Tuesday, July 27, 2010

entri dari blog nestumrasberi tentang ena

kan aku dah cakap kalau teringatkan ena so hari ni semua keja tak menjadi sebab perasaan dah jadi entah ape-ape. mood sedih pagi tadi dah membawa sampai ke tengahari. nak pulak cuaca kat luar sana mendung bermuram menambahkan kesedihan di hati aku ni.

aku bukak blog nestumrasberi singkap balik episod-episod memori ena. baru aku perasan kali terakhir entri pasal ena adalah pada 28/7/2009. hurm setahun lamanya aku tak cerita pasal ena.

ok disebabkan mood aku ala-ala kesyahduan ketika ini so aku kopipes entri terakhir episod 7 itu. so kepada mereka yang belum mengetahui kisah tentang ena...kisah tentang adik aku tu @ mama kepada kaklong, ap dan baby...ikutilah kisah tersebut di sini.

episod 1 hingga 6 korang sikit hari lagi korang boleh baca kat side bar, memori....ena pergi jua



Tuesday, July 28, 2009

Ena episod 7

selasa 18/11/2008 ena dapat panggilan dari dr saiful date baru operation adalah pada isnin 24/11/2008. dan ena kena admit ke wad neuro pada hari kamis 20/11/2008.

aku buat solat hajat agar ena sihat walafiat sepanjang 5 hari sebelum operate. tak tertanggung dah rasanya tengok ena sengsara setiap hari.

esoknya sepanjang hari rabu tu ena bersembang dengan mak seolah2 dah tak de hari esok baginya. ena sms aku mintak aku belikan handbag besar sebab nanti dah operate dia kena pegi ke hosp putrajaya so senang la nak masukkan towel dan segala-galanya dalam hanbag tu. aku cakap ok nanti aku belikan. dan aku bercadang nak belikan selepas ena operate nanti. sebelum tu aku janji nak belikan dia tudung bawal kaler sky blue tapi aku lupa semedang.

sepanjang hari rabu tu ena pesan macam2 benda pada mak. dan ena cakap berulang2 kali benda yang sama. mak pun cam rimas ena dok pesan benda yang sama berulang ulang ulang. dan hari rabu tu jugak budak2 bertiga tu bergaduh disebabkan hal yang terlalu kecik. kaklong mengata ap. ap mengata kaklong. baby pulak mengada-ngada melalak sepanjang hari.

pendek kata hari rabu tu macam2 benda yang merimaskan berlaku kat rumah. ena call aku ngadu budak2 ni degil tak dengar cakap. tak cukop dengan tu ena sms aku geram dengan perangai anak2 yang tak dengar kata. ena mintak aku nasihatkan kaklong dan ap. masa tu aku kat opis tengah sibuk so aku tak balas satu pun sms dari ena. dah magrib pulak baby melalak lagik. pantang salah sikit meraung. yang ap pulak tak abes2 nyakat baby. kaklong pulak pinggan sebijik pun tak nak basuh.

mak pulak mengesahkan tok yang jugak buat perangai pada rabu tu. tok cirit birit atas katil. lepas dah terberak atas katil tok meraung2 sebab katanya menyusahkan mak aku nak kena basuh tilam. mak, kaklong, ap dan baby cuba angkat tok tapi sikit pun tok tak bergerak. aku lupa nak bagitahu kaki tok lumpuh. sebelum ni kalo nak ke bilik air tok akan mengesot pelan2. bila dah jadi camtu badan tok jadi berat. berpeluh2 dorang cuba alihkan tok tapi sikit pun tak berganjak. tangan dan badan mak dah terpalit tahi tok. suasana jadi riuh-rendah. mana tok yang tak abes2 meraung dengan suara mak, kaklong, ap dan baby dah bunyi hape lagik kat dalam umah. bibah sebelah menjerit dari dapur tanya kenapa yang riuh-rendah tu. sudahnya anak bibah si syafiq tolong uruskan tok.

begitulah keadaan yang perlu mak aku tanggung. menguruskan tok yang lumpuh. menguruskan makan minum tok yang tak kira masa. mak cakap ada sekali tu tengah2 malam dengar tok berdoa "Ya Allah, bagilah pahala pada anak aku jah. aku dah tak berdaya. bagilah pahala dan ganjaran pada anak aku jah. syurga lah balasannya". mak menangis tersedu2 dengar doa dari tok. bila aku ingat2 doa dari tok pada mak menitik2 air mata aku ni.


malam terakhir ena di rumah.........

ena kejutkan mak tepat jam 1 pagi. mak kata masa tu mak letih sangat tak boleh bukak mata. ena pegi dekat mak suruh mak datang duduk tepi katil. ena nak bersembang puas2 dengan mak. mak bangun dalam keadaan terhoyong-hayang mengesot ke katil ena.

dah mengeletar tangan aku ni..........nak flashback apa yang ena pesan pada mak......

ena cakap.....

mak....ena ni tak tahulah macam mane.......entah boleh selamat atau tak boleh diselamatkan...........lepas operate nanti entahkan hidup entahkan tidak

ni handpon ni......lepas ena operate nanti tak de dah ena nak phone phone sesape lagik

mak mencelah....ish ape ena cakap macam tu, tak baik cakap macam tu. ena kena kuat semangat. ingatkan kaklong, ap, baby

ena rasa..........ena tak hidup lama......sambil tu ena mula menangis dan mak pun turut menangis

makkkkkkkkk....kalau apa2 berlaku pada ena, mak janji dengan ena tolong jaga anak2 ena. ena harapkan mak jaga anak2 ena.

makkkkkkkkk....mak jaga anak ena. mak jangan pisah2 kan budak bertiga. mak janji dengan ena jangan pisah2kan anak2 ena. ena tahu mak boleh ambek tanggungjawab ena besarkan budak2 ni.

mak....kaklong tu.....(ena detailkan perangai kaklong pada mak...apa makanan yang kaklong suka dan tak suka)

mak....ap pulak (juga ena detailkan ap tu macam mane budaknya...apa ap suka dan tak suka makan)

mak.....baby tu senang nak jaga dia. semua benda dia makan. tak milih. tapi baby ni kuat merampus..tak boleh salah sikit...susah nak pujuk.......tapi baby ni mudah dengar kata, baby tak kedekut, baby boleh diharap....ape2 nanti mak mintak tolong baby....

Ya Allah Ya Allah lajunya airmata aku ni turunnnnnn.....kejap........mata aku dah berpinar2 gelap rasanya........

dan malam terakhir tu macam2 rahsia yang ena kongsikan dengan mak.....rahsia yang boleh membuatkan jantung aku berhenti berdenyut..........


bersambung.........




LinkWithin
Posted by nino at 2:28 PM


3 comment:

rapheydhillo said...
nestum,baru sempat baca ep 6 & 7.. yg awal2 blm sempat baca lagi. Lately bz memanjang. Nak update blog pun tak sempat. Tak sabar nak tunggu next episod..
July 30, 2009 9:25 PM

~ thalhazlin ~ said...
Semoga Allah memberikan balasan pahala pada emak akak..okie kak..saya tunggu sambungannya..
July 30, 2009 11:37 PM

Ceera said...
kak, bila nak sambung..=(
August 7, 2009 1:50 PM

1 comment: