Sunday, February 28, 2010

kereta rosak lagik....pastu printer pun rosak jugak

bengkel ni servis pantas + harga berpatutan

tengok tu minyak brek kering kontang

so tukar ini barang


ok minggu ni kita citer pasal kereta sokmo.



akceli kisah ni berlaku pada ari selasa lepas. ala ari yang sebelah paginya aku tukar motor ngan fan tu. ada ingat?



ari isnin tu kan kereta high temperature. dalam masa yang sama kat dashboard tu keluar gambar brek. hb tanya aku kenapa eh? sebelum ni aku ada pengalaman dah. kalo keluar gambar brek tu means minyak brek dah minimum. tapi stress punya pasal kepala dok ingat high temperature tu aku jadi lupa kenapa asyik keluar gambar tu.



esok paginya hb tengok minyak brek kering kontang. masyaallah nasib baik semalam tak jadi ape-ape kat kereta. buatnya brek tak makan kan kes naya. so hb bubuh minyak brek kaler merah,aku suka kalernya merahnya sangat cantek. lepas tukar motor ngan fan pagi tu kan kami ada apoiment so berdesup ke sana berdesup ke sinun.



petang sampai rumah bukak pc nak print something sekali printer pulak rosak. alahai apa ke hey nye ni semua nak rosak saat dan ketika ini. aku dah mengeluh nak keluar duit lagi. hb cepat2 anta printer sebab urgent nak pakai printer tu.




20 minit lepas tu aku dengar kereta masuk laju jer. dalam hati dah cakap ni sure ada berlaku something ni kalo tak hb tak bawak kereta masuk ke dalam laju giler. hb datang kat aku cakap minyak brek kering kontang sekali lagi padahal baru isi pagi tadi. ni mesti bocor. masa tu dah dekat kol 6 so tanpa berfikir panjang kami terus ke workshop. nasib baik belum tutup.




foreman tu cek depan cek belakang dia cakap bocor dua tempat kat sebelah kiri dan kanan. kena tukar la kan. duit lagi kan. apa nak buat tukar je lah. tapi nasib baik tak mahal parts dan upah rm60 jer.


so minggu ni kereta punya pasal dah kena pow rm rm rm rm rm. aduh aduh semua tu tak de dalam bajet. so mulai bulan mac aku akan bukak satu akaun kecemasan. nak tak nak kena simpan. in case berlaku yang diluar jangkaan so tak perlu risau nak kena keluar duit poket sendiri.


dan sebab dah terover bajet kerana kereta so bulan mac no shopping no makan luar no beli benda-benda mengarut. benda mengarut tu bila lalu kedai tudung tak boleh tahan beb. sure mengundur kebelakang masuk itu kedai. boleh tahan ke bulan mac ni no no no semua tu?????

Saturday, February 27, 2010

terkena berkali-kali...ini mr wong memanglah penggoda!

accident aritu banyak aksesori yang aku pasang sendiri rosak dan terpaksa dipasang semula. contohnya tinted kat cermin depan, pastu ape benda tu yang kat tepi tingkap tu. sebab itu kategori aksesori so dorang buat dek je la. ok yang ni aku tak kisah sangat.


yang aku kisah adalah aku tak puas hati workshop tu buat kerja. dorang just tukar yang rosak besar2 je. parts kecik yang rosak kat dalam kereta dorang tak buat ape. contohnya yang kat tepi mirror pandang belakang ala benda kat atas kepala bila panas terik kita tolak kebawah tu (?) hah benda alah tu rosak koyak dah nak tercabut. pastu kat tepi pintu sebelah kanan dan kiri ternganga. apa salah gam la kan. ini tak. dah la tiap kali masuk kereta mata aku ni asyik jeling menatang tu.


dan satu lagi dorang pasang wiper terbalik. yang kiri pasang kanan dan kanan pasang kiri. bila ujan wiper tu tersembul2 keluar dari cermin, memang tak puas hati. grrrrrrr. mulanya nak pegi komplen. pikir pikir pikir ahhh malaslah. kang nak kena isi macam2 form ngan insuran. kereta nak kena tinggal dan entah bila boleh siap. kesimpulannya, tak payah!


sudahnya tak boleh jadi terpaksa keluar rm sendiri buat semua tu. benci.


cuaca panas terik tahap matahari tercacak atas kepala memaksa aku berura-ura nak pasang tinted kat cermin depan. tak boleh tahan panas datang dari depan. terbakar muka. muka berbelak2.


kira2 bajet hurm tak boleh la nak pasang tinted tu. so keputusan sebulat suara telah diambil kita buh sticker dulu kat atas cermin. so tak de la panas kena kat dahi kan.


aku dan hb pegi kedai aksesori yang kami selalu pegi tu. dah kenal mesra ngan itu mr wong. sosek sosek budak dia cakap 'kakak, sekarang panas, tengok muka kakak sudah tukar kaler. pasang terus tinted ma. itu sticker boleh tutup dahi saja ma. nanti dahi putih pipi hitam ma. amboi pandai sungguh ko meng ayat aku yer. termakan jugak aku. berapa? cincai kasi kakak rm80. uuuiiii mahalnya. mana mahal? murah kakak...saya kasi free itu sticker. oklah oklah.


oke terkena satu.




cuaca very the panas so aku dan hb lepak kat dalam. kat dalam tu mr wong berusaha mengoda hb suruh pasang abs+power brake kat kereta aku. katanya kalo pasang kereta itu akan mencengkam lebih lembut bla bla bla bla.....


hb tanya aku. akhirnya oklah oklah. terkena satu lagik


beberapa minit selepas itu.....mr wong meneruskan agenda 'menghauskan' beg duit kami.


bos, saya kasi tunjuk satu barang. bos mesti suka punya. dia pun tunjuklah menatang ni



ini vtec.....sori aku dah lupa namanya. ini barang boleh kasi ringan u punya kereta sekaligus boleh jimat petrol. mr wong pun amek kertas tunjukkan kat kami teori kenapa dan mengapa. godaan wong telah membuatkan kami laki bini jatuh chenta pada itu barang. dan why not?


berapa harga mr wong? saya kasi u special price hari raya cina punya harga. saya kasi kaw kaw price ok. semua satu kali rm420. boleh? aku tengok hb. hb tengok aku. aku bukan ape kepala dok menconggak duit dalam purse. hb jeling kat aku dan seperti biasa aku paham sangat isyarat jelingan manja yang ditujukan pada aku. hah hah terkena buat kali ketiga.


tu tengah pasang cilinder abs + power brake


tengah pasang vtec yang aku tak ingat nama saintifik menatang tu
ko ingat itu mr wong atau pekerja dia dah berpuas hati dan dah abes dok goda2 aku? no no no....
aku keluar tengok pekerja pasang semua tu. pekerja tu, 'kakak ini barang (benda yang kat tepi tingkap yang dah patah tu) kasi pasang ma. murah saja satu set baru 40 ma.





oklah oklah....terkena buat kali keempat.
dah pasang semua dah siap kami pun balik. dalam kereta dua2 diam sebab bajet dah lari kudaku lari gagah berani. huwaaaaa huwaaaaa bajet lari. sape nak tolong ni..oh mummy pelis help mi.
tapi...ada tapinya....selepas beberapa hari.....ohhhhhh wah wah wah...best la
kami sangat berpuas hati ngan kelembutan abs+power brake. dan kami jugak teruja ngan vtec tu....memang betul kereta sangat ringan. dan yang paling bagus boleh jimat petrol ma. berbaloi-baloi.
itu jer nak citer......



Friday, February 26, 2010

Salam maulidur Rasul

Selawat dan salam dilimpahkan Allah,
Atas Nabi Muhammad pesuruh Allah

Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW,
penutup sekalian para nabi dan rasul,
penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.

