Thursday, March 31, 2011

12 tahun liza meninggalkan kami

arini 31/3/2011 genap 12 tahun liza adik bongsu aku meninggalkan kami. liza meninggal kerana barah tulang.

sedihnya....kerana dua orang adik-adik aku telah pergi meninggalkan aku. tinggal aku sorang je.

makanan kegemaran kami adalah kotiaw sup. tiap kali makan kotiaw sup mesti aku terdiam sekejap dan membayangkan yang kami bertiga ketawa terkekek-kekek bergosip sambil makan kotiaw sup depan panggung rex.

makanan kegemaran liza rangka ayam goreng. dia boleh abeskan 3 ketul serentak. lagi satu liza suka makan mempelam. lama jugak aku tak makan rangka ayam dan ketika ena masih hidup lama jugak ena tak makan mempelam. sebab setiap kali nampak mempelam serta-merta air mata dia meleleh-leleh.

entahlah....tak tahu nak cakap macam mana. kehilangan orang yang disayangi seorang demi seorang sangat pedih dan menyakitkan. tapi semua ni kehendak Allah. terpaksa memaksa diri menerima semua qada dan qadar.

kadang-kadang bila terlalu rindukan mereka abah, tok, opah, ena, liza dan ap membuatkan aku moody seharian..malas nak bercakap dengan sape-sape pun. tapi sekarang nasib baik lah ada barbie doll dan gajah doll meghiburkan aku yang boleh membuat aku ketawa terkekek-kekek sama macam adanya adik-adik aku dulu. tq so much barbie doll dan gajah doll kerana menghiburkan badak doll.

Al-Fatihah untuk liza, ena, ap, abah, tok, opah. semoga roh mereka dicucuri rahmat.

Al-Fatihah.

1 comment:

  1. dah lama tak berbual dgn akak
    sama lah kita kak, agaknya mcmana nak ilangkan kesedihan tu

    ReplyDelete