Monday, July 19, 2010

deroyan

pagi semalam mak call pak sedara tanya kol berapa dorang nak datang sebab kami nak masak-masak special sikit. alah bukan special apa sangat pun nasik lemak dan sambal sotong kembang je.


kol berapa nak datang

tak jadi datang la kak sebab pagi-pagi ni nak ngutip deroyan. petang karang nak ngutip lagik. lain kali lah kak...

oh ya ke. ingatkan jadi datang kak cadang nak masak nasik lemak tengahari ni.

tak jadi kak ingat kejap lagi nak call kak bagitahu tak jadi

hah tak pe lah nanti raya kita jumpa. datang rumah raya nanti tau.

insyaAllah

ape dia....ambek deroyan? balik ambek deroyan? tak tahu lah sebab amin tak de ni. dia kat star lagi

kak bagi no hp amin saya call dia suruh balik ambek deroyan. saya nak nganto tak dan ni.

ok ok nanti kak tanya amin dulu


mak call amin bla bla bla bla bla. ok tunggu saya pegi kenduri kawin kat clearwater dulu. pastu kita balik padang rengas ambek deroyan.


3 lebih camtu amin sampai rumah kami zasssss balik padang rengas. sampai dalam 4.15 camtu. pak sedara tak de dia pegi ambek deroyan. mak sedara @ cik ham dengan mak limah ada. kami borak-borak pastu cik ham cakap nak masak bubur deroyan. bubur jagung dah siap.


sementara bubur deroyan masak, mak limah menunjukkan skil menjahit manik kat baju. wah....pandainya dia jahit. kreatip sungguh. pastu sepupu aku siap tempah jahit manik baju raya lagi. duduk saja-saja kat rumah pun boleh buat duit ni. jahit manik rm40 satu baju. aku tak berapa minat jahit-jahit manik ni. aku lebih berminat jahit langsir dan cadar/sarung bantal je. tapi....jahit manik boleh buat duit ni. tambah nak raya ni kan. sape-sape yang suka baju lip-lap sure nak tempah jahit manik kan.


aku skip jap nak citer pasal mak sedara adik mak aku. dia tukang jahit. setakat ni dah 200 pasang baju dia ambek orang tempah. dah stop tak ambek lagik. kalo musim raya ni memang berduit sesangat dia tu. baju kurung biasa rm30 belum lagik yang baju pesen-pesen rm70-100. tiap-tiap tahun ribu-raban dapat duit hasil menjahit. menjahit pagi petang siang malam sampai mata cengkung. pastu hari raya pakat tido sebab letih.


aku ni ada skil menjahit tapi tak serius. jahit baju pakai sendiri je. itu pun dah bertahun tak menjahit baju kurung. kawan-kawan ramai nak tempah tapi belum konpiden nak jahit baju orang. tu la masalahnya aku ni. hurm rasanya lepas ni kena pikir masalah ni.


ok berbalik kisah tadi. bubur deroyan dah masak so kami menjamu selera. makan deroyan makan bubur deroyan makan bubur jagung. sendat perut. masa tu dah dekat kol 6 petang. amin dah ngajak balik sebab nanti nak balik sg buloh lagi.


balik kali ni amin bawak kancil je so tak boleh nak masuk buah deroyan banyak. sikit-sikit pun leboh 20 bijik jugak. dengan rambutannya. manggis, buah nangka. bau dalam kereta taksah cerita lah.


dah menyengit-yengit lubang hidung. nak tarik hembus napas pun dah tak tentu hala. paling tak tahan tu bau tempoyak yang dah siap dan durian yang dah kopek belum proses buat tempoyak.
bayangkanlah.


pastu bila kereta terhentak-hentak masing-masing sendawa deroyan. fuhhhhh. sabor je lah.

No comments:

Post a Comment