Thursday, February 25, 2010

satu lagi blog budak sekolah yang aku follow

ok satu lagi blog budak sekolah yang aku follow. blog etake or fylingsquad



"per-sandiwara-an kami
dunia ini luas , tidak cukup mata memandang .. apa yang ada dirasakan masih tidak mencukupi .. jadi pencarian merupakan satu daripada hidup kami agar dapat menemui sesuatu yang bermakna buat diri kami"


sedutan post terbaru ~ tapi.....cam biasa la budak2 ni guna bahasa dorang yang membuatkan lidah makcik ni terkolap membacanya.



kls kh .. kls ni mengingatkan aku pd kjadian hari jumaat lepas di mane mathews tlh di-sound akibat menggunakn mesin memotong kepala zairul .. time kls kh td ,, ta de pape aktiviti pelik yg aku buat atau membe laen buat .. selain famy menggabungkan 5 buah lagu ..


kls berikutnya merupakan kls agame .. mcm bese .. boring + best ..


ustazah : slh satu dari org yg mulia di dunia ini ialah wa__

dolah : wakenabeb !

ustazah : wali

paan : ouh .. wali band !


haha ..


kelakar.... jawapan dollah dan paan. selamba jer.....tak takut uztazah marah ker??? hehehe


tak marah pulak ustazah tu yer. kalo zaman2 aku dulu cikgu ngajo kalo salah jawab *means jawab mengikut citarasa atau citalidah......alamatnya kalo tak kena pang tu kira sangat bernasib baik. diri atas kerusi atau diri luar kelas dah tentu.


ok cakap pasal diri luar kelas aku pernah kena sekali. masa tu form two tak bawak kaler kelas lukisan. nasib baik ramai jugak dalam 6 7 orang tak bawak. salah sorang yang tak bawak adalah best student pulak tu. so tak la rasa kemaluan yang melampau2. merah padam best student tu terkial2 berdiri kat luar. dah la masa tu matahari tengah naik.


ok berbalik pada blog etake aka flyingsquad cerita berkisar pada hari2 persekolahan. secara tak langsung aku tahu apa aktiviti budak ap tu. bagus!


ala nino pun pernah melalui zaman persekolahan cam korang. ada masa ternakal ada masa tergaduh ada ketika terlawan cakap cikgu dan ada ketika kena denda berlari keliling padang sebab cikgu pendidikan jasmani yang macam siot pilih kasih.


nasihat aku satu jer.....kalo anak-anak nak buat satu2 perkara tu bertindaklah mengikut fikiran dan akal yang waras bukan bertindak mengikut gelodak hati remaja yang sedang membara2. ingat tu anak2.

Wednesday, February 24, 2010

saje.........hehehe part 2

kl : nino nino baby ni dah ngade ngade geram kaklong. pagi tadi cam biasa dia buat perangai. dah la terlewat mengisahkan baby...sampai kat sekolah ayah pulak parking sebelah sana so nak kena lintas jalan...dah lewat nak anta baby lagik.


kl : dah sampai baby tak nak pakai beg. kaklong pakaikan dia bag. pastu dia peluk seat depan keras jer tak nak turun. dah la ayah blok kereta kat tepi tu. kereta belakang lagik. baby keras jer tak nak turun. ayah bising....sudahnya kaklong tarik dia kuat2. kaklong tarik baby lintas jalan. baby dah stat melalak. baby melalak sampai depan kelas. kaklong dah lewat nino dah 7.15. bengang la kaklong baby ni


kl : pastu lepas balik sekolah sampai umah elok jer sengih macam tak bersalah. siap cakap kat kaklong cikgu bagi air kotak. geram jer kaklong. letih la ngan baby.


aku : nino pun dah letih dengar pasal baby. nino dah tak tahu nak buat apa lagik.


kl : entah....mengade


aku : kaklong bagi nino cakap ngan baby


bb : apa lagi nino


aku : amboiiiii dah sampai sekolah beria nak kena seret apa kes ni


bb : saje...heheheh


aku : saje saje tak de benda lain nak cakap ke


bb : nino baby kan dah makan ubat selsema


aku : jangan tukar topik lagi....


bb : kejap lagi baby mesti tido..pastu malam kang dah tentu susah tido


aku : tak de maknanya susah tido lepas magrib makan ubat selsema lagi


tengok bila baby tukar tajuk aku dah lupa apa nak bebel kat dia


bb : ok ok nino ok nino babai i luv u


aku tengah angin kus kus boleh pulak lap u lap u......sajeeeee baby ni


macam mane nak buat baby ni aku dah pening mikir. korang tahu seminggu lepas masuk sekolah bag sekolah pink baby tertanggal zip so baby jadikan alasan tak nak gi sekolah. cepat2 aku beli bag sekolah baru kaler merah sebab baby cakap nak bag kaler merah. sekejap je ok. sekejap je pagi2 ok. seminggu lepas tu entah....aku dah tak ingat apa problemo dia mula carik pasal tak nak sekolah.


masa tadika dulu mak tak nak paksa2 baby sangat. bila baby tak nak pegi mak ikutkan jer sebab masa tu mama dia baru meninggal. baby tadika setakat bulan 3 pastu berenti. mak aku la yang ngajo baby baca menulis kat rumah. pastu aku atau ayahnya belikan dia buku maths english dan macam2 buku.


baby suka baca buku cerita dan paling suka buat maths. ajar kat dia maths cepat je menangkap. baby suka pegi kedai buku dan buku maths yang dia capai dulu. tulisan baby cantik dan kemas.


bulan 10 tahun lepas amin antar baby ke kelas tusyen. mahal ko tusyen dia. 3 subjek bm, maths, english rm200 sebulan. seminggu 3 kali. isnin rabu jumaat. masuk jam 9.00 abes jam 12.00.
tu pun banyak kali jugak cuba mengelat carik alasan tak nak pegi. mak tak kasi can punya sebab fee mahalkan.


aku rimas masalah problemo dia tak suka pegi sekolah. ok macam ni akceli dia tak suka bangun pagi kena mandi gosok gigi. pagi nak kena tarik masuk bilik air. pastu nak kena tarik keluar bilik air. sikit punya susah nak pakai baju sekolah stokin kasut. dah siap semua berdiri tegak keras bak patung cendana kata mak. sekali lagi ayah terpaksa tarik seret masuk kereta.


dah masuk kereta sampai sekolah kaklong pulak jadi mangsa. ayah anta tepi jalan je sebab pagi2 kereta banyak takde parking kan. kaklong berpeluh mengesahkan baby. memujuk baby turun. kaklong selalu masuk pagar sekolah dia ngan ngam loceng nak bunyi. *sekolah baby dan sekolah kaklong sebelah menyebelah je.


mak aku pulak pagi2 dah keluar peluh jantan peluh pondan sesi memujuk sesi merayu dan disudahi ngan adegan tarik seret masuk bilik air. bayangkan pagi2 mesti kecoh. jiran2 sebelah dah lali kot.


minggu lepas mak cakap kat amin yang mak nak bawak budak bertiga tu balik duduk ngan aku kat batu gajah. amin tak berapa nak bagi. amin cakap dia tahu mak tak sihat so dia kata tak pe mak balik duduk ngan aku. tinggalkan budak bertiga tu dia akan uruskan.


no no no.....mak takan tinggalkan budak2 tu begitu saja. mak cakap biarlah mak bela budak2 ni selagi ada nyawa mak. mak dah tak de nanti terpulang kat amin. tak de respon dari amin. setakat ni kisah tu tergantung macam tu jer.

saje.........hehehe part 1

kat workshop pagi semalam mak call mengadu domba pasal budak banyak ragam sape lagi...si baby la.


mak : nak tahu pagi tadi baby tak nak bangun gi sekolah. jenuh mak gerak dia buat dek. tido cam udang kena bako. tak gerak2. geram betoi mak tau.


aku : ape kena baby ni....


mak : entah. dah dua bulan sekolah buat perangai. mak call ayahnya. ayahnya turun lagi dia buat dek. mak dah abes sabar mak tarik tangan dukung...dia meronta2. mak peluk kuat2 bawak masuk bilik air


aku dapat bayangkan mak peluk camne. mak bukan peluk mak kepit kat celah ketiak dia. muahhhhhhaaaaaa


mak : masuk bilik air dia boleh tegak macam patung cendana *heheh sempat lagik guna perkataan patung cendana. mak jirus dia...dia jirus mak balik....


aku dah tak tertahan2 gelak kah kah kah kah.....dah berair mata aku gelak mak pun gelak sama.


mak : mak yang lenjun dia tak basah pun lagik...*bercerita sambil ketawa


mak : hilanglah sabar mak. naik le darah mak. mak pap seliang kat kaki. dia pap mak balik....


mak : bila baby pap mak....hah kena ler dia. mak jirus tak berenti dia melalak2. mak dah berpeluh2 menghojekan (kerjakan) si baby......ayahnya kat luar. mak bising macam hape lagi pagi buta. melampau2 makin kita sayang makin mengada2.......


mak : mak pakaikan baju. dia tak nak pakai kasut ayahnya tarik kaki baby pakai stokin pakai kasut seret masuk kereta. baby keraskan badan. kaklong dah hangin. ya le mana kaklong tak hangin tiap2 pagi baby buat hal. boleh dikira ngan jari yang dia tak buat hal. baby tu ngan noni jer dia takut sikit


aku : tak de maknanya jugak aritu jenuh berseret masuk bilik air jugak.






kol 1.40 petang aku call nak cakap ngan baby


bb : hai nino *amboi kemain ceria siap hai hai

aku : dah makan

bb : tengah makan

aku : ada homework

bb : ada. 3

aku : lepas makan buat homework

bb : ok

aku : best ke gi sekolah arini

bb : hehehe bessssstttt

aku : kalo best nape pagi2 buat ragam

bb : saje hehehhe

aku : ada masalah kat sekolah ker yang pagi buat perangai

bb : tak de. cikgu english tu garang nino

aku : kalo tak garang anak murid lambat pandai

bb : hehhee

aku : nino pah buat cendol...sedap

aku : hah jangan tukar topik

bb : nino sedap heheheh

aku : pah buat cendol? kenapa pah buat cendol?

bb : nak makan la takan lepas buat nak buang pulak

aku : amboi pandainyeeeee jawab

bb : nino, jap jap kaklong nak cakap

aku : nino belum abes cakap ngan baby

bb : apa lagi

aku : nino tak paham apa masalah baby ni. apa pasal pagi suka buat ragam

bb : kan baby dah cakap saje jeeerrr

aku : itu bukan jawapan

bb : hehehe

aku : jangan heheheh esok nak buat ragam tak

bb : tak kot hehehehe

aku : baby nino letih la....tak larat dengar baby meragam

bb : nino kaklong nak cakap

aku : nanti nino belum abes

bb : nino nino cakap ngan kaklong dulu


terus dia pas hp kat kaklong...dan kaklong pulak mengadu domba....


bersambung part 2

Tuesday, February 23, 2010

tandas awam

ok berbalik kisah perut memulas mulas tadi.


aku berjalan menyeberangi jambatan dalam keadaan matahari menyucuk2 dari belakang. pedih rasanya. bulu roma dah mula tegak. aduhhh sakitnya perut. sabar sabar sikit lagik jer.


masuk tengok ada 3 toilet. satu yang jenis duduk dua yang bertinggung tu. aku terus menuju yang tengah. tandasnya takde bau tapi kuning merah hijau coklat kat tepi2. ish ish. tutup pintu alamak apa ni kunci tak dak. yang ada satu batang ranting kayu kecik dan reput dijadikan selak kunci pintu. hai tak boleh jadi ni kang tengak syiok melabur orang tolak pintu tak ke naya aku melompat.


perut taksah citer dah memerut sakan. bulu roma bulu tengkok dah tegak berdiri. sabar sabar. pegi sebelah kat tandas duduk. geli geleman tengok mangkuk tu. ada cecair melekit2 kat tepi bawah. eiiii apa tu? hah belasah je. pejam mata. tergerak hati nak cek air. alamak air tak de la pulak. adoi adoi help me.


berlari ke tandas ujung pun air tak de. perut dah tak boleh blah. lambat 2 3 saat memang tragedi buah apel...hiks


nak tak nak...tak kuasa nak pikir panjang dah takde masa. masa dah tamat so masuk balik tandas tengah. selak kunci ngan ranting kayu. sepanjang masa mata tegak tengok pintu dan sangat berdebar2.


sekali bunyi tapak kaki. adoiiiiii kang ditolaknya pintu ni.....hajat belum selesai. aku berdehem2 terbatuk berkali2 dengan harapan si empunya tapak kaki tahu ada orang kat dalam. memang tak tenang....dalam hati siap cakap nanti nak suruh hb tukar kunci pintu ni. wah sempat lagik tu nak beramal soleh...hahahah


lama jugak memerut. dengar si empunya tapak kaki dah keluar masuk. agaknya sakit perut kot. so aku keluar cuci tangan. akak tu senyum2 kat aku. masuk berlenggang kangkung ngan seranting pokok kayu. seranting pokok kayu ko. tu mesti nak buat selak kunci pintu. mesti akak tu berniaga kat food court tu. dorang ni takde inisiatif ke nak tukar kunci pintu dan repair paip air???? tak pun upah orang jaga toilet. kasik toliet kaw kaw punya. kena bayar 20sen 30sen pun tak kisah la kan.


aku paling suka toilet plus dah la wangi, bersih berkilat2. toilet petrol pump petronas, shell, caltex, bp, esso pun dah ok sekarang. cuma yang tak berapa nak ok tandas awam jeeeeeeee.

abang sakit, repair kereta rosak

patutnya pagi ni aku ngan abang aku ada appoiment di epf. kol 7.30 mak bagitahu abang aku dah bertolak dari ulu langat kol 4 pagi. tengah bawak kereta tak semena2 kaki tangan dia kebas. so dia renti kat jalan duta, rehat. pastu abang aku sms 'abglan ada kat jalan duta tunggu kawan datang suruh bawak kereta badan tak sihat. aku reply 'ok'.


rasa tak sedap hati so aku call dia. dengar suara dia serak dan lemah. aku tanya die pening ker? katanya dah 3 4 ari kaki tangan kebas, sakit kat dada dan kaki bengkak. aku suruh dia pegi klinik tak payah datang ipoh. dia cakap nak drive balik pun tak larat, tunggu kawan datang amek. serius ni. aku citer kat hb dia cakap dulu sebelum diserang sakit jantung hb pun rasa camtu. dah la aku risau. mulalah otak tak boleh nak pikir. bukan ape mikirkan abang aku yang no. 2 yang kat penang tu sakit buah pinggang ni abang sulong aku pulak sakit. ngan aku yang tak berapa nak sihat. alahai sian kat mak. anak2 semua berpenyakit.


abang aku pesan dan warning kat aku jangan bagitahu mak yang dia sakit takot mak terkejut. pikiran aku melayang2. badan kat sini kepala otak dah blur. hb cakap apa2 hal repair kereta aku dulu. so kami ke workshop tapi belum bukak. hb cakap kita breakfast dulu. aku tak dengar apa hb cakap ape. dua kali dia cakap baru aku hah? ok ok. kat mane? pikirlah kat mana. aku tak boleh pikir pasal makan dah. risau kat abang aku. bukan apa dia cakap kaki tangan kebas. aku risau takut dia diserang st***. nauzubilahhhhhh.


aku keep on calling abang tanya situation dia. 9.45 dia dah sampai ulu langat dan on d way ke klinik. aku cakap terus gi hospital kan senang. pegi klinik dulu katanya. lepas makan kami menuju ke workshop sekali lagi.



bos, temperature tiba2 high. ok...saya check dulu. oooo kipas tak function. saya kasi bukak check motor ada problem tak. before 10.30 boleh siap ka bos. 11.20 saya ada appoiment taman perpaduan. boleh boleh sikit jam pasang. saya kasi check dulu ma.

hah lu nampak ini kipas sudah patah. kasik tukar kipas.

ini motor sub *motor sub ke moto hub...lupa dah
mau abes. sudah goyang ma. lu boleh pakai 2 3 minggu tapi dia makan kaki bawah. tengok kaki sudah nipis. tukar berapa. 100, 120 itu macam. ok tukar kasi bikin sekarang


wah sangat pantas dia buat keja. sat jer dah pasang motor, pasang fan



testing 1 2 3....dah ok
masuk balik dalam bonet


taruh air dalam radiotor....sudah siap.
setengah jam sekali aku call abang tanya dia kat mana. kat klinik katanya. tanya doktor cakap ape. doktor cakap jantung ok normal. maybe high colestrol so doktor bagi makan ubat. esok pagi kena pegi klinik sekali lagi. cek bp lagi. if kaki still bengkak kena pegi hospital. aku standby jer kalo abang aku kena admit aku akan berdesup bak halilintar ke sana. aku ni bukan boleh dengar adik-badik sakit sure menggelupur kat sini. ok sampai saat ini mak tak tahu yang abang aku tu agak serius. tak tahu nak cakap kat mak camne. tak pe biarkan dulu.
****kaklong ap, take note yer....jangan bagitahu kat pah pasal paklong, ok. apa2 hal tunggu esok. kalo paklong kena gi hospital esok nino datang sana.
ok masa nikan tiba2 perut aku memulas mulas tak tertahan tahan. breakfast makan laksa pepagi buta tadi kot. alamak kat mana nak melepaskan hajat ni. dah la kat situ tak de tandas. hb cakap jalan depan sikit kat food court sebelah sana ada tandas. aku berjalan kaki mencari tandas. apa yang berlaku kat tandas later aku stori yak.....
rm115. dah bayar kami terus gerak pantas ke ulu kinta. appoinment 11.20 masa tu dah 10.45. memang hb pecut giler. potong lori potong lori banyak pulak lori. terangkat vontot aku sama2 menahan brek. jalan clear dah kena berenti orang tengah potong pokok pulak dah. dah lepas terperangkap follow kereta L. bukan sebijik 2 3 bijik. sabar je la. masa ni la ko nak mengetest drive pulak.
masuk highway simpang pulai zassssss keluar tol ipoh selatan masuk jalan shortcut keluar pekan tambun. sampai depan customer tepat 11.09 pagi. fuhhhhh.



