paham la sikit-sikit aku dengar kmk cakap aku tahu.


+ niza, itu insuran AGT

- haiya saya mana tahu. *aku dah tinggikan suara. manalah aku tahu ko punya insuran kereta nyonya oiiii

+ ok ok


dia offkan hp. aku dah terjaga so susahlah nak tido balik. pusing kiri kanan dekat sejam kot baru tido. peliklah aku semua nak tanya aku. insuran kereta ko itu ko punya hal. dah la call aku tengah malam buta kol 12 lebih. time orang tido ko tak boleh tunggu siang ke nak nanya aku. bikin panas je.

6 comments:

  1. eh nino, bukan KMK tuh dah meninggal ?
    hbis tu yg

    "niza....ini khew mei kuan" tu sape ?

    ReplyDelete
  2. emily,
    yang meninggal tu hubby dia mr lai, bos nino dulu. khew mei kuan @ kmk tu isteri mr lai dan masih hidup lagi.

    nanti nino baca balik perenggan tu, ada kekeliruan ye. nanti nino betulkan.

    ReplyDelete
  3. ohohoh, dah seram dah igt cite hantu tadi xD

    ReplyDelete
  4. buat lawak je..
    tu tnde nye sruh bli f30 la uh.

    ReplyDelete
  5. huhuhu..ingatkan apek tu samseng jenjalan ke..atau pun......apek yg menyeramkan

    ReplyDelete
  6. sayangsayangibu,
    tu la pasal. cara apek tu macam cari gaduh je. rupanya jiran dpn rumah.

    ReplyDelete