Saturday, August 18, 2012

aidil fitri 2012...2 tahun pemergian ap

syawal ke lima tahun ni genap 2 tahun pemergian ap. seperti tahun lepas dan tahun ni sama saja aku langsung takde semangat nak beraya.

subuh tadi aku baca yassin insyaAllah esok pagi kaklong bawak air yassin yang aku baca tu jirus kubur ap dan ena. nino minta maaf banyak-banyak ap...nino belum boleh ziarah kubur ap. tak sanggup nino tengok kubur ap di sebelah mama. ap dan mama tentu sedih kan dah 2 tahun nino tak ziarah kubur. maafkan nino. maafkan nino.

esok mungkin pakngah sekeluarga bawak pah gi kubur ap. nino tak pergi. nino tak sanggup tengok kubur ap. dekat-dekat nak raya tiap-tiap hari lepas solat subuh nino mesti menitik airmata kerana teringatkan ap.

masih teringat-ingat senyuman manis ap. masih teringat-ingat bila ap panggil..nino...nino...nino...nino rindu nak dengar suara ap panggil nino berulang-ulang kali.

nino tak mampu nak teruskan kata-kata lagi ap. nino sebak. nino sedih sangat-sangat.


 foto raya pertama dan terakhir bersama ap aidil fitri 2009

ap dan mama



foto terkahir 4 hari sebelum ap
 meninggal dunia pada 17/9/2010


al-fatihah buat anakanda kesayanagn nino. abadi dan tenang bersama mama, atuk, maksu, tok/pah moyang.

No comments:

Post a Comment