ym 1.35pagi ngan kaklong

hai...sekarang dah 1.35am 23/2/2010


aku belum tido lagik. ngah ym ngan kaklong. makcik tu tak tido lagik. esok nak sekolah. biarkan dia ngantuk. nino tak pe kol berapa pun boleh membuta :)


sesi meluahkan perasaan sebenarnya. sesi gerammmmm. kalo korang perasaan kat side bar semalam aku ngah tension kan. hah aku dah bagitahu kaklong kenapa aku gerammmmm kat sorang tu. bukan kat sorang akceli dua orang. kalo dulu aku lepas tension kat blog satu lagik. sekarang dah ada anak sedara yang sudi berkongsi rasa ngan aku. okay la tu. ringan sikit ketensionan aku.


sambil ym sambil buat poll untuk blog kaklong. sambil tukar layout background. sambil bebel bebel suruh dia tido.


tadikan 10 lebih camtu aku ter ym ngan wahizah singapore. hurm dia ada plan weeken ni. dia nak terbang weeken ni....dia nak......ooppps tak boleh stori la. nanti basi pulak. ya ampun wahi.


ikut plan awal weeken ni aku nak ke saujana tapi entah la tak tahu jadi ke tak. adakah aku jugak nak terbang cam wahi????? tunggguuuuu


hah dah tido pun budak kaklong tu. dah offline pun.


ni mata aku ni apa ker halnya. asal malam takmo tido. siang2 12 tengahari je mula mata melekat2. penyakit baru ni. dah 1.46 pagi ni. elok je membulat bijik mata den. hb kat dalam dah berdondang sayang. macam2 bunyi ada. heheheh. biar la kat dia. kejap lagik aku nak tido tak kasik can punya. mesti aku cuit2 tangan dia...bisiiiing la dia nyanyi2 kat tepi telinga aku. kalo berzikir tu tak pe la kan :)


lupa nak stori kereta aku dah keluar workshop 3 ari before cny. pastu petang tadi tiba2 temperature naik mencanak. rupanya fan tak pusing. ini sure keja workshop tu buat keja tak senonoh nak cepat siap. tak tahu sama ada nak bawak balik kat workshop tu atau pegi tempat lain. kalo ke tempat lain rm rm rm terbang...alahaiiii tak boleh nak menyimpan.


esok pagi aku nak ke epf. dah janji ngan abang aku. tak pe la suruh hb hantar kereta workshop aku gi epf ngan abang aku kot. esok schedule aku n hb sangatlah bizis. hurm kenalah membiziskan diri kalo tak, tak berasap dapor. sape nak jawab tu kalo dapor tak berasap???


misi mencari langsir belum selesai. tak de la kain yang sewaktu camtu. lain sikit kaler dia. langsir tu aku beli ready made kat giant bandar sunway. takan nak beli sekeping lagik kot.kalo beli langsir rabak tu nak buat hape. sayang nak buang sebab rabak layer dalam layer luar elok cantik. dah la rega mahal. ataupun langsir yang rabak tu aku buh dalam bilik kaklong. boleh kaklong??? boleh lah boleh lah......takyah la beli langsir kaler fink tu. gantung jer langsir rabak....muahhhahhh


rasanya aku dah tahu jawapan kaklong, apa kata langsir tu buh bilik nino. tahu dah jawapan dia. tak pe la biarlah bilik nino langsir buruks. biarlah bilik kaklong glemer lip lap lip lap. nino redha. sob sob sob :(


hurm...mulut dah signal nak menguap. itu tanda bagus tu. senang citer letak pale atas bantal terus zzzzzz. tak yah dengar hb buat show.


oklah dah ngantuk ni zzzzzzzzzzzz. jemput tido!

Monday, February 22, 2010

baby demam lagiiiiiiiiiiii

budak baby demam lagik. dah beli scott emulsion perasa oren, 2 3 hari je minum. pastu tak lalu katanya. amboi kecik lagik dah pandai kata tak lalu. pastu ayah beli appeton perasa oren jugak. tak sedap katanya. ada je alasan tak nak makan semua tu.


sekarang kan musim panas so semalam start dari pagi sampai petang baby minum ais batu tak renti. dah magrib mula peh peh peh srettttttttttttt disusuli ngan batuk. ayah bagi makan ubat selsema dan baby tido.


pagi ni badan panas. cukup satu pakej selsema + batuk + demam. dan baby tak pegi sekolah.
suka la tu tak pegi sekolah.


ubat demam still ada lagik so mak bagi makan baby tak nak. tak sedap katanya. hai budak baby ni.........saje je tau.


last baby demam 2/2/10 baru je lagik. baru 20 hari sihatnya dah demam balik. pasni tengoklah ap dan kaklong akan terkena itu virus demam.

ena 14 bulan kembali kerahmatullah

arini 22/2/10 genap 14bulan ena mama kepada kaklong, ap dan baby meninggal dunia. minggu lepas aku ada mimpi ena tapi bangun tido tak ingat ape pun. yang aku ingat mimpi ena je.


masa pegi beli perabut baby cakap 'kalo ada mama lagi bestkan'


betol baby kalo ada mama bukan saja best tapi paling best. sebab mamalah orang yang paling sibuk menyusun atur perabut2 tu. ena paling suka mengubah2 decoration dalam rumah. tiap kali pegi umah dia sure ada saja perabut yang diubah. buat sorang2 pulak tu. aku bab ubah2 perabut ni kena ada hb tolong. kalo tak hurm macam tulah sampai bila2 kedudukan perabut tu. takde maknanya nak ubah sorang2.


14 bulan ketiadaan ena.......aku masih belum biasa lagi dengan keadaan ini. dalam hati ni sentiasa tersemat nama ena. kalo masak sesuatu kegemaran ena aku sure nitis air mata. ena suka rebus bayam merah ngan cendawan cicah sambal belacan. bayam merah rebus jugak kegemaran abah. dorang dua beranak memang pencinta bayam merah rebus.


semalam aku susun baju dalam almari. pastu aku gantung sekali baju ena yang aku ambil kat rumah dia di saujana utama. mulanya nak gantungkan dalam almari pastu ish tak boleh la. tiap kali tengok baju tiap kali rasa sebak yang tak tertahan. terbayang seakan2 ena berdiri depan mata. sudahnya lipat semua baju tu bubuh dalam bag simpan dalam almari.


makin aku pujuk diri aku supaya jangan terlalu mengingati ena makin kuat perasaan rindu aku pada dia. cadangkan cuti sekolah bulan 3 nanti mak + budak bertiga tu balik ke sini aku nak ajak dorang ziarah kubur ena. last pegi kubur ena raya haji tahun lepas.


kubur ena sejuk mata memandang sebab betul2 bawah pokok pisang. pokok pisang tu jauh sikit tapi pelepah pisang tu tutup kubur ena dari atas. so kubur ena nampak redup.


ena, kami sangat merinduimu. semoga rohmu adikku sentiasa dirahmati Allah dan ditempatkan dikalangan yang solehen. Al-Fatihah...

