Tuesday, May 4, 2010

dah siap. la la la la

setelah berhempas-pulas membanting tenaga akhirnya petang ni siap jugak 2 kertas kerja yang dah seminggu terbengkalai. fuh lega. pagi tadi pulak dah siap 1 borang b. tinggal 1 lagi belum siap. yang tu sap-sap-soi sebab ini tahun pertama dia declare income tax. so tak banyak benda yang nak di add kan dalam borang b. kalau concentrate buat dalam sejam siap kot.


kejap lagi kol 6 petang nak jumpa clients semalam. dorang nak bagi dokumen untuk aku buat kerja yang dorang nak.


esok pagi ya esok pagi aku ada interview. interview? eh kata tak nak makan gaji dah? hurm panjang ceritanya....takpe lah aku pendekkan kat sini. last week hb ada site visit di tapah dan slim river dengan kawan dia. dah setel semua tut tut kawan dia tak boleh nak anta hb balik batu gajah. so hb suruh aku datang ambek dia kat ampang.


sampai kat ampang ingatkan ambek hb zasss boleh balik batu gajah. sekali dorang tunggu sorang kawan pulak pasal site visit tadi. nak tak nak terpaksa join dorang. aku tak berapa nak suka join ngan ngan kawan-kawan hb. sebabnya kawan-kawan dia (bukan yang ini) suka perli-perli hb mengangkut aku kulu-kilir.


mula-mula dulu aku tak terasa sangat tapi bila dah selalu sangat agak kepedapan la jugak kan. hb cakap dia tak de hal ngangkut aku kulu-kilir. yang korang kerek sangat ni pehal. biasalah bila orang laki bersembang kan ada ketikanya tersasul-masul. tengah sedap-sedap menyembang tetiba gepren call. hah gepren? jadi dengan adanya aku kat situ suasana jadi tak selesa la kot.


aku pun tak suka ngekor hb sana-sini. kalau aku tahu dia nak jumpa kawan-kawan dia minum teh tarik so aku dah paham. tentu dorang nak kan privacy. kalau aku ada sure dorang cakap aku ni menyibuk kan. tak reti duduk rumah.


ok ok berbalik pada cerita asal.....sementara tunggu kawan hb yang sorang lagi tu datang, mr albert sembang ngan aku. dia tanya aku keja kat mana. aku cakap tak keja. duduk rumah je. pastu dia tanya aku nak keja tak? aku diam je sebab sekarang ni aku kurang berminat nak keja. macam yang aku cakap dulu dah letih nak keja. mr albert ni beria-ria tanya experience aku. aku pun bla bla bla bla. tiba-tiba dia call kawan dia director kilang roti dan tiba-tiba dia recommend aku kerja kat kilang kawan dia tu. tak semena-mena dia pas hp dia kat aku. dia suruh aku cakap ngan director tu.


aku.....tergamam! eh nak cakap apa ni. director tu interview aku dan dia cakap pasal akaun dia yang very the kelam-kabut...bla bla bla bla.


director tu cakap next week selasa or rabu dia call aku. tadi kol 1 petang dia call dan suruh aku datang interview. alamak....camne ni. aku dah malas la nak interview interview ni. aku dah syok dok rumah, lepak-lepak, boleh tido ikut suka hati (yang ni paing best).


aku diskas ngan hb. dia cakap pegi je la. sebab mr albert yang recommend. nanti apa pulak kata dia. la bukan aku yang nak pun. mr albert tu yang buat decision sendiri. hb cakap pegi je la. time interview tu buat biasa-biasa je. buat cam tak interested sangat...boleh?


betul gak. pegi je la. buat biasa-biasa je. dan nanti demand gaji yang tak masuk akal. hehehe. itu je cara kita nak menolak kan. cara lembut gitu.


aku dah siapkan resume dan gosok baju. dah bersedia untuk diinterview esok. uh excited la korang. dah lama tak intreview ni. walaupun saje-saje je aku pegi interview esok pagi tapi ada sedikit getar.


apa keputusan interview tu esok aku stori-mori.

2 comments: