Wednesday, October 16, 2013

sekarang kat penang

tengahari semalam abang aku yang kat penang call bagitahu kak ipar accident. Katanya muka luka teruk.

lebih kurang pukul 2pm kami bertolak ke penang. aku mengantuk sebab bangun 3.30am buat roti jala + kari ayam kentang cikgu nak pukul 7am. siap roti jala masak mi kari kawan pulak.

sampai taiping kaklong bawak kereta. nasib baik kaklong dah ada lesen. setakat ni kalau jalan tak banyak kereta or highway aku yakin kaklong bawak. jalan sibuk aku belum berani sebabnya kaklong agak gabra sikit bila tengok banyak kereta. maklumlah baru seminggu dapat lesen kereta.

kami sampai lambat lebih kurang 4.45pm sebab banyak kali berenti mak gi toilet. mak makan ubat tu yang asyik nak terkucil jer. kami sampai hospital penang 5 lebih.

keadaan kak ipar parah bahagian muka. keseluruhan pipi kanan terkoyak. pipi belah kiri terkoyak kat tengah2 je. mata belah kiri bengkak dan lebam. mata boleh bukak sikit je. keseluruhan bahagian muka bengkak2. katanya berdenyut tak henti2. aduiiiii sakitnye. aku yang nengok pun rasa seriau inikan pulak tuan punya badan.

atas tapak tangan luka terkoyak nampak isi. kaki kiri luka besar di lutut dan atas tapak kaki. keadaan dia stabil.

tengahari tadi dah transfer ke private hospital lam wah ee. private hospital selesa sikit dan senang kami nak melawat.

malam isnin lebih kurang 10 lebih kak ipar aku on the way balik ke rumah lepas abes syif petang. dia kerja kat penang bridge.

dia tak tahu macam mana accident berlaku. sama ada kereta langgar dari belakang atau dia terbabas sendiri. saksi bagitahu dorang nampak tiba2 motor dia naik divider belah kiri dan dia tersembam ke bawah. nasib baik motor jatuh belah kiri bahu jalan. kalau jatuh belah kanan...auzubillah...kereta laju2 kat area tu.

dia pengsan masa dalam ambulan dia tersedar sekejap call abang aku. lepas tu pengsan balik. takat ni keadaan dia masih lemah tapi stabil.

masa kat hospital kerajaan patutnya hari ni operate muka dia. doktor nak buang isi2 kat dalam pipi yang hancur. now dah ada private hospital maybe dalam waktu terdekat operate kot.

aku. mak, kaklong dan baby masih di rumah abang aku kat air hitam..insyaAllah kalau semuanya ok esok pagi atau tengahari kami balik ke batu gajah. baby dah ponteng sekolah hari ni. best la baby ponteng sekolah kannnnn :)

tengahari tadi hospital bt gajah sms mintak aku catering sarapan pagi dan makan tengahari jumaat ni. rasanya tak kot. letih catering jumaat, sabtu, isnin dan selasa semalam belum abes lagi. kamis jumaat sabtu ahad nak rehat dulu.




No comments:

Post a Comment