Sunday, February 21, 2010

cerita hari ini

sekarang jam 10.53 malam. tadikan kol 10 dah baring dan cuba pejamkan mata tapi tak boleh. tak tahu kenapa mata ni segar time2 cam ni. badan letih mata tak nak tido. camne tu?


misi mencari langsir tidak berjaya sebab hb demam. sekarang aku malas nak drive. pegi mana2 bercendol ngan hb. ajak hb pegi ipoh katanya tak sedap badan. asyik membuta dari pagi. aku jadi boring then amek keputusan balik rumah lagi satu. hb tengok aku bersiap nak ke rumah satu lagik jam2 tu cakap nak ikut sebab nak makan biskut almond london. hahaha pegi just nak makan biskut.


sampai kat rumah hb terus ke dapur carik biskut tu. aku bancuh milo bagi hb minum dan terus amek tangga nak betolkan langsir. panjat satu anak tangga tiba2 kaki rasa mengilu. huh aku ni gayat pada ketinggian. hb yang tengah sedap makan biskut almond london buat tak tahu je kat aku yang tengah terkial2 pegang dan panjat tangga. abes makan biskut almond london hb makan tart pulak.


aku kuatkan semangat panjat dua lagi anak tangga. mak aih gayatnya. mengilu2 kaki aku. hb yang dah kekenyangan suruh aku turun dan dia panjat tangga betolkan hook langsir. dah siap semua hb cakap dia mengantuk nak balik rumah mak dia.


lepas hb balik aku sapu sampah sidai kain pastu amek bantal apalagi kedebom depan tv tengok jalan2 cari makan. belum abes citer tu aku dah zzzzzzzzz. sedar2 angin kuat langsir berterbangan tapi taklah terbang tinggi macam semalam sebab dah ikat ngan getah. aku terus bangun tengok penyidai kain dah berubah tempat. adoyaiiiii angin lintang lagik kot.


kali ni aku lebih bersedia. cepat2 tutup tingkap. angin just masuk ikut bawah pintu. bunyi angin tu berdesir2 camtu. lepas solat zuhur terlelap lagik. sedar2 dah kol 4. dan perut terasa lapar. nak masak tak de ape benda pun yang boleh dimasak. yang ada telo. tak larat nak makan telo. susahlah sebab peti ais belum dihangkut dari kuala kangsar. kalo tak boleh beli stok ikan or ayam. anytime nak masak kan senang.


yang ada tepung so buat cucur bawang bodoh. tumbuk cili kering udang kering bawang dan gaul ngan tepung. goreng. tengah goreng hb call tanya aku masak ape dia lapar nasik. aku cakap ngah goreng cucur. boleh dia kata tak sedap cucur dia nak makan nasik.


20 minit lepas tu hb sampai dan buat muka sebab lapar. aku dah siap hidangkan cucur ngan teh o panas. hb makan 2 ketul terus buat muka sekali lagik. lapar nasik katanya. dia ajak aku makan kat restoran mamak di tronoh. hah rumah aku kat bemban kalo nak pegi tronoh dalam 5 minit je kot. kami ke restoran kepala ikan salim.


sampai je hb menuju ke display hidangan. aku duduk dalam 5 6 minit tak de sape pun tanya nak minum makan ape. terpaksa gamit2 baru datang. aku cakap nak abc biasa tak nak aiskrim.


pastu dorang anta abc special terpacak aiskrim kat atasnya. aku cakap saya order abc biasa tak mo aiskrim. tambi tu cakap yang ada abc special abc biasa tak jual. tadi aku order abc biasa ko angguk2 pale. tak paham ke hape. akceli boleh je amek abc special tu tapi belum sempat kata oklah oklah tambi tu cakap ok tapa saya kasik buang itu aiskrim. boleh pun.


pastu bos dia pegi kat tempat buat abc tu tanya apa hal. tambi tadi krong kreng krong kreng ngan bos dia. pastu semua pekerja restoran tu tengok aku semacam je.


hb yang kelaparan tak peduli apa yang berlaku. makan nasi berlaukkan ayam masak merah dan hati masak kicap dengan rakusnya. sekejapan dah selesai licin.


aku tak makan nasik sebab kepala dok ingat cucur kat rumah. tadi baru sempat jamah 2 ketul je. pastu hb tanya lepas makan aku nak lepak kat mana? kat rumah bemban or kat rumah mak dia? aku cakap kat rumah mak hb sebabnya aku nak online.


aku hangkut cucur dan teh o yang aku buat tadi ke rumah mil. ber online sambil kunyah cucur. magrib stop kejap solat pastu sambung online lagik. kol 9 hb masuk tido katanya mengantuk sebab makan ubat selsema.


esok pagi aku nak ke jabatan hasil dalam negeri sebab nak open file sorang akak tu. akak tu nak refinance rumah dan bank mintak borang b. baru mengelabah nak open file incometax. selama ni dah berpuluh2 tahun meniaga langsung tak ingat nak bayar tax. hurm tak tahulah camne akak tu nak declare previous tax dia.


bulan 3 aku stat sibuk ngan borang b. regular customer yang dok upah aku buat tax comp dan isi borang b dah mula menyerang. hehehe alhamdulillah masyuk jugak sekupang dua.


dah 11.29 mata belum nak tido apa nak buat lagi ni? nak tengok tv cam tak best jer. dengkur hb dan dengkur mil dah mula kedengaran. kat luar sana nun berdentum dentam bersahut-sahutan bunyi mercun. rimas pulak dengarnya.

aku follow blog budak sekolah yang sangat santai

sejak dua orang anak sedara aku kaklong dan ap dah ada blog aku rajin terjah blog yang dorang follow.


aku suka baca blog amelyy bahasa yang digunakan santai. bahasa jiwa remaja gitu. penyampaian yang simple tapi boleh membuatkan aku tersengih2 dan bayangkan suasana yang berlaku.


dan baru aku tahu.....budak ap aka captain unhara aka nama glemer kat sekolah famy suka menyanyi dalam kelas ngan budak dollah tu. hehehehhhh. aku dapat bayangkan ap nyanyi camne. teringat aku kejadian kat kampung bila dorang berkumpul ngan sepupu2 di rumah tok dorang. ap suka nyakat muyah. ap suka nyanyi lagu arill *tak ingat tajuk lagu tu apa.


ap nyakat muyah ngan lagu arill sebab boipren muyah nama arill. mula2 ap nyanyi sebaris pastu haziq sambung sebaris lagik. pastu dek ya sambung baris ketiga. pastu tak silap aku nabila sambung lagik. sangat berbakat dorang ni nyanyi. ap kat kampung dia adalah penglipur lara. suka bagi orang gelak tersengih2.


bila berkumpul ramai2 suka aku tengok keakraban dorang. berjumpa hanya sekali-sekala tapi sangat rapat. haziq tu ngekor je vontot ap kemana ap pegi. kamcing sungguh.


ish ish aku bukan nak citer pasal ap aku nak citer pasal blog emilyy... apa daaaa.


ini first time aku follow blog budak sekolah yang berumur 15tahun. aku dapati bahasa dari blog ni sangatlah mudah difahami. tak macam bahasa aku yang kadang2 kedaung kelaut. bahasa makcik yang lahir di jaman 60an. :)


gaya penceritaan emilyy membuatkan aku dapat bayangkan suasana sebenar yang berlaku. emilyy ni pengawas so dia letak lah jadual pengawas dia. bila aku tengok jadual tu ianya mengimbau kenangan masa aku jadi pengawas dulu. kena jaga pagar. kena jaga tempat basikal. kena jaga blok. uh bila dikenang bestnya masa tu. jadi pengawas glemer ooooo. jadi pengawas muka kena bengis *cikgu disiplin yang paksa2 kami buat muka bengis. tak suka tau buat muka bengis. dah la muka aku sangat cun manis lemak berkrim cam coneto (hahaha perasan lebih).


yang tak sukanya turn kena naikkan bendera. sebab tiap kali naikkan bendera mesti bendera tu tersekat2 tak boleh naik. kena sentap2 baru bendera gerak. dan budak2 kat bawah sengih2 gelak2 kat aku. yang peliknya turn aku selalu jadi cam gitu. orang lain elok je bendera tu naik. so setiap kali dapat jadual kena naikkan bendera 3 4 ari sebelum tu mesti berdebar2 takooot. masa nak naik bendera gabra semacam siap gigil2 lagik. hahahaha bestnya bila diingat semula semua tu.


aku paling suka jaga kelas. masa ni boleh tunjuk kuasa *tunjuk kuasa kata ko. masa ni boleh tinggi tinggikan suara bila tengok meja senget benget bila tengok ada habuk sampah yang tak disapu elok. aku paling suka check kuku. ada sekali tu aku tengah check kuku budak di barisan hadapan aku perasan ada 2 3 orang budak kat belakang yang tengah gigit kuku. aku saje jalan pelan2 bagi chance budak tu gigit kuku dia puas2 sampai pendek. sampai kat meja budak tu ngan bangganya dia hulurkan tangan. aku tengok dah bergerigi jadinya kuku dia. nak gelak pun ada. pastu aku cakap kat ketua kelas suruh dia simpan kepit kuku dalam almari kelas. aku tak nak tengok lagik dorang gigit2 kuku.


oh banyak lagik kenangan peristiwa masa di zaman persekolahan dulu. hurm semuanya jadi memori.


kejap lagik aku nak ke nagoya misi mencari kain langsir yang koyak rabak tu. harap2 misi pencarian warna dan jenis kain yang sama tercapai. kalo tak ada kat nagoya aku rela menjelajah ke semua kedai yang ada jual kain langsir cari sampai dapat.

