Wednesday, May 19, 2010

kaklong mrsm muar @ ahad 16/5/2010

mak bangun seawal 5 pagi sediakan menu yang nak dibawak ke muar. jam 7 pagi aku, mak dan baby dah siap pakai baju. 7.40 ayah baby tak turun lagi. baby dah gelisah bila ayah nak turun ni. tunggu ayah tak turun-turun baby lapar so aku suap dia makan nasi dulu. aku, walaupun lapar tapi tak selera nak makan saja kosongkan perut nanti nak makan ngan kaklong.


kan janji ngan kaklong kol 10. kesian nanti kaklong tunggu kitakan, baby dah membebel sorang-sorang. tunggu punya tunggu 8.50 ayah baby baru turun. nampak je ayahnya turun kami meluru ke depan tak sabar nak pegi dah ni.


sampai di mrsm muar jam 11.30 pagi. baby naik atas ketuk pintu bilik kaklong. aku nyorok kat tepi tangga. aku nampak muka kaklong excited sangat. pastu dengar tapak kaki berjalan laju turun anak tangga dan kaklong nampak aku terus berlari dan cium pipi aku berkali-kali. muka kaklong dah berubah sedih agaknya.


pastu kaklong berlari ke arah pah. cium pah berkali-kali dan peluk cium peluk cium pah. rindu pah ye. tengok muka mak pun dah berubah, air mata dah bergenang tunggu jatuh je lagi. aku kat belakang pun dah syahdu-syahdan. sedihnya. ya la anak sedara yang dibela sebesar tapak kaki 2 jari sekarang dah tinggal berjauhan dapat jumpa sebulan sekali. mahunya tak rindu. selalu kat rumah makan di suap ini duduk jauh makan apa yang ada tersedia. tak boleh lagi nak milih nak makan itu ini. kadang-kadang menu yang disediakan dewan makan tak menepati piawaian tekak so kaklong tak makan. tiap kali call aku atau mak mesti tanya 'dah makan?' jawab kaklong 'dah. makan nasi lauk bla bla bla kat dewan' atau 'kaklong tak makan kat dewan tak de selera. kaklong makan biskut minum hot chocolate'


so kami pegi melawat kaklong haruslah bawak makanan ikut cita rasa kaklong. kami piknik kat tanjung emas. ramai pulak orang kat situ tengahari ahad tu. ada acara apa entah. kami tak ambek pot suasana riuh-rendah kat tepi tanjung tu. yang penting manfaatkan masa yang singkat itu dengan bercerita bagaikan tak cukup mulut pok pek pok pek dan tak cukup telinga nak mendengar. pastu gelak-gelak. indahnya saat itu.



baju outing mrsm muar.
cantik baju tu.
aku cakap kat kaklong raya nanti tak payah beli baju pakai je
baju outing tu. bukan orang tahu pun. ha ha ha


ini menu yang dibawak


setarmos nasi


ayam masak merah

rendang daging


ikan sambal
picca diambil selepas selesai makan
sebab tu lah tinggal balance-balence je

dan bubur jagung...yummy yummy


budak ni sikit lagi nak sampai mrsm, muntah
abes nasi dan isi perut keluar. dan sampai kat taman tu
tak sabar-sabar nak makan
aku suap baby makan nasi
pastu tak sabar-sabar pulak
nak makan bubur jagung yang sangat creamy itu

12.50 bergerak dari taman tanjung emas ke wintex parade
beli buku-buku kaklong dan
shopping biskut dan minuman kaklong
2.40 bergerak ke asrama. aku mak dan baby lepak bilik kaklong.
lepas solat baru kami turun ke bawah. akceli tak dibenarkan solat kat bilik.
aku ngan mak bantai solat sebab budak-budak bilik kaklong outing belum balik.
lepas tu lepak kat dewan makan pulak. cuaca ahad tu punyalah panas.
badan melekit-lekit muka dah berminyak-minyak.
ramai jugak parents datang bawak makanan dan menjamu selera kat dewan makan.
suasana meriah macam pesta. parents bawak berbakul-bakul makanan jamu kawan-kawan anak dorang makan.
berebut-rebut ambil makanan. seronok tengok.
ya lah makanan yang dimasak kat rumah mana nak sama dengan yang dimasak
kat dewan makan. sedih pulak aku tengok.
kaklong cakap parents kawan-kawan satu bilik dia selalu jugak datang.
bila datang dorang mesti bawak makanan banyak untuk dimakan dan dikongsi bersama-sama.
akceli kami datang bawak pizza yang cik misah buat. ada 18 ketul semuanya. lupa pulak nak snapo gambar pizza. pizza tu untuk kawan-kawan rapat kaklong kat asrama.
elok kami dah bersiap nak balik, kawan-kawan sebilik kaklong baru balik dari outing. nampak je kami berlari dorang datang dan salam. aku tanya dah makan ke?
semua terdiam dan malu tersipu-sipu. aku cakap ada nasi putih, nasi goreng, ayam masak merah, rendang daging. pegi naik atas ambil bekas.
dengar aku cakap camtu berlari dorang naik atas ambil bekas nak isi makanan. alahai kesiannya.
sekejap je dah turun bawah. aku isi makanan sambil tu tak henti-henti cakap terima kasih.
aku dan mak cakap nanti makan pizza kat atas. spontan dorang cakap 'hah pizza'
lapar ye. kaklong selalu bagitahu dorang selalu kelaparan lepas prep malam. tak de apa nak makan tu yang bantai beramai-ramai makan biskut tengah malam buta.
mak cakap lain kali kalau datang kita bawak nasi dan makanan banyak-banyak bagi budak-budak ni makan. kesian selalu kelaparan.
4.30 kami cium puas-puas peluk-peluk siap dengan pesanan penaja
'kaklong makan jangan tak makan'
so kami bergerak balik. sampai rumah 7.30 malam. aduh letihnya........mandi letak kepala kedebum......zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

6 comments:

  1. salam kak
    sangat seronok kalau ibubapa datang melawat
    memang sangat seronok
    teringgat masa duk asrama dulu...;)

    ReplyDelete
  2. sayang ibu,
    salam
    tu la kalau parents datang melawat terpancar cahaya di muka masing-masing :)

    ReplyDelete
  3. Nino,
    dulu masa sy kat hostel rasanya emak tak pernah sekalipun pegi kecuali masa register (rasanya le..). Maklumlah masa tu susah, abah cuma pakai motor je.. memang syahdu bila tengok ada parents yg dtg, tp tak le ramai sbb yg lain pun dr family yg tak seberapa..

    ReplyDelete
  4. dhill,
    kaklong cakap bila hujung minggu ramai sangat parents yang datang jenguk anak-anak dan bawak makanan. sebab ramai students mrsm muar adalah warga johor dan melaka. i pun kalau dekat mahu tiap minggu bertunggu-tangga kat situ. macam ap kat star dulu. sabtu je terpacul muka sy. naik muak pak gad dn mak gad nengok muka sy. bila dah selalu sangat datang dah kenal kereta bila nampak je kereta tak payah tinggalkan kad pelawat boleh terus masuk. kadang-kadang tu mak gad tu cakap ooooo nak jumpa dengan budak form one yang gatal tangan tu ye? tu yang kadang2 beli makanan bagi pak gad mak gad. ambek hati la konon. masa ap keluar star mak gad tu cakap nanti tak de lagi awak datang ye. rindu la pulak nak nengok kereta awak.

    ReplyDelete
  5. kak kita sama lah. masa saya sekolah dulu pun mak ayah dtg boleh kira ngan jari sbb jauh..tapi ada parents sorang kawan saya tu mmg suka bawak nasik lemak berbungkus2 utk satu dorm..kalau dgr mak ayah dia nak dtg semua dah semangat hehe

    ReplyDelete
  6. cheedah,
    kaklong pun bagitahu ada parents yg datang bawak makanan utk satu dorm. kaklong suruh akak pun buat camtu bila datang lain kali.

    ReplyDelete