Sunday, July 17, 2011

10 bulan....A.F.A

Ya Allah cepatnya masa berlalu........arini 17/9/2011 dah 10 bulan ap meninggal dunia.

tidak pernah sehari pun nino tak ingat pada ap. apa saja yang nino buat mesti teringatkan ap. kalau lalu kedai al-ikhsan kat ipoh parade nino mesti masuk dan duduk di kerusi yang selalu nino dan pah duduk sementara tunggu ap pilih kasut bola.

dan kalau nino pegi ke kedai nasi ayam nusantara kat medan gopeng, nino dan paklang mesti duduk di meja yang kita selalu duduk. dan paklang akan cakap pada nino "ingat lagikan...ap suka order nasi ayam 2 pinggan'.

dan kalau nino lalu kedai jual cd games kat ipoh parade nino mesti ingat...."nino..nino...tunggu jap tau. nino duduk kat kerusi situ. ap gi beli cd games kejap tau". dan aku sampai tertidur-tidur tunggu ap pilih cd games. dan seperti biasa keluar dari kedai tu ap akan tersengeh-sengeh dan cakap "sori tau nino..banyak sangat cd ap tak tahu nak pilih yang mana satu"

nino tahu ap tak de duit nino bagi ap rm50. ap terkebel-kebel tengok muka nino dan menolak tangan nino perlahan-lahan. ap selalu cakap...tak pe nino...nino simpan duit tu. nino lebih perlukan duit tu dari ap.

ap anak yang baik. begitu jugak kaklong dan baby. bila nino hulur duit selalu cakap...tak pe nino...nino lebih perlukan duit tu. sedihnya bila nino ingat-ingat semua tu.

bila tanya ap ada duit? ap jawab ada. padahal tak de. sama macam kaklong bila tanya tak pernah yang jawab tak de...padahal nino tahu memang korang tak de duit.

dan sampai saat ini nino tak boleh lupa.....nino, nino tak payah bagi duit raya tau tapi nino bagi kasih sayang...kan nino kan! itu kata-kata ap masa umur ap 9 tahun. terharu sangat nino masa tu.

semenjak dari itu, baik ap kaklong atau baby akan cakap "nino tak payah bagi duit tapi nino bagi kasih sayang"

ap....tiap kali teringatkan ap memang nino tak boleh tahan airmata. walau di mana pun nino berada sekilas teringatkan ap akan bercucuranlah airmata nino.

nino sentiasa doakan ap. semoga roh ap sentiasa dicucuri rahmat.

bukan sahaja nino yang selalu mendoakan ap...sahabat-sahabat ap....kelas 3 ibnu khaldun 2010 sek men saujana utama sentiasa dan sepanjang masa mendoakan ap. bertuahnya ap dapat sahabat-sahabat macam mereka. tengok je wall fb ap penuh dengan doa...kerinduan mereka pada ap. apa saje yang berlaku dalam kehidupan mereka mesti dorang selitkan pada wall fb ap.

nino belum berpeluang jumpa sahabat-sahabat ap, 3 ibnu khaldun 2010 tapi mereka sentiasa bertanya kabar nino dan pah. insyaAllah satu hari nanti nino akan jumpa dengan dorang. nino nak belanja dorang makan di maju ahmad tempat korang lepak.



Al-fatihah buat anakanda kesayangan nino.

No comments:

Post a Comment