Friday, August 27, 2010

anugerah...syukur semuanya dah selesai

aku pernah bagitahu korang kan...*dalam blog nestumrasberi kot

ala pasal sarafudin dan nasarul yang apply ic merah tu. syukur alhamdulillah petang semalam dah dimaklumkan yang permohonan telah diluluskan. dua minggu dari sekarang dorang akan dapat apa yang diidam-idamkan. syukur, syukur, syukur.

8 bulan menunggu dan menunggu tanpa jemu dan penuh harapan. akhirnya doa termakbul.

ini satu anugerah yang tidak ternilai. aku berharap dorang hargai anugerah teragung itu dengan penuh keinsafan. kenapa perlu insaf? kerana proses hendak mendapatkannya kami terpaksa lalui bermacam-macam dugaan dan cabaran.

tiga kali kami accident disebabkannya. dan believe or not accident yang pertama dan kedua adalah tarikh yang sama. accident pertama 8/1, accident kedua 8/2.

accident yang pertama langgar kerbau. kereta remuk depan belakang. walaupun kami tak cedera serius tapi darah yang keluar itu membuktikan ketulusan hati kami. lepas accident dalam keadaan masih berdarah dan bengkak lebam sana sini kami tetap teruskan perjalanan ke putrajaya.

accident kali kedua walaupun sikit secoet tapi tetap jugak dinamakan accident.

accident kali ketiga....kali ni kami kena rempuh dek mat rempit yang bawak moto macam orang gila. sekali lagi kereta remuk kat depan. dua kali dalam masa setahun dan tak sampai 3 bulan kereta masuk workshop.

bertekak ngan orang insuran lagi....yang akhirnya budak tu jadi kawan la pulak. sabar je.

bab penat letih taksah citerlah. ke hulu ke hilir jumpa orang tu jumpa orang besar orang kecik. bil telefon yang melambung tinggi. semua orang yang kami jumpa untuk urusan itu semuanya berkesudahan dengan jadi kawan.

syukur alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami. setiap kali appoiment sebelum jumpa dengan seseorang kami akan buat solat hajat mintak Allah lindungi kami dan mudahkan urusan kami.

cuma ada sekali je kat satu tempat tu hb bertekak ngan orang tu. tapi berakhir dengan suasana aman dan damai.

banyak lagilah pengalaman suka duka yang akan aku kenang dan takkan lupa sampai bila-bila. alhamdullilah semuanya dah selesai.

seronoklah sarafudin dan nasarul sambut raya dengan anugerah yang tidak ternilai ini.


No comments:

Post a Comment