Sunday, August 8, 2010

puasa last minit

alhamdulillah,
hari ni hari terakhir berpuasa. puasa ganti. last minit punya puasa.
selalunya masa keja dulu aku ganti puasa awal. dalam bulan syawal jugak aku akan abeskan ganti puasa.

semenjak-dua menjak tak keja ni adehhhhh agak kemalasan nak mengganti puasa.
malam dah pasang niat nak puasa, paginya ada je yang menghalang.
sama ada hb ajak makan tose atau ternampak hb minum milo panas. aduh tu yang tak tahan.

rasanya ini kali pertama puasa ganti last last minit. startnya khamis minggu lepas break 3 hari sambung balik. isnin puasa selasa tak. then rabu kamis puasa jumaat break sebab yang sama hb ajak makan tose.

sabtu puasa dan hari ni ahad nyaris-nyaris tak dikorbankan tengahari tadi sebab sakit kepala yang teramat-amat sangat.

hurm lagi sejam nak berbuka puasa.
dah tak tahan dan berbayang-bayangkan ais sirap bandung.
kejap lagi 7.10 nak keluar ngan hb berbuka kat luar je lah.
nak makan bihun goreng udang besar basah basah sikit. uh dah meleleh ni.

insyaAllah rabu kita start puasa ye.

ok aku ucapkan selamat menyambut bulan ramadan al-mubarak.
semoga puasa kita tahun ini dirahmati dan mendapat keberkatan.

dah beli baju raya ke?
kat shopping kompleks tengah sales giler-giler ni.

3 comments:

  1. Salam Ramadhan kak.

    Baju raya pun takdak, tema pun taktau lagi :)

    ReplyDelete
  2. salam....
    saye baru jer habiskan puasa ganti bulan lepas...
    nak mulakan mmg liat sikitkan...

    salamat menyambut ramadhan yg bakal menjelma....

    ReplyDelete