Saturday, November 13, 2010

Pah - hospital ipoh day 2 (18/09/10)

4.45 pagi aku terjaga rupanya mak tengah tengok aku. walaupun tengkuk mak ada collar mak cuba panjang-panjang tengkuk dia intai aku kat bawah. aku dongak kepala. mak cakap sakittttt.

aku jawab kejap lagi kita pegi ipoh.

aku pegi wad kaklong tengok kaklong tido. iza dan billa pun tido. tangan iza masih pegang tangan kanan kaklong takut kaklong jatuh. aku tak sampai nak kejut kaklong dan iza. kesian tentu iza letih. aku cium sikit je dahi kaklong. tak silap aku dah tak ingat la...iza tersedar dan aku cakap kejap lagi nak bawak mak pegi ipoh.

sayu hati nak tinggalkan kaklong. sebabnya nanti mak kat ipoh kaklong di teluk intan. jauh. nak jenguk kaklong tentu susah. dengan berat hati aku tinggalkan kaklong.

aku sampai kat wad tengok doktor okay ada kat kaunter. dia senyum kat aku dan cakap kejap lagi kita bergerak...okay. aku jawab....okayyyyyy

aku duduk kat atas kerusi dengar doktor tu cakap ngan nurse, uols nak tahu dari jam 2 semalam i dah standby tau. kenapa bla bla bla bla bla.........doktor macam membebel kenapa tak jadi pegi 2 pagi tadi.

tiba-tiba dipagi yang hening tu aku teringatkan ap. sayu hati bila terkenangkan ap. aku termenung tepi tingkap dan mengelamun. mak meracau-racau ap, ap pah dah masak gulai lemak telor...mari makan pah suap.

aku tengok muka mak dalam-dalam. walaupun dalam kesakitan yang teramat sangat dan dalam keadaan yang kurang stabil namun ingatan terhadap ap sentiasa bermain di mulut mak.

tepat 6.25 pagi doktor datang cakap....jom kita bergerak. makcik...makcik...doktor tepuk tangan kanan mak...jom makcik kita pegi ipoh ya.

sebelum keluar aku jumpa nurse yang semalam tu dan ucapkan tq pada dia.

6.40 pagi kami dah ada di bawah dihadapan wad kecemasan. ambulan dah stanby. 6.45 pagi aku dan sorang nurse india masuk dalam ambulan. 6.50 pagi eh eh doktor okay pun ikut sekali rupanya. 6.55 pagi ambulan bergerak.

aku toleh belakang cari wad kaklong...jadilah nampak wad pun jadilah.

kalau pagi semalam pakcik drebar dari klinik ulu dedap tu bawak merempit kali ni pakcik drebar yang bau dia sangat wangi tu bawak bagaikan nak melancung makan angin. ada la 70/80 kmj. padahal jalan clear. siap bersopan-santun keluarkan signal tangan bagi kereta ataupun motor potong ambulan. siap pasang lagu omputih lagi. siap berenti tunggu lampu hijau lagi. alahai.

doktor okay tu macam tak puas hati kat aku lagi. dia ambek kesempatan membebel kat aku pasal hal semalam. pasal kenapa discaj dari tg karang. dan kenapa aku tak terus bawak ke hosp teluk intan. kali ni aku sengih je. apa lagi aku nak jawab. aku pura-pura pejam mata tido. tak larat haih aku nak dengar benda yang sama. sudah sudah la tu doktor oi.

mata pejam tapi saja tadah telinga dengar doktor okay sembang dengan nurse. ada la benda sensitif yang dorang sembangkan pasal mak aku. tak sanggup aku nak stori kat sini. pastu doktor tu tanya kat nurse...why last nite u tak datang? i demam doktor. mengigil. lagipun masa tu 2 pagi. i tunggu dari malam tadi nak escort gi ipoh. u see i dari pagi semalam tau tak balik rumah pun.

perjalanan terasa jauh sangat. bilalah nak sampai ni. aku dah rasa seram-sejuk. rasa kepala panas. rasa badan panas. janganlah demam.

dekat jam 9 pagi baru sampai. terus tolak mak kad wad kecemasan. dalam tu punylah sejuk. beku dibuatnya. aku dah stat bersin tak berenti. tiba-tiba naik demam. call abanglan katanya dia on the way ke hospital.

dah setel semua aku nampak doktor dengan nurse bersiap-siap nak balik. aku berjalan ke arah doktor tu cakap...tq very much doc. okay okay....lain kali jangan buat macam tu okay. sempat lagi tu. haha

abanglan sampai aku suruh abanglan tunggu kat dalam au tunggu kat luar sebab sejuk sangat. aku call hubby suruh dia datang ambek aku nak balik kejap. lagipun baju tak tukar dari malam tadi. first time hubby tengok mak dia agak terkejut trus pucat muka dia.

