Friday, September 3, 2010

pagi-pagi dah geram + eeeeeeeeeeeee= melampau


hari isnin pegi sekolah. selasa cuti merdeka.

rabu mula buat hal taknak ke sekolah. ok tak pe

kamis buat hal lagi liat nak pegi sekolah. ap dah ngamuk tarik baby masuk bilik air. dah mandi tak nak pakai baju sekolah. aku dah mula geram tapi buat dek je. baby janji esok pegi sekolah.

jumaat tergeliat kiri tergeliat kanan. dah mula la tu. tergeliat-tergeliat tu point tak nak ke sekolah la tu. aku diam biar pah setel dulu. 15 minit lagi kol 7pagi baby masuk bilik air. dah 5 minit air tak bunyi aku intai tengok dia dok mengcangkung termenung. baju seluar tido pun belum bukak. aku cakap mandi cepat. baby buat muka. panas dah aku nengoknya. aku jirus air kat badan dia, terpekik terlolong menjerit-jerit sebab kena jirus air. aku jirus 5 6 cebok then suruh dia keluar dia tak nak. baby jerit kuat-kuat. lagilah aku hangin. aku tarik dia tak nak keluar. pastu baby berdiri kat tepi pintu wat dek je. aku tanggalkan baju dia meronta-ronta. tanggal seluar pun dia meronta-ronta tak nak bukak seluaryang dah basah tu.

aku pura-pura cari lipas melompat dia keluar dari bilik air terus ke depan. masih lagi tergeliat-tergeliat tak nak pakai baju sekolah. tengok jam dah dekat sangat kol 7. aku tarik masuk bilik. baby berdiri tegak tak buat ape-ape pun.

aku tinggikan suara jerit sikit...baby cepat pakai baju. kol 7 dah ni. cepat cepat. dia buat muka buat tak tahu je kat aku. berdiri tegak membatu dan buat muka tak bersalah. apa lagi naik la angin aku sekali lagi. nak pakaikan dia baju punya la seksa sebab dengan meronta-ronta dengan kaki tangan dia nak lepuk muka aku.

tiba-tiba....pap sekali kat bontot dia. lagi kuat dia meronta. pap lagi sekali kat kaki. pap lagi sekali kat tangan. last sekali aku jemput sikit mulut dia. apalagi menjerit terlolonglah dia. ala bukan aku pap kuat pun sikit je bagi dia takut. bila kena pap baru nak pakai baju sambil jeling-jeling kat aku takut kena pap lagi. aku saja angkat tangan standby bagi dia takut.

pakai baju merampus-rampus. aku tengking pakai elok-elok nanti nino pap lagi. nak?

baju sekolah dah renyuk. aku keluar bilik panaskan injin kereta. dari dalam kereta aku nampak dia baru nak susun buku padahal malam tadi aku dah bising suruh susun buku rupanya dia tak buat. eeeee geramnya aku ngan baby ni.

aku reverse kereta keluar gate nampak dia terkocoh-kocoh pakai stokin pakai kasut. setapak-setapak dia jalan ke kereta. air mata dah berlinang-linang.

bukak pintu belakang nak duduk kat belakang tapi aku kunci siap-siap.terpaksalah dok depan. dalam kereta air mata meleleh-leleh. sedih agaknya selalu nino tak pap betol-betol. pagi ni nino pap dia betol-betol.

aku wat dek je tak tegur baby pun. sampai depan sekolah nak melintas jalan baby tak bagi aku pegang tangan dia. bila nak pegang tangan dia tarik sentap. protes! ha ha

selalunya aku akan hantar dia sampai dalam kelas kat tingkat 3. tak pun hantar kat tangga tapi pagi ni hantar kat depan pagar sekolah. menonong berjalan tak salam tak cium pun. marah sangat kat aku kot.

aku tengok dia masuk pagar harap-harap dia toleh ke belakang tengok aku tapi non ado. masuk dalam kereta alahai kesian pulak kat baby. bila pikir-pikir balik eiiiiii tak boleh dibiarkan baby buat perangai tiap-tiap pagi. ni dah bulan 9 means dah 9 bulan sekolah masih nak buat perangai tak nak ke sekolah.

tapi alhamdulillah walaupun jarang ke sekolah disebabkan selalu sangat demam + malas kesekolah keputusan setiap kali exam sangat memberangsangkan. contoh mid year exam baby dapat nombor 3.

tak larat nak pikir dah kenapa yang dia tak suka pegi sekolah. dah jumpa cikgu dia cakap dia aktif masa belajar. dalam kelas tak suka buat bising. dia disenangi kawan-kawan dan cikgu-cikgu. entah kenapa tak suka ke sekolah....kepelikan betol.






2 comments:

  1. nino,
    maybe kengkawan dia dok cerita pasal parents dorang kut.. tu yg dia rasa lain tu.. maybe.
    kesiannya :-(

    ReplyDelete