Wednesday, July 28, 2010

info pasal mesir

malam tadi 11 lebih camtu kaklong sms tanya "nino dah tido?". belum kaklong.

ni hah kaklong nak mintak tolong nino search pasal mesir. fai nak kena buat oral b.i.

bila naknya. sebelum jumaat.

ok, nak search ape?
populasi penduduk, makanan, kebudayaan, pakaian, tempat menarik bla bla bla bla

ok. jap nino un9.

makanya aku memulakan pencarian pasal mesir kat wikipedia di tengah-tengah malam buta. tak banyak info yang dapat kat situ. jenuh juga cari dan cari. mak aih kat internet ni tak banyak citer pasal mesir la pulak.

nasib baik masuk kat satu blog perlancongan tu lupa pulak nak save url dia. dapatlah point-point penting. terus sms kaklong.

pastu call kaklong tanya dah cukup ke. belum cukup nino. nino kebudayaan dorang nino.

kebudayaan? dorang suka menari gelek kot. haha jap nino cari....

kaklong dah banyak nino search kebudayaan orang mesir ni dorang suka bercucuk-tanam, walaupun dah moden dorang masih dan suka guna pinggan mangkuk tembaga.

dan walaupun ada macam-macam makanan tapi dorang suka sangat makan roti.

dekat kol 1 kot baru selesai semua. mata dah jadi segar bugar nak bw cam malas terus masuk bilik. ada kot dalam sejam terkebil-kebil dan entah macam mane boleh teringatkan bos aku yang dah passed away tu.

teringat hari last yang keranda nak bawak balik singapore tu. terbayang-bayang aku nengok muka dia dalam keranda kaca tu. tiba-tiba rasa takut semacam sampai aku tertido.

boleh pulak termimpi bos aku. masa aku tengah nengok muka dia dalam keranda kaca tu boleh pulak dia senyum sengeh-sengeh. aku menjerit-jerit dan hb goncang badan aku. tengok jam dekat kol 5 pagi. adoyaiiiiiiiiiiiiiii.

hurm 7/8 minggu depan genap setahun bos aku meninggal. aku selalu citer kat kawan yang aku selalu mimpi pasal bos aku. mimpi macam-macam. mimpi aku masih keja kat tempat lama pastu dia datang opis dan dalam hati cakap eh kan ke mamat ni dah mati. ada sekali tu mimpi dia bagi kunci kat hb. kunci apa entah. pas bagi kunci dia hilang.

kawan aku tanya kalau kita orang islam mimpi orang yang dah meninggal tu kita sedekah al-fatihah atau kalau rajin tu sedekah pisang ke kat masjid kalau cina nak sedekah apa yer. aku cakap sedekah kuih pau. haha gurau je.

No comments:

Post a Comment