Tuesday, July 27, 2010

menangis di harijadi ena

27/7 selasa

hari ni arijadi ena. akceli 2 hari lepas aku dah ingat tarikh ni tapi aku sengaja buat-buat lupa. aku malas nak layan sangat karang aku jadi sedih. biasanya pagi-pagi lagi ena dah call cakap arijadi dia. dan selalunya bila arijadi panggilan telefon adalah free sepanjang hari kan. so sepanjang satu hari tu tak berenti-renti dapat call dari ena.

dah 2 kali arijadi ena selepas dia meninggal aku seboleh-bolehnya tak nak ingat yang 27/7 adalah harijadi dia. sedih bila diingat dan dikenang. sedih sampai ke ulu hati. itu menyebabkan sepanjang hari aku akan moody dan malas nak bercakap.

2 hari lepas bila nampak tarikh tu cepat-cepat aku buat tak tahu. buat macam tak de apa-apa yang istimewa pada tarikh tu. dan seboleh-bolehnya aku tak nak ingatkan mak arijadi ena tu. apatah lagi pada kaklong, ap dan bb. tapi kaklong ngan ap sure dorang ingat tarikh keramat tu kan. cuma dorang pun macam aku masing-masing pendam perasaan.

tut tut pagi ni dapat mesej dari biras ena,

"hari ni besday kak nyah. selalunya bila sue terlupa dia dengan muka tak malunya bagitahu besday dia. siap mintak hadiah lagi. sedih bila terkenangkan hari ni dia dah pegi jauh tinggalkan kita :( semoga dia bahagia di sana dan dicucuri rahmat. Al-fatihah buat rohnya :-(

aku reply

"tu la dua hari lepas dah ingat bday dia. sedih. sekarang ni kalo ingat cepat-cepat buat hal lain kalo tak satu hari suntuk moody yang teramat"

sue reply lagi
"memang sue pun terasa sayu bila terkenangkan dia, semoga Allah Rahmati dia, yang penting walaupun dia dah jauh pergi segala kenangan bersama dia tetap di hati"


lepas dapat mesej sue tu airmata yang aku tahan-tahan sejak dua hari lepas akhirnya jatuh berderai-derai. sesak nafas aku cuba tahan jangan menangis. makin ditahan makin mencurah-curah air mata ini.


tak berakhir kat situ bukak fb pulak sekali lagi berderai airmata


Nino Mok hari ni 27/7 harijadi ena. sedih sampai ke ulu hati bila teringatkan ena :(semoga rohmu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang solihin.Al-fatihahkami semua sangat merinduimu :(
about an hour ago · Comment ·LikeUnlike

Rositahuji Khalib sesame ler kita berdoa moge org2 yg kita sayangi yg telah pergi dulu dari kita setiasa dilindungi...NYA
about an hour ago · LikeUnlike ·

Nino Mok dah bengkak mata teroyak pagi ni ;(
about an hour ago · LikeUnlike ·

Fareeza Bedin nino..mksu dr ming lepas..ms besday ap dok tringt sgt kt arwah..sbb ingt..besday arwah dgn ap dekat2 kn. xpenah lupakan arwah..lg bl mksu dh prgnant nih..kalo ade arwah..msti dgn dia mksu akn byk share cite..sedeh kn..rinduu sgt ..
about an hour ago · LikeUnlike ·


buat ena,
semoga roh ena dicucuri rahmat. berbahagialah ena di sana. tunggulah kedatangan kami nanti.

Al-fatihah buat ena





p/s : aku bercadang nak tranfer memori ena dari blog yang private tu ke sini, insyaAllah. kisah tu masih belum berakhir. seperti yang korang tahu (yang aku invite ke blog yang private tu) kisah tu tergantung begitu saja kan....aku belum punya kekuatan untuk meneruskannya.

2 comments: