Thursday, January 28, 2010

hari tak gumbira

feeling a bit stress... reasons ??

dah berjanji awal2 lagik. bila tiba masanya bila di ajak jawapannya esok la. dah esok, esok lagi. pastu esok lagik. mana aku tak sentap :(

kenapa mungkir janji? tsk tsk

dalam diam bertanya pada diri sendiri, nak sentap kejap ke lama
nak sentap lama!
tak pe tak nak pegi tak pe. simpan semua alasanmu :(
aku boleh pegi sorang2

tukar baju pakai seluar capai tudung
nak bagitahu ke tak yah?

tak yah la.....
stat enjin....berkata2 dalam hati, nak bagitahu ke tak yah
syaiton berbisik 'tak payah'
yes! tak payah kasik tahu. kan tengah sentap

maka aku membawa diri ke kedai hardware sorang2
beli getah paip 15 meter, beli mop

pegi kedai jual plastik beli baldi, penyapu, span

then pegi beli ajax

dah ade depan umah baru, tak semangat nak buat sorang2
nak balik la
syaiton berbisik-bisik lagik 'kalo ko balik dia sure ketawakan ko, tak de dia ko tak boleh buat keja, buat je sorang2...aku kan ada'

bukak kunci gate kunci pintu....tiba2 uhuhuhu rasa lain macam. ada sikit getar
maklum umah dah lama tak berpenghuni
cepat2 baca ayat kursi, 3 qul tak berenti sampai tercungap2 menahan napas

tak lama pastu baru rasa lega, rasa selesa

keluarkan barang2 beli tadi bukak semua tingkap baca bismilah mulakan tugas

nak sapu dulu ke or tembak air terus?

sambil2 tu mulut kumat-kamit baca ayat kursi dan 3 qul

tembak air. senang keja. tengah pancut2 air takde angin tak de apa2 tiba2 pintu bilik belakang
tutup gedegang. aku pegi belakang bukak balik pintu tu. berdiri tercegat depan pintu baca ayat kursi ulang2

pastu pegi tiap2 penjuru baca lagik, pegi bilik depan bilik tengah baca lagik
alhamdulillah selepas itu suasana aman. aku rasa lebih selesa
tadi tu kot2 nak cuba try test aku kot
ataupun sebenarnya tak de pape pun..perasaan je kot

perasaan je lebih sebab teringat2 kawan aku yang depan umah dia ada langs***
masa tu perasaan melebihi keyakinan diri
so apalagi syaiton bertanduk rusa menari samba berjoget lambak bertango sakan ngusik aku

itu pasal aku tak nak pegi sorang2 sebab ini first time masuk sorang2 umah baru tu
sentap punya pasal tu yang jadi berani


ed, esok akak nak pasangkan surah al baqarah kat umah baru tu
patutnya tadi tapi terlupa sangat2


at about 12 lebih camtu hb call tanya aku kat mane
aik tak kan tak tahu aku kat mana
atau dah tau. saja nak tutup perasaan bersalah kot

kol 1 tembak air kali yang ketiga ke semua bilik dapur dan ruang tamu
tadi dah tembak 2 kali rasa tak puas hati
sapu air keluar dan hurm kali ni sangat puas hati
umah dah bersih dah suci

teros call mak tanya bila nak balik? umah dah bersih
bila kita nak beli sofa beli lemari?
uihhh tak sabar dah nak shopping perabut

saja kasik mak panas berasap2 kat saujana
harap2 ujung minggu ni dorang boleh balik
boleh tolong cat kat hall

tak sabar nak tunggu abang aku renovate kat depan kat dapur

1.38 tutup tingkap tutup pintu, balik umah
dalam kereta bercakap dalam hati...nak sambong sentap ke

sampai umah buat muka sikit
hb tegor 5 6 patah. aku jawab sepatah

sekarang dah kol 6.04 hati bertanya lagi...nak teros sentap ke harini?

alaaaa....kenapa arini nak marah je. tak suka macam ni tau. tengok kalender arini 28hb
ooooo patut la pms sudah mari.

beberapa bulan lepas aku minum gamogen produk healing. time pms cam gini relax tak stress sedar2 dah period. awal bulan ni gamogen abes malas nak beli lagik so sindrom pms datang balik

tak boleh jadi nak kena beli sambung makan gamogen. not feeling well at the moment


p/s
kaklong tak boleh online lagik ke?
sian kaklong. lama tak hapdet blog.

2 comments:

  1. aah kak, bacakan surah al-baqarah sebelum masuk rumah (pindah).

    ttg insurans tu, shira tu kan, akak mintak aje sambung ke bos dia. cakap direct ngan bos biasanya akan cepat tindakan.

    bukan apa, isnin 1 feb kl cuti tau. then tinggal 12 hari, tolak 2 hari weekend, dah CNY.

    ReplyDelete
  2. tadi akak suruh dia sambungkan kat bos
    kata dia bos keluar
    alasan la tu
    memang odah...masak akak dibuatnya

    odah..nape blog odah tak boleh komen?

    ReplyDelete