Wednesday, October 9, 2013

citer lain dulu

Sambungan reaksi y...aku citer kemudian ye.

Aku ngantuk sebenarnya. Minggu ni tido lambat bangun 4am.

Pagi semalam catering minum pagi hospital. Menu nasi lemak, 2 jenis kuih which is sadin gulung dan buah melaka. Minum nescafe tarik.

Lusa catering kat sekolah. Makan belah petang. Menu heavy jugak. Makan 50 students and cikgu.

Nasi tomato ayam masak merah dalca sayur

Chicken chop+fries+coleslow. Sirap free.

Isnin sehari before raya haji ramai tempah rendang ayam. Pagi raya ada gak menanya tapi belum confirm lagi.

24 okt cikgu sekolah dah booking catering untuk solat hajat students SPM.

Camtu lah rutin buat masa ni. aku dah tak buka payong tutop payong. Sekarang aku buat mangkuk tingkat. Lebih mudah. Dah tahu income sehari berapa.

Sambil2 tu ambek catering. Cash only. Tahun 2011 2012 banyak ambek LO. Tapi payment lambat sikit susah pusing modal. Start 2013 no more LO.

Awal tahun catering kenduri kawin. Alhamdulillah sukses. Rata2 puji menu sedap. First time ambek catering kenduri kawin before this ambek government LO sahaja. Then adala kenduri kecik2. Kenduri doa selamat/tahlil yang banyak.

Raya puasa baru ni tak menang tangan ngan open house. Alhamdulillah rezeki tu ada. Walaupun jumlah nye kecil sekalipun aku terima. Janji cash.

Penat handle catering tak boleh nak citer. Satu badan penat sangat3. Tak kira jumlah nye besar atau kecik bab selepas catering tu yang meletihkan. Nak kemas pinggan mangkuk. Selagi tak disimpan dalam rumah huru hara.

Tengah taip2 ni pun cikgu tengah sms sms nak order untuk malam raya next week. Syukur.

Sebelum ni aku dah terdelete 2,3 entry pasal diet aku kan..now turun 1.7kg. Wah wah wah wpun turun cinonet jerrrrr at least turun gak. Harap2 pasni turun dan turun lagi...hiks!

Ok lah nak tido dah ni. Mata tak berape nak cerah. Ok gud nite uolls.

Free mind.




No comments:

Post a Comment