Sunday, November 14, 2010

Pah - hospital ipoh day 4 and 5 (20-21/09/10)

tepat 6.00 pagi dato dr rama datang....tapi dia visit katil ikut nombor. mak katil no. 6.

doktor explain pd dr rama dari a - z. sekejap je dia tengok film ct-scan tu dan tengok muka aku cakap cam gini

+ tulang tengkuk tak patah tak retak tapi ada berlaku pergerakan. walaupun ada berlaku pergerakkan tapi tulang itu berada di tempat asal semula. awak faham?

aku faham tapi tak sengaja kerutkan dahi.

walaupun tulang berada di tempat asal tidak mustahil tulang akan terkeluar semula. kita pakaikan dia collar sebulan jangan bukak. kita tak mahu makcik pusing kepala terlalu kerap.

maknanya tak perlu operation?

buat masa ni kita monitor dulu. kita tengok dulu. keadaan stabil. lagipun makcik dah tua kalau boleh kita tak mahu operate dia. tapi kalau keadaan sebaliknya no choice kena operate jugak.

doktor pegang tengkuk tempat yang sakit tapi mak cakap dah tak sakit lagi. sebelum ni doktor pegang sikit dah sakit. alhamdulillah.

hidung dan rahang yang patah doktor tengok repot dari dental dan dia suruh dental datang cek sekali lagi.

lega betol tak payah operate. memang la pakar betol doktor ni. sekali tengok dah tau sedangkan sebelum ni......hurm takpayah lah nak ulas lagi. bak kata sorang doktor tu walaupun kami dah jadi doktor bertahun-tahun lamanya ada yang 10 20 30 tahun kadang-kadang bila berlaku kes unik macam mak * dikatakan unik sebab short neck tak nampak dalam film ct-scan so kami belajar, belajar dan belajar.

dan teringat pulak masa ena di wad neuro hosp sg buloh. kes tumor ena adalah unik. jarang-jarang berlaku dalam dunia. tumor ena tumbuh memanjang dari hidung ke bahagian dalam otak. jadi doktor-doktor yang baru nak jadi doktor dan doktor-doktor yang dah lama jadi doktor mengkaji kes ena ni dengan teliti. so proses pembelajaran dorang mengikut peredaran masa dan tiada titik noktahnya.

ok keadaan mak pada hari ke 4 dan ke 5 tak banyak perubahan. yang berubah cuma bahagian dahi yang makin surut. walaupun surut tapi masih lembek bila disentuh.

setiap hari ramai visitors datang walaupun bukan time melawat.

oh aku terlupa nak cerita....aku perlu masukkan cerita ni sebab

pagi sabtu 18/9/2010 tu cikgu nizar (betol ke nama cikgu ni) call

+ assalamualaikum...saya cikgu amirul fahmi....u ni makcik fami ye....

- ya cikgu. * aku dah sebak tapi control

+ saya nak kan pengesahan dari mulut u betol ke apa yang saya dengar pasal fami.....

- betol cikgu *dah stat menangis. cikgu tu pun dah sebak

+ semalam budak-budak ni bagitahu saya...saya kurang percaya sebab awal tahun ni dah berlaku 2 kes. budak-budak ni main-main. guna hp kakak dan cakap adik dia meninggal..kita cikgu-cikgu pegi umah tengok benda tu tak betol. dah 2 kali dorang main-main. okay bila amelina bagitahu fami meninggal saya suruh parents fami call inform sekolah. saya call pejabat dorang cakap tak de sape-sape parents fami yang ada call. jadi saya anggap budak-budak ni main-main. tapi budak-budak ni cakap 'betol cikgu'....betol....tu yang saya call awak ni....so betol lah ya....* terus cikgu sebak dan menangis

aku dah tak ingat apa lagi cikgu nizar cakap sebab dah menangis.


10 minit lepas tu sorang lagi cikgu...cikgu patma (betol ke nama cikgu ni kalau salah mintak maaf)

+ assalamualaikum......Ya Allah betollah apa yang saya dengar. * sebak
saya ni cikgu kapa dia....fami ni baik sungguh budak dia.......senyum je. tak menimbulkan masalah...saya yang selalu bawak dia bawak budak-budak kalau dorang ada aktiviti luar. tak sangka sungguh. saya rasa tak percaya......

itu je ayat-ayat yang masih aku ingat yang lain tu dah tak ingat lagi.

setengah jam lepas tu cikgu citiey pulak call.........serius aku tak ingat apa cikgu citiey cakap. ada beberapa sms dari cikgu citiey yang masih aku simpan...dan satu sms ni "benarlah janji Allah bila sampai detik kematian tiba, takan tercepat atau terlambat walau sesaat. pasti tiba. semoga arwah tenang di sisinya" amen.

2 comments:

  1. nino , name cikgu kapa dia cikgu hasmiza

    ReplyDelete
  2. menitik air mata sya baca en3 nih, sya pasti air mata akak lagi pulak kan?
    semoga rohnya di rahmati yang Esa amin..

    ReplyDelete