Thursday, February 17, 2011

17/2/2011 - 5 bulan A.F.A

sekejapnya masa berlalu....

hari ni genap 5 bulan ap meninggal dunia.

terasa-rasa baru semalam adik aku liza call bagitahu ena dah selamat melahirkan ap di hospital kuala kangsar. dan aku bergegas balik kampung tak sabar nak jumpa dengan adik baru kaklong.

+ adik boy ke girl?

- boy

+ amira boy ke girl?

- girl

sedihnya bila diingat-ingat saat itu.

sekarang.....liza dah meninggal. ena dah meninggal. dan ap jugak dah meninggal.

kosong rasanya.

aku tahu Allah menduga aku dengan macam-macam dugaan dan ujian kerana Allah tahu aku kuat untuk menghadapinya...insyaAllah.

ap....nino terlalu rindukan ap. dah 5 bulan ap meninggal tapi sekali pun nino tak pernah ziarah kubur ap. ap tahu kenapa? kerana nino tak sanggup nak tengok kubur ap bersebelahan dengan kubur mama.

ziarah kubur mama pun membuatkan nino terlalu sedih inikan pulak nak ziarah kubur anakanda kesayangan nino. tapi....tapi satu hari nanti diizinkan olehNya nino pasti datang jenguk kubur ap.

semoga roh mu sayang sentiasa dirahmati dan diberkati dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman...Al-Fatihah!

dan semoga rohmu ditemani oleh mama, atuk, tuk moyang, pah moyang, maksu. Al-Fatihah buat semuanya.

1 comment:

  1. akak,

    Kubur arwah tok mak ngan tok bak odah yg dah meninggal dekat 19tahun pun odah ziarah cuma 2-3 kali aje. tak sanggup..

    ReplyDelete