Wednesday, July 28, 2010

jumaat sabtu ahad yang sangat bizi

pagi-pagi esok aku nak ke tasek jumpa sepupu nak ambek baju sedondon yang ditempah untuk kenduri sabtu ni.

esok kamis kan. lusa jumaat mak balik tapi dorang terus ke seberang perak sebab sabtu ada kenduri di seberang perak, kenduri sambut menantu. kenduri belah perempuan dah berlangsung 5/6 aritu kat muar.

hari jumaat malamnya ada tahlil untuk ena. bab yang ini aku puji abes ngan adik-beradik amin sebab dorang rajin buat tahlil untuk ena. dorang sayang sangat kat ena. alhamdulillah. anak sedara yang kecik-kecik pun masih ingat dan sayang kat mak ngah dorang.

malam tu jugak hb ada tournament boling kat ipoh parade. tournament 2 hari berturut-turut jumaat dan sabtu. biasanya kalo tournament hb ajak aku temankan dia. kali ni tak la kot. aku nak pegi kenduri.

sabtu dah usai kenduri kami nak cabut lari kejap ke padang rengas nak mengambek durian untuk dibuat stok tempoyak. bulan puasa kami sekeluarga suka makan gulai asam rebus tempoyak. aiseh sedapnya. bulan puasa lauk santan-santan tak berapa laku. masak menu kering-kering je.

ahadnya amin + mak, ap, bb menghantar kaklong balik ke mrsm muar. amin apply cuti hari isnin untuk kaklong tapi tak lulus. susah jugak nak apply cuti kalau benda tu bukan emergency. kalau nak cuti takat kenduri taksah harap la kan. berbeza ngan ap kat star dulu....alahai senang ya amat nak cuti. faxkan surat then call jam-jam tu jugak lulusnya.

ya la lain sekolah lain caranya kan.

mata aku dah melekat-lekat. malam tadi tido lambat pastu mengigau hantu pulak. oklah chow dulu. zzzzzzzzzzzz.

4 comments:

  1. hihi apsal akak asik ngigau antu ja nieh

    ReplyDelete
  2. salam kenal dari saye...
    same la mcm saye...minggu lepas adalah minggu ade sedikit kebizian...

    ReplyDelete
  3. nino,
    sy punya tempoyak tak abih2.. jarang dapat peluang mkn. maklumla kita sorang je yg makan tempoyak..

    ReplyDelete
  4. cheedah,
    tu la pasal..selalu je mimpi hantu.

    ainnoraini,
    salam kenal. terima kasih jenguk blog akak ;)

    dhill,
    sekarang kan musim durian. kat tepen pun tengah musim kan. tak balik tepen ke?

    ReplyDelete