Friday, August 8, 2014

hati yang perlu dijaga

entahlah aku belum bersedia nak cerita pasal arwah amin ayah kepada kaklong dan baby. tiap kali nak taip nak cerita pasal arwah amin meninggal dunia tiap kali itulah aku terbayang2kan kubur ena,ap dan amin yang berdekatan antara satu sama lain. perasaan sedih datang tiba2.

kubur ap disebelah kubur ena. dan kubur amin tak jauh jaraknya kalau tak silap aku selang 6 atau 7 buah dari atas kubur ena. tak pelah lain kali aku cerita pasal ni.

aku nak cerita pasal baby selepas ayahnya meninggal dunia.

baby lebih sensitif, mudah mengalirkan air mata, mudah terasa dan mudah sentap. dan paling ketara mudah naik angin.

ye lah bukan mudah baby nak lalui semua ini.

ditinggalkan mama masa umur 5 tahun. ditinggalkan abang ketika darjah satu. ayah pulak menyusul mama dan abang ketika darjah 5.

mudah ke seorang anak kecil terima semua ni?

kadang2 bila tengok dia termenung aku biarkan saje. biar dia layan perasaan dia. dan kadang2 aku nampak ada airmata bertakung yang baby cuba tahan dari mengalir. ada rasa hiba di mukanya. bila dia merenung jauh dapat aku rasakan perasaan yang terbuku dalam hatinya.

bila duduk sorang2 dia selalu mengelip2kan mata dia. aku tahu bila teringatkan ayah yang baru pergi hati baby bagaikan dicarik2. tapi sedaya upaya menahan airmata dari jatuh. dia tak nak kami tengok yang dia sedang bersedih.

kuat sungguh baby ni. dia menjaga hati kami supaya kami tak susah hati tengok kalau dia bersedih.

aku juga tahu disebabkan terlampau menahan perasaan sedih..dia cepat naik angin. cepat merajuk.

baru2 ni kami makan nasi arab kat sri iskandar. dia dah cakap nak duduk menghadap ke kitchen. tiba2 kaklong berlari nak duduk ditempat yang sama. kaklong terus duduk dan baby sempat tarik kerusi kaklong. nasib baik kaklong tak jatoh.

aku pulak terus ke tandas. balik ke meja aku tengok baby letak kepala dia atas meja macam tengah tidur. lepas tu makanan sampai aku suruh dia duduk elok2. dia angkat kepala dan airmata dia mengalir tanpa henti. aku tanya kenape pulak ni? mak bagi isyarat muncung mak ke arah kaklong.

ohhh ni mesti kes tadi ni. mesti kena marah dengan kaklong. ye lah baby yang salahkan kenape tarik kerusi kaklong dah nak duduk. kalau kaklong jatuh macam mane? pertama mesti kaklong malu jatuh kerusi depan orang ramai kan.

masuk waktu berbuka aku suap dia makan. nasi aku share dengan baby. aku suap dia nganga lepas tu keluar airmata. aku suap lagi keluar lagi airmata. suap kali ketiga aku cakap lah..dah dah jangan nangis depan nasi ni.

pelan je dia jawab "kaklong tuuuu"

dah separuh makan dia senyum2 kat kaklong. hurm kejap je sentapnya dah okay budak baby ni.

paling ketara sekarang ni tak boleh marah dia. cepat je dia merajuk hentak2 kaki. ye lah dah buat salah kan kena la tegur. ape yang baby buat tak betul kena la tegur. kalau orang tegur sebab orang tu sayang kat baby kan.

sensitif betol sekarang ni. apa yang kita nak cakap pada dia kena fikir dulu. kena jaga hati dia.
kalau dia nampak mak ayah dan anak pegang2 tangan pun dia boleh termenung. bila tanya kenape?
cepat2 palingkan muka kat tempat lain.

sedih tengok keluarga yang ada mak dan ayah.

lagi satu kalau dia lambat bangun tidur janganlah kita kejut kasar2. sehari suntuk dia moody. kena kejut lembut2. biasanya sebelum tidur aku cakap kat dia esok pagi bangun awal tau..solat. kalau nino kejut jangan marah nino tau. ok katanya.

sekarang ni kalau baby kata nak makan satu2 benda tu lagi tak dapat itu je berulang2 kali dia cakap nak benda tu nak benda tu.

memanglah kita kena banyak bersabar kena faham kehendak dorang. kita kena jaga kata2 kita. kena jaga hati dan perasaan dorang.

aku selalu pesan pada diri aku cuba faham apa yang ada dalam hati dorang tanpa emak ayah. aku dulupun darjah 5 abah meninggal. aku dapat rasakan betapa kosongnya hati aku. betapa rindunya nak panggil abah abah. betapa jelesnya aku bila tengok kawan2 aku bergurau senda dengan ayah dorang.

tak pe baby. walaupun mama ayah abang dah takde tapi masih ramai orang sayang ambil berat pasal baby. baby sekolah rajin2 belajar pandai2. jadi anak yang solehah. semua tu yang akan buat mama ayah abang tersenyum bangga disana.


3 comments:

  1. Akak, akak pun jaga kesihatan tau supaya dapat selalu disamping baby.. support baby...sampai dia besar & berjaya nanti.. kesian dia.. akak antara org yg dia paling sayang sekarang.. semoga Akak & mak akak dipanjangkan usia dlm keberkatan & diberi kesihatan yg baik selalu..aamiin

    ReplyDelete
  2. Kak..terkejutnya saya baca kisah ni.. besar dugaan keluarga akak.. kirim saya baby.. walaupun kita x penah jumpa tp rasa dekat sangat kisah hidup kakak sebab dari dulu dok ikut cerita akak.

    ReplyDelete
  3. cik sar..skrg akk jarang bukak blog. wpun byk benda nk cerita tp semangat nk berblog tu dah lari. skrg kaklong makin kurus. baby pun sama. tgk muka nmpk ceria nmpk takde ape2 tapi akk tahu kat dalam hati Allah je yg tahu betapa kaklong baby rindu sgt2 pd mama ayah dan ap. terima kasih baca blog akk.

    ReplyDelete