Saturday, February 20, 2010

tiupan angin lintang yang mengoyakkan langsir baru ku

petang tadi dalam kol 1lebih camtu aku terlelap depan tv kat rumah baru. aku sorang2. hb balik rumah mak dia. tiba2 ada bunyi yang sangat kuat. aku yang baru nak lena terpinga2 tak tahu dari mana datangnya bunyi tu. aku tengok ke atas masyaAllah langsir yang baru beli dan baru pasang tu berpusing2 kat kipas. angin bertiup sangat kencang dari luar. bunyi angin tu sangat menyeram dan menakutkan.


aku bingkas bangun tutup kipas tapi kipas still berpusing dan langsir tu dah bergulung2 kat kipas. kipas dah macam nak tercabut sebab kena tarik ngan langsir. aku mengelabah panik sangat. aku sempat tengok kat luar penyidai kain yang aku letak kat tepi gate dah berada betol2 depan pintu rumah. kuatnya angin tolak penyidai yang sarat ngan kain bersidai.


cepat2 aku amek kerusi dan panjat sebab nak tahan langsir tu dari berpusing. tak sampai pulak. berlari ke dapur amek tangga pulak. masa nak panjat tangga punya la kaki ni mengigil sebab aku takut pada ketinggian. baca bismilah banyak tawakal je. aku tarik dan sentap langsir tu baru kipas renti berpusing. aku panjat lagi tangga dan tarik pelan2 langsir yang dah bergulung kat bilah kipas tu. masa tanggalkan langsir yang dah berpintal tu rasa nak nangis sebab pertama sayangnya langsir dah koyak. dah la baru beli mahal pulak tu. bahagian langsir yang kat dalam tu yang koyak. langsir tu dua layer. layer yang dalam tu koyak. kedua mak dah cakap beli apa benda alah tu ikat langsir tu. aku degil cakap tak payah ikat langsir biar camtu je. hah tu la degil bantah cakap orang tua. kan padan muka aku.


besar jugak rabak langsir tu. amek jarum jahit pelan2 bahagian dalam langsir. tak pe esok lusa pegi kat nagoya carik kain yang sama jenis dan sama warna pastu anta kat tailor gunting or potong part yang koyak dan jahit balik. hurm dah tak cantik jadinya. tak pe lah terpaksa ganti layer dalam kalo tak nampak langsir tu buruks ngan kesan jahitan aku yang kejap kecik kejap besar.


aku teringat2 pesan mak suruh aku beli benda alah tu tapi aku tak beli. dalam masa yang sama menyesal tak sudah dan tiba2 teringat kat mak dan dalam masa yang sama kaklong call tanya aku dah pasang aircond ke. mulanya tak nak citer kat kaklong tapi tercerita la pulak. cerita dalam keadaan yang sangat sedih sebab langsir dah koyak :( sedihnya tak tahu nak explain camne sedihnya aku masa tu. walaupun ia hanya langsir tapi aku sedih sob sob sob.


dah jahit langsir tu panjat tangga nak pasang balik rupanya hook langsir banyak yang patah dan roller kecik sangkut hook banyak tercabut. ya lah langsir tu kena tiup angin terbang tinggi dan tersangkut kat kipas. berpusing2 banyak kali of cos la patah benda tu semua kan.


sekali lagi rasa sedih yang teramat. :(


buang hook yang patah betulkan hook yang terkangkang dan cepat2 amek getah masukkan dalam langsir. sebab aku tengok kat luar sekali lagik angin dah berbunyi. uh sangat menakutkan dengar desiran angin tu. call hb suruh dia bawak hook dan roller. cadang nak suruh dia datang tapi dengar suara dia layu cam nak tido je so tak jadi suruh hb datang.


petang saje sembang2 ngan nyonya kat depan yang tengah praktis belajar naik basikal motor. tanya kat dia, nyonya tadi angin kuat aaaa nyonya. oh sini satu kali satu kali atak angin kuat oooo. tak lama pastu hb sampai dia cakap area taman aku duduk tu kawasan angin lintang. oh patut la.....


uh kuat giler bunyi angin tu. bunyi yang kuat serentak ngan tiupan yang ganaz gitu. lain kali kena hati2. ada doa untuk mengelakkan kita dari terkena angin2 camtu tapi aku dah lupa letak kat mana doa tu. kena cari balik ni. kena amalkan doa tu minta dilindungi Allah dari musibah dan perkara2 yang tidak diingini.

harap lagu itu kekal dalam ingatan

19/2/2010 jam 8.20 malam

hp aku berbunyi....


bb : burung belatok kepala ijao, tok tak nak makan pah kejar

bb : burung belatok kepala merah. tok nak makan pah marah

bb : nino sedap tak lagu tu

aku : lagu apa tu tak pernah dengar pun

bb : pah ni hah baru ajar baby nyanyi lagu burung belatuk

aku : mana pah dapat lagu tu? nino tak pernah dengar la

bb : pah kan pandai nyanyi...


begitulah baby ngan pah. pahnya rajin ngajo baby nyanyi, ngajo baby berpantun. semua nya versi jaman dolu2.


teringat2 aku masa dok ngan tok/opah dulu. tok rajin ngajo nyanyi lagu lama...lagu peberet tok, kenek kenek lah udang, lembu patah tanduk ah.. dah tak ingat aku lirik seterusnya.


kalo tinggal ngan atuk opah cam gitulah caranya. walaupun ketika itu riuh rendah ngan lagu uji rashid hail amir d.j.dave saripah aini...kuda ku lari lajuuuuuuu oooooooooo kuda ku lari gagah berani


tapi tok ngan opah tetap ngajo aku lagu rakyat lagu yang penuh dengan mesej yang teramat bernilai. tok ngan opah tak pernah ajar aku lagu twinkle twinkle little star, lagu humpty dumpty sat on the wall ataupun lagu are you sleeping are you sleeping


sekarang....mak pulak ajar baby lagu2 rakyat zaman dahulu-kala. mak tak ajar baby lagu2 hit sekarang ni padahal mak aku tahu dan pandai nyanyi lagu2 yang berkumandang sekarang ni.


kesimpulannya....itulah nilai murni jati diri orang2 tua zaman dahulu. walaupun zaman dah berubah ngan lagu2 hip hop yang kadang2 tak reti apa yang dorang nyanyikan mak tetap mengajo cucunya especially si baby tu ngan lagu dulu2.


harap2 lagu yang pah ajar kat baby tu melekat dan kekal dalam memori baby buat selamanya. esok2 bila baby dah ada cucu boleh la ajar cucu baby pulak. cakap la kat cucu baby...ini lagu moyang yang ajar opah tau....insyaAllah.


kini.... semua tinggal kenangan. sekali-sekala bila teringat kisah kenangan manis dibesarkan atuk opah alahai sedih la pulak. sob sob sob :(

Friday, February 19, 2010

dah pasang langsir












tengok tu....panasnya. time ni dah 6.30 petang.
kaklong tunjuk kat pah langsir depan dah pasang.
langsir dalam bilik yang kaler fink tu next week beli.