kol 11 abanglan call cakap mak dah masuk wad 5b. abanglan suruh aku datang sebab dia nak pegi site tengok budak dia salah pasang piping. aku masih dirumah. cadangnya nak rehat tapi
tak boleh la mata ni tido. aku ajak hubby anta aku ke hosp ipoh. disebabkan jalan clear setengah jam kami dah sampai.

sampai wad aku dah demam kuat dah mengigil. aku duduk tepi mak dan berteleku atas meja letak kepala. tengahari sampai ke waktu magrib ramai dah sedara mara belah aku dari kampung datang tengok mak. tiap orang yang datang terpaksalah aku terpaksa ulang cerita yang sama. letihnya mulut aku pok-pek pok-pek. naik cramp dibuatnya.

8 malam doktor bagitahu mak kena pindah ke wad 5a ~spinal unit care. masuk dalam bilik aircond kata doktor. kita nak monitor dalam bilik aircond.

lepas mak transfer ke spinal aku rasa lega sikit sebab boleh la malam ni aku tido. dapat sekejap jadi la. aku dah tak ingat yang tadi aku demam tiba-tiba dah baik. ajaib sungguh.

lepas staff nurse ambek statement sekali lagi dari aku.*huh jenuh dalam satu hari terpaksa cerita dari a sampai z banyak kali.

tengok mak pun dah tido aku tanyalah kat nurse...ada kerusi panjang tak? kerusi ada tapi u tak boleh tidor kat depan ni kat katil ni. sebab ni depan kaunter. lagi pun 4 katil yang ada kat sini semua kes kritikal. kita tak mahu time kita nak check ada halangan kat tepi katil.

mengantuk ya...kesian...mata pun dah bengkak merah tu...awak tidor kat katil belah sana boleh? tidor lah atas katil takpe. dua katil belah sana aku nampak orang yang tunggu tu siap bentang toto atas lantai. tidor berselumbung. berdengkur lagi. hurm bestnya dorang dapat tidor.

aku tengok katil yang nurse suruh aku tidor tu gelap semacam je. seram pulak aku. dah la 3 katil kat situ kosong tak de orang. aku cakap takpela nurse. agak-agak dah tengah malam aku bentang kain batik duduk atas kain batik dan berteleku atas kerusi.

bila dah tengah malam aircond dalam wad spinal tu macam nak bunuh orang. punyalah sejuk.
mengigil-gigil sampai tahap berlaga gigi. tangan dan kaki dah bergoncang sakan. dah macam duduk kat kutub utara tahap gigilnya.

mak banyak kali terjaga sebab sejuk sangat. aku mintak selimut kat nurse. nurse selimutkan mak 3 4 lapis. aku tanya tak boleh slow ke air cond. nurse cakap tak boleh. air cond control dari bawah. sementara nak tunggu pagi punyalah seksa. mata dah tentu tak boleh tidor sebab sejuk sangat. sejuk tu satu hal tidor duduk pulak tu.

patient sebelah katil mak pulak buat hal asyik terberak je sepanjang malam. berak kencing. berak kencing. kencing sikit je dah bising suruh tukar pampers. bising betol la. bila lambat sikit dia baling bantal ke bawah tarik perhatian.

kat wad ni aku puji nurse tu walaupun banyak kali kena tukar pampers tapi sikit pun tak dengar dorang merungut. aku nampak dorang buat dengan ikhlas.

dengan tidor duduknya dengan sejuk gigilnya aku terlelap jugak sekejap. 4.20 pagi nurse kejutkan aku nak lap badan makcik katanya. aku bingkas bangun tarik kerusi dan duduk jauh sikit tapi curtain tu terbukak sikit aku nampak macam mane dorang buat keja.

bila mak mengaduh sakit dorang cakap makcik minta maaf banyak-banyak saya terpegang tempat sakit. maaf ya makcik.

rupanya kad wad spinal 4.20 pagi setiap hari adalah waktu mandi bagi semua pesakit. sebab 6.00 hingga 6.30 pagi doktor pakar datang visit patients. doktor pakar bukan doktor biasa. terkejut jugak aku sebab time aku dulu kalau tak tengahari jangan harap dapat tengok muka doktor. itu dulu....sekarang dah lain kot....

1 comment:

  1. semoga mereka yg bertugas dengan ikhlas di beri ganjaran yg setimpal olehNya..

    ReplyDelete