Sunday, October 27, 2013

viva fat lady langgar gate depan rumah

last saturday elok kereta aku nak masuk kat porch tiba2 gate tutup. memang tak sempat nak elak terus langgar gate. masa langgar tu dengar bunyi kuat sangat.
jiran2 keluar tengok.
aku tergamam.keluar dari kereta tengok eh eh takde ape2 pun.
sekali tengok belah kiri kereta remuk. retak kat area plat kereta. remuk besar 2 penumbuk kat atas lampu. nasib baik lampu tak pecah. lepas tu kat body kereta yang kat atas tayar terkeluar sikit.

adoiiiiiiii. parah ni.
toleh kiri alamakkkkkkkk gate terlipat dua. terlipat dua you.
masih dalam keadaan terkejut pandu kereta masuk porch. keluar dari kereta sambil terkebil2 tengok kereta remuk dah macam hape dah jadinya.

kejadian tu dalam pukul 1pm. lepas solat zuhur duduk termenung memikir kenapa lepas satu satu kejadian yang tak diingini berlaku dalam masa seminggu. aku duduk diam2. tarik nafas panjang2. akhirnya aku redha. baru rasa lega sikit.

capai kunci terus pegi workshop ketuk kereta. nak ketuk lebih kurang rm200. cat lebih kurang rm300. kalau ikutkan nak cat sikit je area yang ketuk tadi tapi biasalah kena cat seluruh bonet depan. cina tu suruh aku tinggalkan kereta hari isnin baru boleh buat.

macam mana nak tinggal isnin aku nak guna kereta beli barang2 untuk catering hari selasa. aku cakap takpe lah next saturday patutnye semalam aku hantar. sekali pagi semalam ada catering.

sampai sekarang masih belum ketuk. nanti2 lah. dah free nanti baru hantar ketuk+cat.

orait. aku nak citer pasal entri bersalah haritu.

camni citernye.

hari yang aku catering nasi ayam + ayam vanggey.

nasi ayam mentah. ye nasi ayam 2 periuk besar mentah. nasi ayam yang boleh dimakan oleh 150-170 orang mentah. tak tahu nak citer macam mana. tak tahu macam mane nasi ayam boleh mentah.

dipendekkan citer aku tak nak salahkan sesape. aku salahkan diri sendiri.

tapi yang aku dengar gosip2 kat luar mengatakan.....orang yang selalu catering tu maybe dia marah sebab aku yang dapat catering tu. sebelum ni hanya dia sahaja yang dapat catering kat tempat tu.

tiba2 sejak akhir2 ni aku yang banyak dapat catering.

aku tak tahu nak cakap ape. dah orang mintak aku catering.kebetulan time tu aku free so aku ambek la. aku tak tahu pulak ada orang marah kat aku.

macam aku cakap tadi aku tak nak menyalahkan sesape. kalau betul lah nasi ayam aku mentah disebabkan perbuatan orang tu.....wallahualam. aku serahkan pada Allah. aku tak buat salah ape2 kat dia.

disebabkan kejadian tu aku reject semua catering yang dah bersusun patut aku buat kat tempat tu.

bagi aku tak bestlah. aku tak tutup periuk dia tapi dah orang tu nak tukar selera nak try catering yang aku buat.

sebelum ni dah macam2 catering aku buat. termasuklah kenduri kawin. macam2 kenduri yang melibatkan ribu2 orang baik di pejabat kerajaan atau di rumah alhamdulillah tak pernah ada masalah.

bila fikir2 balik aku anggap semua ni musibah. ujian dari Allah supaya di masa akan datang aku lebih berhati2     dan ada hikmah disebalik semua kejadian.

beberapa hari selepas kejadian tu aku di offer buat satu lagi catering ditempat yang sama.menu yang sama. aku minta dia bagi masa satu jam untuk berfikir nak ambek atau tak. kawan aku pujuk aku jangan menyerah kalah. kena buktikan sekali lagi. aku dah tak semangat cakap la ape pun aku tetap reject. tak nak lah aku tak pasal2 nanti disebabkan perbuatan khianat orang kat aku nama baik, reputasi aku tercalar sekali lagi.

jenuh la kawan2 aku mujuk aku. kata dorang kalau aku tak ambek bermakna aku tak boleh nak buktikan yang nasi ayam vanggey aku tu adalah terbaik dalam rekod. cewah cewah pandainye dorang bodek aku.

aku gelak je dorang cakap macam2.dorang mujuk macam2.

dalam hati terfikir betoi jugak. kali ni aku kena buktikan yang nasi ayam vangge aku the best..cewahhh.

walaupun 50/50 kejap rasa nak kejap rasa tak nak last aku terima.

akan ku buktikan......

tiba hari aku masak nasi ayam tu perasaan berdebar2 tak boleh nak cakap. sepanjang sesi memasak nasi ayam tu boleh dikatakan aku sentiasa menarik nafas panjang. takut kejadian berulang lagi. kali ni kalau jadi sekali lagi memanglah......

alhamdulillah nasi ayam masak elok. cantik. lembut dan rasanya sangat sedap.

ceduk masuk flask nasi. dah siap cedok selang beberapa minit aku bukak tutup flask tengok. selang beberapa minit tengok lagi. aku takut tetiba nasi ayam mentah. kan kes naya kalau mentah lagi.

dah masuk flask nasi ayam dalam kereta aku bukak tutupnya sekali lagi check. tengok nasi ayam ok. dah sampai tempat catering tu tengok lagi. takut jugak dah sampai situ pulak nasi ayam boleh mentah.

aku suruh sorang cikgu tu check nasi ayam aku dah suruh dia confirmkan yang nasi ayam aku ok. haha sampai macam tu sekali trauma aku.

alhamdulillah sampai kesudah nasi ayam aku ok. alhamdulillah. tq Allah.

lain kali aku sambung pasal aku niaga aritu. citer belum abeh lagi..pasal Y tu...



No comments:

Post a Comment