Wednesday, February 17, 2010

cerita seminggu

minggu yang sangat penat.


mak dan budak2 bertiga tu sampai di batu gajah ari jumaat lebih kurang 11.30 malam. esoknya bermulalah macam2 aktiviti yang tidak dirancang. mulanya kami plan nak pindahkan barang2 dari kuala kangsar ke batu gajah tapi last minit tak jadi sebabnya abang aku tu patutnya seminggu sebelum raya cina dia nak renovate rumah tapi habuk pun tarak. disebabkan rumah tak renovate so tak jadi hangkut barang. kang nak letak mana pulak barang2 tu kan. so rumah aku kosong yang ada meja makan yang baru beli dan tv yang diletakkan di atas kerusi.


malam tu kami tido beralaskan toto. esoknya mak ajak shopping katil, almari, sofa dan tv kabinet. dah masuk perabut2 tu barulah rupa rumah kalo tak tu alahai macam rumah bujang je. barang2 kat kuala kangsar kebanyakkannya barang2 lama dah uzur sangat. so kami decide beli perabut baru.


ahad seharian lepak dirumah. plan tengahari nak makan kenduri di kampung gajah tapi tak jadi. petang adik amin e, su dan anak2 datang rumah. sembang makan2 lepak lepas magrib baru dorang balik.


isnin, awal pagi kami keluar pegi giant kat bandar sunway shopping langsir. dah beli langsir pegi jusco cadang nak tengok wayang. tapi full house. makan mc d. pastu jalan2 dalam shopping complex beli seluar baby. orang punya ramai nak berjalan pun kena senget2. ada sales giler2 70% beb tapi masing2 dah penat mood dah lari ap pulak tak berenti ajak balik.


on the way balik singgah makan laksa, cendol dan air kelapa di padang polo. semua mengidam nak makan laksa kedah tapi laksa kedah tak de so makan laksa taiping. kurang kick. rasa masam yang lebih kuah laksa cair (nin kata orang perak) belasah je sebab takan tak makan kot dah order 4 mangkuk. cuaca pulak masyaAllah matahari terpacak atas kepala. panas menyengit. order air kelapa. cuaca panas menyucuk sesuai sangatlah minum air kelapa kan. sekali lagi frust air kelapa dah tak rasa air kelapa. rasa air paip yang lebih. adalah rasa sikit2 je air kelapa tu. nak kata apa lagik. ni lah budaya orang berniaga. meniaga ala kadar setakat nak untung lebih.


kalo van jual laksa kedah tu ada, semuanya sedap2. memang halal makan. keluar duit lebih sikit pun berbaloi2. dan kalo van laksa kedah tu ada van yang lain2 tu sayonara. orang berkumpul dan bersusun kat van laksa kedah je.


selesai makan berdesup balik rumah. masing2 tak sabar nak balik mandi. malam create blog untuk captain unhara. budak ap tu pun nak jugak ada blog. huru-hara masing2 bercakap dan kecoh pasal blog. pastu keluar konon nak makan kotiaw basah sekali kedai tutup. aku cadangkan beli ayam goreng sedap yang toke dia selalu masam muka tu. kaklong dan ap nak tengok camne ropa muka bini toke dia tu yang hey hey shuh shuh kat aku tu. sampai kat situ tengok display ayam tu dah kosong. aku tanya kat toke yang tengah goreng ayam 'ada ayam lagik tak?'


dia jawab ayam semua dah abes yang ada kepak ayam tu pun tengah goreng. dia tanya nak berapa ketul. aku cakap 8 ketul. dalam masa yang sama ada customer pompuan (lawa, seksi dan cun jugak) datang nak order kepak ayam. pompuan tu order 10 ketul. tiba2 dia tambah 16 ketul. toke tu cakap kalo nak 16 ketul nanti aku tak cukup pulak. korang nak tahu tiba2 je toke tu buat decision cakap kat aku 'pompuan ni order 16 ketul, so awak dapat 2 ketul je'. aku terbangak2 eh bukan aku ke yang datang dan order dulu. toke tu selamba badak cakap pompuan ni order 16 so awak ada 2 ketul je. dengar camtu aku mula hangin dan pandang muka kaklong ap terus blah dari situ. kesian budak2 tu nak makan kepak ayam tak dapat. memang *&^%$**#@ toke tu. aku mula sumpah seranah. geram betol. boleh pulak macam tu. aku order dulu pastu dia yang tentukan sapa yang layak dapat kepak ayam dan sape yang tak patut dapat.


kami dah blur tak tahu nak makan hape. kedai makan semua tutup. sudahnya aku cakap kita beli burger. burger tu sedapppp sangat. semua cakap orait. lepas beli burger ap masuk 7/11 beli 100 plus. sekali lagik aku hangin sebab 100plus 1.5 liter rm4 sebotol. kenapa mahal sangat? kat kedai lain paling mahal pun rm3.50 sebotol. sebelum ni aku survey barang2 yang dijual di 7/11 memang mahal. tak padan2 reganya. tak ada orang komplen kot...aku dah komplen dah...hahahah


balik rumah masing2 lapar tahap gaban terus ngap burger yang aku kata sedaaappp sangat tadi tu. burger tak sedap ok. eh kenapa tak sedap? dah bertahun2 nino paklang beli burger kat situ selalunya ok sehingga menjilat jari. kali ni tak sedap. ngan tawar. daging kembang semacam. mayonis bergelumang bertepek2 ngan sayur. baby makan 2 3 ngap pastu siap ramas2 burger tu. memang tak sedap. aku dan mak makan 3 4 ngap pastu buang. ap order double benjo makan telo je. roti yang dah bertepek ngan mayonis campak masuk tong sampah. adoyaiiii.


selasa, tak pegi memana. masak kurma ayam dan ayam goreng berlada. kali ni baru puas makan masak sendiri. masing2 makan tak berkata2. sedap sangat kot.... :)


lepak, makan, tengok tv, tido, bangun, mandi. itu je keja kami berhari2. berperang ngan cuaca panas. peluh meleleh menceceh dari atas turun ke bawah tak berenti. pintu depan langsung tak boleh bukak sebab awning belum pasang. tak sabar nak pasang aircond. tak larat disimbah peluh dari pagi membawak ke malam. satu hari 4 5 kali mandi dan tukar baju. mesin basuh tu dah tak larat asyik berpusing basuh kain je.


malam sekali lagi kami keluar sebab ap nak makan kotiaw basah. frust kedai tutup lagik. so jalan2 shopping2 kat TF. balik rumah makan nasik ngan ayam goreng berlada.


pagi tadi 8.45 pagi kami gerak. aku anta mak dan budak bertiga tu balik ke saujana utama. hb follow sebab kami nak terus ke imigresen putrajaya. ada something yang berlaku di imigresen putrajaya. patutnya aku tido di saujana utama malam ni. sebab plan nak jumpa odah pasal beautiful esok malam....tapi kejadian yang berlaku di imigresen membuatkan aku penat dan hilang mood. terus tukar plan balik ikut hb ke batu gajah.


odah....sorry banyak2. akak terpaksa balik ke batu gajah...insyaAllah kita plan lain ya. kita jumpa dan sembang2. budak2 tu termasuk mak aku monyok bila tahu aku nak balik. jenuh mak mujuk aku tak bagi balik. kaklong pun frust sebab aku balik. baby....lagik la frust.


on the way balik kat heway ujan lebat ya amat. tak nampak jalan. dan wiper pulak buat hal.. hb terpaksa keluarkan tangan tahan wiper tu dari jatuh ke sebelah kanan. cina workshop tu salah pasang wiper. dorang pasang terbalik. hb basah lenjun sebab tangan dok pegang tepi tingkap.
sabar je.


tak lama pastu boleh pulak apa benda tu.....penghadang hujan yang dipasang kat tepi tingkap. apa ke nama benda alah tu tercabut dan terbang. memang mencabar betol. akhirnya jam 8.15 malam kami sampai di tanjung rambutan anta sarifudin kat restoran dia. minum2 kejap then sarafudin tapau capati tosei ayam marsala bagi kami bawak balik. 8.50 baru sampai rumah. dah tak larat dah tak bermaya sangat. tadi baring2 mata tak mahu lelap sebab badan terover letihnya. tu yang hapdet blog dan bertandang ke blog korang. dah seminggu just masuk kejap2 blog korang. tadi khatam marathon blog korang. walaupun badan ni letih penat mata dah melekat2 tapi lepas baca blog korang terus mata segar-bugar.


sekarang dah 11.42 malam. badan dah mintak baring tapi mata takde tanda2 nak tido....

Monday, February 15, 2010

budak2 kecoh

kecoh...gara-gara anak2 sedara aku jugak nak berblog.

kaklong ok tak kecoh...ap tu....masyaAllah kecoh ngalahkan apa lagik. ngan mulut murai aku riuh rendah ngan suara garau ap. sure jiran sebelah tak tenang ngan kehadiran kami di rumah baru.

secara rasminya kami dah duduk di rumah baru. later aku stori dan jaja picca rumah baru kami yak. semuanya ok.yang tak oknya aduh panas mengelupur macam cacing panas. nampaknya nak kena pasang aircond ni. tak boleh tido...panas menyucuk-nyucuk. pasang 3 kipas tak rasa ape. rasa nak tido dalam bilik air je. tengah malam kami anak-beranak bangun mandi basah pale baru boleh tido. itupun tak lena. bila sedar baju dah lenjun ngan peluh.

baby yang malas mandi dok kat sini satu hari mandi 5 kali. aku ulang mandi 5 kali. satu pencapaian yang amat membanggakan :)

kaklong pun sama. mandi mandi mandi...baru padan muka dorang. muahhhhaahhh

aktiviti kami mengemas tak berenti. mengemas dalam keadaan berpoloh2. paling rajin mengemas adalah baby. tak payah disuruh2 menyapu mengemop basuh pinggan mangkuk.

akan disambung kemudian..budak hitam ni nak makan kotiaw basah pulak dah. dah berzikir tepi telinga aku nak makan kotiaw nak makan kotiaw.

