Wednesday, June 9, 2010

update

update jam 8.07 malam


tengahari tadi doktor bagitahu dorang dah buat 3 ECG. ketiga-tiga ECG menunjukkan heart beat dalam keadaan abnormal. bermakna anytime heart attack akan menyerang sekali lagi. so doktor suruh hb bertenang, relax dan tidur.


buat masa ni doktor inject ubat (dari unsur khinzir - aku lupa nama saintifiknya). buat masa ni hanya ubat itu sahaja yang boleh mencairkan tahap kolestrol dalam darah. ubat tu kena ambil 6 kali setiap 12 jam sekali.


kolestrol dalam darah hb 7.5. dan ada 3 lagi aku dah lupa semuanya melebihi tahap normal dan dalam kategori dangerous.


icu di hospital bt gajah ni ada 3 katil sahaja. yang agak kritikal hb dan sorang patient india.


semalam aku agak cemas sebab doktor cakap kalau lambat bawak hospital hb mungkin stroke. selepas ni kalau terasa sakit atau terasa berdebar-debar pada bahagian jantung kena terus datang hospital.


doktor cakap hb bernasib baik kali ni dan lain kali belum tentu boleh selamat. akceli banyak benda yang aku pikir dan nak buat entri ni pun aku rasa sangat tak selesa.

4 comments:

  1. salam kak,

    Ya Allah saya baru tahu.. la ni jarang dapat online asyik berebut laptop ngan anak2.

    Ed doakan hb akak tak der apa2 dan cepat sembuh. Insyaallah kak.. akak kuatkan semangat yer..sama2lah kita doakan kesejahteraan hb akak.

    ReplyDelete
  2. bahaya jugak ye kalau gitu,
    semoga cepat sembuh dan kuatkan semangat
    untuk memberi semangat kepada insan yg dsayang.

    ReplyDelete
  3. Salam nino..kak nani tahu nino kuat semangat tu...boleh hadapi dengan tabah....berdoalah selalu.

    ReplyDelete
  4. kak lama xupdate...hubby akak dah discharge dr ward ke? saya doakan hubby akak sihat ok..

    ReplyDelete