Tuesday, December 17, 2013

kesan ubat homopati

Klinik ni terletak di bangunan Mara, kg gajah, perak.

dr jamalulail h/p 0124545986

dibuka isnin - jumaat

8.00pg-5.30ptg



aku nak citer kesan hari pertama hingga sekarang selepas mak makan ubat homopati. seperti yang aku bagitahu ada 6 botol ubat yang perlu dimakan mengikut turutan nombor pada botol ubat + 4 botol air yang dimakan sebelum matahari naik, matahari tengah naik, matahari turun dan sebelah malam sebelum tidur.


minggu pertama botol pertama + 4 botol ubat air 

ubat biji dikebam dan dikunyah tanpa air
4 botol ubat air berlainan rasa setiap satu

hari pertama:
badan terasa berat
semua anggota sakit2
dan sukar tidur malam.
mungkin kesan tindakbalas ubat.

hari kedua:
kebas2 pipi kiri berdenyut2 paling ketara sebelah malam.

hari ketiga:
kepala pening mak jalan terhoyong-hayang. katanya macam pijak tak pijak je.

hari pertama hingga ketiga mak banyak rehat dan tidur sebelah siang sebab sebelah malam tiga hari berturut2 mak tak berapa lena asyik terjaga sebab pipi kiri berdenyut2.

hari keempat:
mak rasa selesa sikit walaupun sekali sekala kebas muka berdenyut2

hari kelima:
kaki tak berapa kuat rasa macam lembek. tidur malam masih tak nyenyak. tapi.....
bijik2 dalam mulut semakin kurang.
mak kata bibir dia rasa nipis dan boleh dipegang.
sebelum ni bahagian dalam bibir keras dan berbijik2. mulut sentiasa rasa panas. sekarang makin kurang rasa panas tu.

hari keenam:
kepala pening batuk2 dah mudah dahaga

hari ketujuh:
rasa tak selesa. mak tak reti nak citer rasa macam mana.
nak kata demam tak. rasa tak selesa sangat.
bahagian belaakang kepala rasa berat

kesimpulannya

selepas kemalangan 3 tahun lalu mak bertahan dengan ubat2 doktor klinik swasta dan hospital. plus minum macam2 suplimen. antaranya healing  5-6 botol. tukar pamoga air dah minum 10 botol. lepas tu tukar pamoga serbuk minum 1 kotak. tukar balik pamoga air. selang seli dengan air anugerah, air 30 juzuk, hi-goat (tak tahan sebab panas sangat. rambut mak gugur) dan minuman masad cafe.

minum masad cafe mak memang bertenaga tapi susah nak dapat stok. nak kena pergi stokis di medan gopeng. kadang2 tu putus stok kat rumah sebab malas nak pergi jauh.

berubat cara tradisional. urutan melayu, urutan cina. minum herba cina semua dah. minum herba cina bertahan seminggu je sebab panas sesangat.

apa lagi....pendek kata macam2 usaha ikhtiar dah buat.
sakit mak on and off.
kejap ok kejap tak.

time ok tu mak boleh bersila dalaam bilik mandi berus lantai bilik mandi.
bila tak ok..kejap2 baring..kejap2 baring.

semua ni kesan kemalangan dulu.
tulang hidung dan pipi retak menyebabkan mak menanggung kesakitan bertahun2 lamanya.
sebelum ni tak berapa sakit tapi sejak beberapa bulan ni  pipi mula kebas2 berlarutan. dalam mulut tumbuh bijik2 warna putih. bahagian atas bibir keras dan sakit bila disentuh.

kaki kiri yang retak tu mudah bengkak bila banyak berdiri dan berjalan.

mak sentiasa rasa tak selesa. murung. gelisah dan tak ceria.

kami dah jarang balik kampung atau jalan kemana2 sebab mak tak selesa dalam kereta.
jalan dekat2 nak keluar beli barang pun mak dah tak nak sebab bila kena cahaya matahari pipi yang kebas tu berdenyut2.

selepas ambil ubat2 homopati walaupun baru seminggu aku agak la semua kesan2 yang mak rasa tu adalah tindakbalas normal.

ya lah dah bertahun lamanya makan ubat2 tahan sakit. agaknya ubat homopati tu sedang bertindakbalas dengan seluruh sistem dalaman badan. mungkin sedang menyingkir sisa2 ubat2 tahan sakit yang diambil sebelum ini yang tidak diperlukan dalam badan. wallaahualam.

later aku update kesan makan ubat bijik botol kedua.




1 comment:

  1. Salam Ziarah,

    Auntie tak pernah cuba ubatan Hemo, tak mahu campur2 ubat.

    ReplyDelete