Wednesday, November 10, 2010

ini jawapannya....

ini dari entri lepas

"memang la orang akan nampak macam aku ni berlebih-lebih macam mengada-ngada tak boleh terima suratan. korang tak rasa apa yang aku rasa. menempuhi episod episod kehilangan dalam jangka waktu yang terlalu hampir. korang yang tak menempuhinya jangan menilai aku."


ini pulak komen dari 2 orang pengikut aku....


2 comments:

ceera said...
kak, tak pernah saya nak menilai kak. Saya rasa akak sangat tabah ada..alfatihah untuk arwah.
November 8, 2010 1:56 PM


ceera, sejak dari blog nestumrasberi yang diprivatekan ceera, edrina, saudah, thalhazlin, rapheydhillo dan beberapa orang lagi adalah pengikut yang paling setia mengikuti setiap entri duka dari akak. kemudian blog nestumrasberry muncul ceera, edrina, saudah, thalhazlin, rapheydhillo masih menjadi pengikut setia akak. kemudian beberapa pengikut baru seperti cheddah, si jari telunjuk, sayang-sayang ibu dan kawan-kawan ap...emily, paan, eqa pulak sudi berkongsi rasa dengan aku. korang semua followers aku yang sentiasa memberi kata-kata semangat kata kata hikmat buat aku.

tapi....malangnya ada jugak sekor dua lalat langau yang suka-suka hinggap baca blog aku dan suka-suka sesedap mulut meninggalkan komen yang melukakan hati aku. sebab tulah keluar ayat "korang yang tak menempuhinya jangan menilai aku". aku tujukan pada sipolan yang sudah aku kenal pasti siapa orangnya. buat sipolan itu....terima kasih kerana terlalu sudi dan terlalu rajin singgah blog aku.....ini adalah satu satu sebab kenapa blog nestumrasberi aku diprivatekan. tapi blog nestumrasberry ini aku tak berhajat nak private. lantak pi lah kau lalat langau. ko nak bertenggek kat sini? bertenggeklah sampai kematu vontot ko sekali pun. komen-komen ko aku baca bukan aku tak baca. tapi sori banyaklah aku tak kan publish kat sini. dan aku tahu niat ko hanya nak bagi aku baca kan....sila kan wahai lalat langau. silalah tnggalkan komen banyak-banyak. manalah tahu satu hari nanti tergerak hati aku nak publishkan.

dan tak sangka sungguh blog aku yang tak seberapa ni pun lalat langau suka nak baca. welcome!welcome!

memanglah spesis lalat langau ni dia bukan kira blog tak glamer ke blog glamer ke. blog glamer lagi la dia suka meninggalkan tahi. kali ni walau pun dah banyak kali ko kacau aku tak marah SUKA LAGI ADE.


komen ke dua dari eqa.....

ms-askarr said...
nino.......... ;(eqa pun sama.. bile nmpak je org pkai baju kapa, terus pndang bawah. bile makan mcdonald msti teringat hari sukan skola last year. famy ckp, "kawan ngn korg (eqa, amely, nisa, mia and anis) ni, asyik maaaakan je !".pastu teringat muffin D:em.. eqa phm ape yg nino rasa.. nino saba eh...
November 8, 2010 11:33 PM

ini jawapannya :
kan eqa kan...betol tak apa nino cakap hanya mereka yang menempuhinya sahaja yang dapat rasa apa yang nino rasa. thank you eqa. dan nino tahu rasa dan perasaan yang sama berlaku pada eqa,emily, nisa, mia, anis, paan, dollah, hakim dan kawan-kawan yang rapat ngan fami kan.

3 comments:

  1. betul Nino, cube kene pade diri dorang, tgk ape perasaan dorang. org yg hari2 kitorg jumpe, yg hari2 share cite same2, tibe tibe takde, mmg lah sedih. nino, kbelakangan ni kte asyik dgr suare org mcm arwah famy tp bile tgk2 bukan die :( kitorg sume akan sentiasa igt fami !

    ReplyDelete
  2. amely,
    nino tersenyum simpul baca new entri blog amely. tapi tak boleh nk post komen la. kenapa eh? bestnya bila berkumpul ngn kwn2 kan. macam2 hal mcm2 cerita berlaku.

    ok....betol amely org yg kita jumpa dn dengar suara tiap2 hari tiba2 sekelip mata tak de. bila teringat kita rasa rindu. kalo boleh diputarkan masa kita nak buat apa yg kita tak buat. bila rindu secara semulajadi perasaan jadi resah gelisah. macam nino...ape pun yang terjadi kat nino...nino tak boleh nak share ngn sape2 pun. ngn hubby tak boleh sbb dia x blh dgr nama ap jam2 tu jugak semput. nak share ngn pah? lagi la tak boleh. so jalan paling mudah nak release tension nino coretkan kat blog. dgn harapan apa yg terbuku dlm hati dpt keluar. bila org komen kata nino terrrr lebih-lebih nino mengada-ngada pilu rasa hati ni. org yg komen tu tak paham apa yg kita semua baik famili baik kwn2 yg rapat ngn fami rasa ketika ini. mcm amely n kwn2 sentiasa mengingati fami sebab fami dh jadi sebahagian dr korang. betol kan. suka duka gelak tawa smua dh sebati dgn korang kan. itu yg menyebabkan kita kita ni sentiasa disangka merepek-repek tak abes2 bercerita or terkenang fami.

    ReplyDelete
  3. kak..jangan layan org mcm tu kak..tak kena kat batang hidung sendiri bolehlah ckp mcmtu..inikan blog akak..deletekan je komen tak membina tu..sabar ye kak..dlm dunia nie mmg ada mcm2 ragam..rambut je sama hitam tp hati lain2

    akak mcm saya jugak...bila ada masalah blog nie sy jadikan sebagai medium utk meluahkan apa yg tak dpt diluahkan dgn kata2...bila dah luahkan rasa lega sket...

    akak sabar ye..

    ReplyDelete