Sunday, March 27, 2011

tok 2 tahun kembali kerahmatullah

arini 27/3/2011 genaplah 2 tahun tok kembali kerahmatullah.

semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan mereka yang beriman di syurga. Al-Fatihah buat tok hussain bin talib.

masih segar diingatan lagu kenek-keneklah ude lembu patah tanduk ahhhh....kadang-kadang tanpa disedari mulut aku nyanyi lagu tu...dan lepas tu aku tersenyum sendirian.

ingat lagi....masa kecik tok suka letak aku atas tengkuk dia sambil nyanyi lagu itu. bagi tok...aku adalah segala-galanya...

dan tok suka suruh opah ikat rambut aku tocang dua tinggi-tinggi. bila tok dukung aku dia selalu goncang-goncang badan aku dan tocang bergerak-gerak kiri dan kanan. lepas tu tok akan ketawa terkekek-kekek. entah apalah yang membuatkan tok ketawa bila tocang aku bergerak kiri dan kanan.

lagi satu belah petang kalau tak kerja tok bawak aku naik basikal ronda-ronda sampai pekan kuala kangsar minum cendol. aku duduk dalam raga rotan kat depan. sekali-sekala tok pegang belakang aku takut aku tak selesa atau terjauh.

sebulan sekali hari gaji tok bawak kami...opah, abanglan dan man pegi makan sate depan bas stesyen kuala kangsar. seperti biasa opah, abanglan dan man jalan kaki. aku dan tok naik basikal.

balik makan sate kami kena pijak belakang tok sebagai balasan tok belanja kami makan sate. bahagianya bila diingat-ingat saat itu.

tok masih dukung aku sehinggalah aku darjah 4. naik darjah 5 tok dah tak dukung aku lagi. ada dua sebab...pertama darjah 5 aku dah makin tembam dan kedua aku dah makin besar so tok takut aku segan. segan? padahal aku suka je kena dukung.

banyak sangat memori indah untuk dikenang. tok dan opah yang membesarkan aku. aku start tinggal dengan tok opah masa umur 4 tahun lebih. sebelum tu on and off. kejap dengan mak kejap balik umah tok opah.

jadi ikatan batin antara aku tok dan opah sangat kuat. kalau dorang sakit aku dapat rasakan yang dorang tengah sakit.

indah untuk dikenang dan pahit rasanya selepas pemergian mereka. rindunya aku pada mereka. dah lama tak jenguk kubur tok opah.

1 comment: