Monday, July 11, 2011

5 tahun opah

arini selasa 11/7/2011 jam 4.10 petang genaplah 5 tahun opah kembali kerahmatullah. cepatnya masa berlalu.

kami semua anak cucu cicit sangat-sangat merindui opah. opah yang pendiam tapi kaya dengan senyuman. senyuman opah sangat manisssss. masih terbayang-bayang gaya opah tersenyum. senyumannya sikit je tapi sangat bermakna.

seperti yang pernah aku ceritakan dulu....opah merupakan mak kedua aku. opah dan tok besarkan aku sehinggalah aku kawin. banyak kenangan manis bersama opah.

orang kata kasih sayang opah pada cucu yang dia besarkan sangat berbeza. betul ke?

pendapat aku...memang betul.

ada hubungan batin antara cucu dan opah. masa aku kecik-kecik dulu kalau aku balik kerumah mak dan abah, opah atau tok merindui aku sampai terdemam-demam. dan selalunya kalau opah demam aku pun turut demam.

kalau setakat demam tu tak apelah jugak ni sampai terbawa-bawa dalam mimpi.

aku akan kenang jasa-jasa opah yang membesarkan aku.

dah lama aku tak ziarah kubur opah. tapi opah sentiasa ada dalam doa-doaku setiap hari.

semoga roh opah dicucuri rahmat dan berada dikalangan mereka yang silohin. Al-Fatihah buat opah.

No comments:

Post a Comment