Wednesday, December 11, 2013

barang naik harga

Last post 27/10. Selepas tu sepanjang bulan november sangat2 busy. Catering sekolah,hospital,kenduri kawin. Celah2 catering tu sempat gak ambek order roti jala.

Dalam sibuk2 sempat jugak ke saujana utama sg buloh 3 hari tolong packing barang. Ayah kaklong dah jual rumah so barang2 dipindahkan ke kg gajah. Later stori pasal ni.

Minggu lepas dan minggu ni rehat panjang tak buat mangkuk tingkat sebab barang2 mentah semuaaaa mahal. Bawang besar rm4 1kg. Cili kering rm10.50 1kg. Ikan kembong rm15 1kg. Ayam naik 50sen. Sedar tak sedar plastik naik harga 10-15%. Polistrin dah naik 7.80 1 bundle. Apalagi....tak larat nak list kat sini. Pendek kata semuaaaaa naik harga. Abeh camne nak niaga ni?

Aku ada stori ke yang aku buat mangkuk tingkat? Tak de eh?

Oh ye dah setahun kot aku buat mangkuk tingkat. Clients staff pejabat, sekolah, hospital dan aku buat penghantaran ke rumah2.

Petang nanti nak bawak mak ke homopati dr jamalulail kg gajah. Sekarang mak tak berape sihat. Dah bawak jimpa doktor hospital, klinik swasta. Kejap ok kejap tak.

Nak cuba rawatan homopati pulak..insyaallah kan.

Lepas accident 3 tahun lepas sejak bulan 7 lalu mak kebas2 muka belah kiri. Mata makin kabur dan kadang2 mata belah kiri tak nampak.

Dah macam2 suppliment makan. Tu lah ada yang beri kesan positif (tapi kejap je) ada yang langsung tak ok.

Dah buat jugak rawatan tradisional cina..urut makan ubat cina belum ada rezeki nak sembuh.

Kali ni cuba homopati pulak. Later aku stori ya selepas rawatan homopati.





No comments:

Post a Comment