aku nak ucapkan terima kasih pada korang yang baca blog aku.
walaupun dah tak banyak entri tapi masih ada pembaca baru yang follow blog aku ni.
banyak benda nak cerita lebih2 lagi lepas amin meninggal dunia banyak benda nak cerita pasal kaklong. pasal baby. apa perasaan budak2 berdua tu selepas ayah dorang meninggal.
secara ringkasnya aku cerita pasal kaklong dulu.
kaklong ni dia tak banyak cakap. perangai dia lebih kurang macam ayah dia. tak banyak cakap. bila orang bersembang tak menyampuk walau sepatah perkataan pun. tersengih2 je dengar orang bercerita.
kalau dapat mengadap laptop macam dunia ni dah tak wujud..haha
makan pun memilih sangat2. kesimpulannya 90% ikut ayah. dan yang paling paling paling ketara adalah kalau kaklong tersengih2 atau tersenyum2 memang sebijik macam ayah dia. mulanya aku ingat aku sorang je perasan. rupanya mak pun perasan.
sekarang ni kaklong cuti 4 bulan. bulan sept aritu kaklong ikut maksu (adik ayah dia) pegi labuan, kota kinabalu dan brunei. bagi dia jalan2 supaya dia happy. dah la lepas ayah meninggal bertungkus lumus study final exam 2nd year kat utp. aku dan mak memang lah berharap bila dia ikut maksu dia ke labuan boleh hilang sedikit stress dia tu.
memang dia happy bercerita pasal labuan, kk dan brunei. ade lah 3/4 hari kot cakap pasal tu.
lepas tu..dia jadi moody..kurang bercakap.
aku tahu hati dia tersentuh sebab ayat yang keluar dari mulut seseorang. aku dah buat entri sebelum ni pasal 'hati yang perlu dijaga'.
memang perlu jaga hati kaklong dan baby.
aku selalu cakap pada diri aku..cakap pada mak..bila nak cakap dengan kaklong baby kena hati2. hati dan perasaan budak berdua ni dah tak sama macam dulu.
kalau lepas mama dorang meninggal lepas ap meninggal budak berdua ni masih lagi ada ayah. masih boleh panggil ayah..ayah..ayah.
tapi sekarang dah tiga orang dalam keluarga kaklong baby dah meninggal. dah meninggal dah tak boleh jumpa sampai bila2.
dah tak de tempat bermanja.
memang aku ada. mak aku ada. makcik makcik dan pakcik pakcik sebelah ayah dia pun ada.
tapi dah tak sama.
zahir kaklong nampak tenang. nampak macam biasa je. nampak macam takde ape2.
tapi pernah ke kita fikir ape yang ada dalam hati seorang anak yang kehilangan mak ayah adik dalam sekelip mata.
pernah ke dengar dia menangis teresak2 dalam tidur? mulanya aku ingat dia belum tidur aku bangun pegi dekat2 pada kaklong rupanya dia tengah tidur. sebaknya aku tengah2 malam tu. aku terus keluar bilik duduk kat luar dan sepanjang malam aku tak boleh tidur. itu kaklong. baby pulak macam mane???
sekarang ni berat badan dia makin turun. sebelum ni 39kg. dan sekarang aku rasa makin kurang dari itu. sebab tengok pergelanggan tangan dia pun dah tahu.
kadang2 mak merungut sebab kaklong makan nasi sikit sangat. banyak termenung. aku cakap mak suap dia makan mesti dia makan banyak.
mak cakap...kaklong ni memendam perasaan. ada benda yang dia pendam tak nak cakap.
aku cadang dalam waktu terdekat ni nak bawak dia pergi kubur mama ayah dan ap. selalunya kat kubur baru dia menangis baru dia nampak lega..aku suka kalau dia menangis. sebab selagi dia tak menangis selagi itulah hati dia terbuku.
No comments:
Post a Comment