Friday, December 13, 2013

klinik homopathy dr jamal kg gajah

Kami ke klinik sebelah petang. Ngam2 4.30 sampai. Klinik dah nak tutup.

Kliniknya sempoi je. Ada kerusi menunggu untuk 10 orang ada satu meja doktor dan belah tepi almari stok ubat2. Takde bilik doktor. Open je.

Mulanya aku macam tak best la macam ni. Tak suka orang dengar ape kita nak cakap dengan doktor.

Tiba giliran kami bertiga duduk depan doktor.

Apa masalah?

Ni hah mak saya kebas2 muka belah kiri. 3tahun lepas accident patah hidung retak tulang pipi. Sekarang baru kebas2. Sebelum ni ada kebas2 tapi sekali sekala. Sejak 2,3 bulan ni menjadi2 kebasnya.

Cuba makcik bercakap dengan saya....

Mak pun ceritala...bla...bla...sakit.....kadang2 sampai mata....bla.
Ok saya cuma nak dengar suara makcik.

Eh aku macam pelik. Dengar suara? Pelik aku. Kenapa nak dengar suara. Patutnya pegang tangan ke check bp ke..macam selalu doktor buat.

Doktor terdiam kejap dan mula bercakap....

Ok makcik dalam kepala ada sedikit radang merah..sikit je jangan risau. Darah ok. Cuma kolestrol ada sikit. Bahagian pipi ada darah pekat tu jadi kebas bila darah tak lancar....

Eh eh pelik.

pegang mak pun tak. Check macam doktor selalu buat pun tak..boleh doktor jamal tu selamba je explain sakit mak. Siap bagitahu tahap kolestrol berapa..darah tinggi tahap mane.

Kebas kat pipi tu rasa macam mana...pendek cite siap explain tahap imun badan mak.

Dan apa yg dibagitahu tu semua betol..itu yang mak rasa.

Ajaib betol. Doktor ke dia ni? Atau bomoh ke?

Ya la..check bp pun tak. Pegang tangan pun tak. Pegang pipi yang kebas pun tak tiba2 keluar sebutir2 dari mulut doktor details pulak tu. Tak ke ajaib namanya kan.

Lepas tu doktor bagi ubat biji warna putih. 6 botol kecik2 je. Makan kena ikut nombor pada botol. Tak boleh pegang ubat dengan jari. Bubuh ubat kat penutup botol terus masuk mulut kebam dan kunyah tanpa air.

Ubat kedua 4botol kecil ubat air. Pertama minum sebelum matahari naik. Kedua minum matahari tengah naik. Ketiga minum matahari jatuh. Keempat minum sebelum tidur.

Dan doktor suruh amalkan minum air daun inai yang direndam dalam air panas seminggu dua kali. Selangseli dengan minum jus saderi. Dan minum air kosong banyak2.

Minuman dan makanan tak boleh ambil

Milo, nescafe jangan ambek terus.

Kurangkan makan belacan, taucu, benda2 masam dan berjeruk.

Selesai semua aku tanya bila datang balik..jawapnya...makan dulu ubat2 ni insyaallah tak perlu datang lagi.

Kos rawatan yang sempoi ini hanya rm80.00 sahaja.

Balik rumah aku google pasal rawatan homopati sebab macam percaya tak percaya je.

Ada macam2 kaedah rawatan. Antaranya kaedah getaran suara. Melalui gaya percakapan dan  getaran suara pesakit doktor homopati boleh mentafsirkan sistem imun dalam badan pesakit tanpa menyentuh pesakit.

Ajaibkan. Memang menakjubkan rawatan ni.

Kalau korang nak tahu lebih lanjut kaedah rawatan homopati silalah google sendiri.haha. aku tak bubuh linknya kat sini sebab banyak sangat info pasal ni.

Yang pastinya...kaedah rawatan seumpama ini masih baru bagi aku dan sama2 kita tengok kesannya.

Aku nak mak jadi testimoni nye..tunggu aku update perkembangan mak aku nanti.








No comments:

Post a Comment