Sunday, November 14, 2010

Pah - hospital ipoh day 3 doktor pakar spinal









tu yang tengah tersenget kepala tu doktor pakar spinal nombor 2. dari hospital tk intan lagi dorang tak berapa confirm report ct-scan yang tepat. doktor pakar tk intan cakap confirm patah kat tengkuk.

kat ipoh...pada mulanya keadaan yang sama jugak berlaku. walaupun mak berada di spinal unit care doktor pakar yang ala-ala pakar? aku kata ala pakar sebab walaupun dorang memang pakar bab-bab spinal tapi dorang not sure result yang dorang tengok. terteleng-teleng masing-masing dok tengok film ct-scan. dah la terteleng-teleng pastu pusing kiri pusing kanan tonggeng atas bawah tak jugak nampak betul-betul. rumit sikit kata dorang. bila kata rumit tu aku dah la suspen. rumit tu maksudnya parah ke doktor?

no...kita tak boleh nampak lagi which part yang patah. tengok kat sini patah. bila tengok ikot posisi lain nampak tak patah. tengok kat bawah ni nampak macam lari banyak. doktor tu geleng-geleng kepala dan mengeluh.

kenapa boleh jadi macam tu doktor? kadang-kadang bila patient short neck memang ada sedikit ya sedikit problem kita nak tengok dan buat keputusan.

so? apa solutionnya?
hurm......we wait and see.....

wait berapa lama lagi?

doktor tu herotkan mulut dia ke kiri dan kanan sambil garu dagu. i dah call doktor pakar spinal no. 2....kejap lagi or tengahari sikit dia datang...sekarang.....sekarang......tak pelah i suruh my staff bagi makcik tramal dulu. makcik sakit ya....kita nak bagi ubat yang kuat pun tak boleh sebab makcik alergic banyak ubat.
yang lain-lain macam mane doktor? dahi yang menggelembong tu. still bleading ke? kejap lagi biar doktor pakar tengok dan explain kat u.

doktor pakar spinal nombor 2 pun sama jugak. tengok film tu terteleng-teleng sampai garu-garu telinga dia. aku dengar dia cadangkan ambek ct-scan sekali lagi.

makcik....saya pegang makcik cakap sakit tahap mane....1 hingga 10.....

10 doktor...mak jawab lemah

saya pegang dahi makcik ya. doktor tu sentuh dahi dan tekan-tekan lembek macam jelly. tiap kali tekan dahi bergerak-gerak macam jelly dalam loyang.
tengok film dan cakap makcik pendarahan dalam kepala ni berlaku diluar tisu otak. pendarahan dah berhenti ya makcik. syukur alhamdulillah aku jawab dalam hati. tapi bengkak nak surut ambil masa beberapa hari. bengkak surut dahi makcik dah tak lembek lagi.
hidung ni patah....tulang pipi kiri pun patah. yang ini doktor pakar dental akan check.
doktor yang sorang lagi cakap dah dah dental dah datang....petang nanti dorang datang lagi review.

so mak pegi ct-scan sekali lagi. malam doktor tadi datang balik dan cakap dia tak boleh buat keputusan. dia akan call dato dr rama pakar spinal nombor satu datang tengok mak. katanya esok 6 pagi doktor rama datang.

usihhhh 6 pagi? biar betol....doktor yang dato tu nak datang tengok patient pukul 6 pagi...tabik tabik. cayalah......

aku just bagi cadangan....doktor tak boleh ke tukar collar tu. saya rasa collar tu salah satu penyebab mak sakit kat tengkuk. collar tu tekan bahagian bawah tengkuk.

baru doktor perasan yang collar mak pakai macam tak sesuai. collar ni pasang di mana? tk intan aku jawab. doktor marah kat doktor lagi satu kenapa tak tukar collar baru yang lebih kecil. patut lah patient sakit. patutlah patient tak kurang-kurang sakitnya.
kelam-kabut doktor ngan staf nurse kat situ. cepat-cepat tukar collar baru. dah tukar collar barulah mak selesa dan tak mengadu sakit. sakit tu tetap sakit tapi taklah sepanjang masa 24jam asyik sebut sakit kat tengkuk.
uh bayangkan 3 hari mak tanggung kesakitan disebabkan salah pakai saiz collar.
doktor bagitahu mak...makcik kita ct-scan sekali lagi...confirm patah......makcik kena operate. kita masukkan plet atau skru kecik kat tengkuk makcik. seriau aku dengar. kesian kat mak sebab dia dah tua dan mampu kah dia tanggung semua tu.

sejak mak masuk ke wad 5b hinggalah ke spinal care unit mak hanya diberi ubat tahan sakit yang biasa-biasa sahaja sebab mak alergic dengan beberapa jenis ubat tahan sakit. ada sekali tu doktor injek ubat apa entah aku dah lupa....tak semena-mena ruam bintik merah naik ke badan mak. bila mak sakit nurse kat situ kesian kat mak sebab tak boleh nak bantu ringankan kesakitan mak.

hari ketiga mak kat hospital kebetulan hari ahad spinal unit care tu dah macam orang kenduri punya ramai sedara-mara belah aku datang dari segenap pelusuk negeri. yang datang sure menangis teresak-esak terkejut tengok mak. dari pagi sampai ke malam ada visitors.
keadaan mak kadang-kadang ok kadang-kadang tak ok. sakit tu memanglah sakit tapi meracau-racau tu yang aku tak tahan. sebut nama ap tak berenti-renti. apa yang mak buat setiap hari layan ap makan minum pakai ap semua mak sebut. cara dia bercakap meracau seolah-olah ap masih hidup. dia ajak ap makan nak suap ap makan. dia marah ap sepahkan towel merata-rata. ap ambek duit pencen pah kat bank boleh? ap ambek la upah 15hinggit. ambek la berapa ap nak ambek. belanja kawan makan roti canai.

No comments:

Post a Comment