Saturday, March 29, 2014

cerita baby

entah kenapa minggu ni aku mengantuk tahap gaban. pantang letak kepala...lena. lena pula tu bukannya 20 minit 30 minit makan 1 atau 2jam.

yang peliknya lepas bangun tido mengantuk lagi.

alahaiiiii kenapa jadi macam ni. rimas tau.

tak suka.

selalunya kalau tido belah petang malamnya memang susah nak tido, tapi sebaliknya..baru letak kepala baru nak fikir esok nak buat ape..belum sempat habis  fikir sedar2 alarm bunyi. dah pagi.

bila terlebih tido mula jadi malas. mula nak makannnnn je.
tengok diri sendiri kat cermin pun dah naik menyampah haha.

muka jadi bengkak bengkak dek terlebih tido. mula benci tengok muka sendiri :)

jumaat lepas ambek baby kat teluk intan bawak balik batu gajah. baby dah besar. cara dia berfikir pun dah nampak matang sangat2.

last baby balik cuti sekolah bulan 12 dulu. maknanya 3 bulan tak jumpa baby. masa balik bulan 12 dulu perangai dia macam biasa macam budak2..suka mengusik..suka menjerit tak tentu pasal. suka tiru bunyi anjing jiran sebelah menyalak. sebijik bunyi anjing. haha

malasssss mandi gosok gigi. nak suruh mandi macam jadi hape dah. nak kena dipujuk belum tentu dia akan mandi. kadang2 tu dah magrib baru dia mandi itupun sebab ditarik kebilik air.

balik kali ni...beza sangat berbeza.

bangun tido tak payah disuruh terus mandi. bagus!

takde jerit2 macam dulu.

cakap pun dah macam orang dewasa. suka bercerita pasal dia.

dan dia dah boleh cerita sikit2 pasal accident 3 tahun lepas. baby sendiri cerita kami tak tanya pun.

dia dah mula luahkan perasaan dia.

perasaan rindukan mama dia

rindukan abang dia ap

rindukan kaklong..ayah dia..

kalau dulu pantang tengok aku start kereta melompat masuk kereta nak ikut. tapi sekarang..tak. dia lebih suka duduk rumah. kalau pegi mane2 balik lambat sikit baby cakap kesian pah kat rumah sorang2. apa pah buat.

tapiiiii baby ada satu perangai yang belum berubah....suka baring atas badan aku dan lenyek2 badan aku dan lompat2 atas badan aku sambil dia ketawa. makin aku marah makin dia suka dan makin ligat dia lenyek2 badan aku...huh.

dah lama takde gambar baby kat sini kan. susah sikit nak ambek gambar baby sekarang.



No comments:

Post a Comment