Friday, February 12, 2010

lagu negaraku

baby : pah, cikgu suruh berlatih nyanyi lagu negaraku. pah boleh ajarkan baby tak?

pah : oooo lagu negaraku..ok ikut pah nyanyi


ulang 3 4 kali baby dah dekat2 nak dapat


mak : mak ajo baby nyanyi lagu negaraku

aku : eh mak hafal ke lagu negaraku? *sebabnya aku dah lama tak nyanyi terkolap2 lidah aku nak mengingatkan lirik lagu negaraku itu


mak : apa tak hafalnya...lagu negaraku

aku : oh ya ke? sebab noni dah tak hafal lagu tu

mak : mana boleh tak hafal. mana boleh lupa lagu negaraku

aku : hehehehe :)


malunya aku kat mak lagu negaraku pun boleh lupa. korang jangan tak tahu mak aku pandai nyanyi suara dia sedap. siap ngan lengguk2 lagu lagik. suara pah sangat sedaaaappp kan kaklong kan....


eh korang hafal ke lagu negaraku? kalo tak hafal macam aku ni (lupa la dah 23 tahun tak nyanyi) cekidaut lirik kat bawah ni



Lagu Negaraku
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta


Thursday, February 11, 2010

pah dan baby

bb :pah, baby ada homework. cikgu suruh baby lukis gambar orang pastu tulis la kepala, hidung, tangan, kaki....pah boleh tunjukkan macam mana nak lukis orang boleh tak?

pah :pah mana tahu melokis. nanti pah suruh abang lokiskan. ap, ap tolong lokiskan baby gambar orang...

ap :malam karang la pah. ap nak pegi sekolah ni

pah :baby, abang cakap malam karang lokis


dah malam....

bb : pah, bila abang nak lukis gambar orang ni?

pah : ap, ap lokiskan baby gambar orang...

ap : pah...ap banyak homework tak buat lagi.


ap terus naik atas tinggalkan mak terpinga2


pah : budak ap ni tadi dah janji...baby meh sini pah lokiskan

bb : pah....mana mahunya macam tu. dah la kepala bulat badan bulat tangan pun bulat. tak macam orang pun

pah : pah mana tahu lokis. padam padam

bb : baby tak tahu nak lukis kalau baby tahu baby tak mintak abang buatkan...


suara baby dah macam nak nangis. bila tengok baby dah sedih mak aku pun......


mak : ap ni siang tadi mintak tolong lokiskan gambar orang dia kata malam. dah malam dia kata banyak homework

aku : kenapa...apa masalahnya ni

mak : mak kesian baby ni hah.....*pastu diam...diam rupanya mak menangis

aku : ala mak ni kenapa menangis pulak...kan benda kecik je tu

mak : mak mana la tahu subjek budak2 sekarang...sian baby. kalo ada mama tak jadi macam ni...*nangis lagi

aku : amin tak de ke?

mak : amin belum balik. sian baby terkontang-kanting buat homework sorang2. entah betol entah salah.

aku : kaklong mane?

mak : kaklong pun banyak homework. bertimbun2 homework dia.

aku : abes tu macam mana....nak suruh sape lukiskan gambar orang

mak : tu baby tengah terkial2 melokis pastu padam. lokis lagi padam. sikit lagi je koyak kertas buku dia tu


kesian baby...budak baru masuk sekolah tahun 1 pulak tu. baby perlukan perhatian dan bimbingan orang dewasa bila buat homework. yang senang2 bahasa melayu boleh la mak aku tengok2kan. yang bahasa inggeris simple2 mak tahulah.

apalah daya aku. aku jauh di sini....

Wednesday, February 10, 2010

dah tak sabar nak jumpa

minggu ni adalah minggu yang paling bizi. nak hapdet blog pun tak sempat.
bermula ngan insiden jam 4.22 petang isnin. berlarutan hingga keesokan pagi selasa. pagi tadi balik kuala kangsar packing barang sikit. bantal, periuk kuali pinggan mangkuk hangkut bawak balik rumah baru di batu gajah. penatttttttt sangat.

esok sesi mengemas barang2 yang dihangkut tadi. jumaat....tak sabar nak tunggu petang jumaat menunggu ketibaan duli-duli yang teramat mulai ibunda dan anakanda-anakanda terchenta. dijangka dorang bertolak dari saujana utama jumaat petang dan sampai di batu gajah malam kot.

tengah memerah otak tak tahu nak masak apa menyambut ketibaan dorang nanti. kalo tahap kemalasan melanda ah senang je bawak dorang makan kat kedai...abes citer. tak payah dok penat mikiri apa nak di masak.

mebe minggu depan baru blog ni akan berhapdet. tengok keadaan kalo rajin adalah...bukan apa kalo dorang balik ke sini banyak sangat agenda yang nak dipenuhi. agenda shopping yang pentingnya..hahaha bestnya shopping ngan mak...

baby sedang menghitung hari nak balik ke batu gajah. dia tanya mak, pah arini rabukan. esok jumaatkan pah. eh esok kamis. ooooo ya ke baru kamis ke.

amboi...dah tak sabar la tu nak jumpa nino ye baby.

nino doakan perjalanan pah, ayah, kaklong, abang dan baby selamat sampai ke rumah nino di batu gajah.

Tuesday, February 9, 2010

blog lagi satu

buat readers nestumrasberi.....
sila ke blog nestumrasberi ada sesuatu di sana.....

Monday, February 8, 2010

sarapan 8/2/10


wah lama sungguh tak buat entri makan2.
ini sarapan pagi ni.
aku makan laksam yang sangat mabeles...
uh sedapnya masih teringat2 kesedapannya
hb makan bihun sup
dan seperti biasa hb teh tarik gelas beso
dan aku biasanya minum air suam
tapi orang tu salah dengar dia hantar
teh o suam
rm3 bihun sup dan laksam
dan itu teh tarik gelas beso sudah naik harga........

Sunday, February 7, 2010

aku pernah kena....korang pernah jugak ke?

lKami jugak order mihun bandung muar.. tp malangnya tak sanggup nak makan, nak sentuhpun tak de hati. Geram sgt sebab kakak yg hantar mihun ni boleh letak pinggan kasar sgt.. macam menghempas atas meja. Dgn muka masam & tak hormat langsung kat org. Hubby diam je... dua2 tengok je mihun tu. Then hubby terus bangun masuk kereta. Aku pi bayar & balik :(

sori dhill ai cilok dari blog u


lepas baca ini tergerak hati pulak aku nak stori mori kat sini pasal kisah di kedai makan.


aku jugak pernah alami perkara yang sama berulang kali tapi di kedai yang berbeza. tahap kemarahan bergantung pada mood ketika itu. kalo perut tengah lapar dan mood ok ok so aku just makan. tapi kalo masa tu mood tak berapa nak ok....hah siap ko. memang aku tinggalkan makanan tu seketul macam tu tak berusik. bayar dan blah dari situ.


pernah dulu aku dan hubby selalu makan kat satu kedai tu. dah berbelas tahun aku kenal ngan tauke dia. seminggu sekali kami pegi makan kat kedai tu. kotiaw basah tak basah dia mak aih mabeles u. semua menu kat kedai tu sedap2 belaka. kedai tu bukak 6.30 petang setiap ari. kami datang 6.20 petang kurang 10 minit dari waktu sepatutnya.kami tahu kami datang awal tapi sebelum masuk kedai kami pastikan yang kedai tu dah dibuka sepenuhnya.


kami duduk sorang pun tak datang tanya nak makan ape. aku nampak kelibat2 orang kat dapur so aku lambai2 supaya dorang datang kat aku tapi dorang buat dek seolah2 kami tak wujud di situ.


10 minit berlalu. aku tengok hubby, hubby tengok aku. aku dan hubby tengah lapar so aku anggap dorang tengah bizis kat dapur so aku ke dapur bagi order. boleh dorang cakap kedai bukak lagi 10 minit so lagi 10 minit kami amek order. boleh ke begitu? cara bercakap tu dah memang la kasar bunyinye lepas tu siap hempas2 baldi hempas kotak. amboiiiii ko.



aku pegi kat hubby belum sempat aku sampai hubby dah angkat vontot blah. kiranya 5 6 bulan jugak kami tak jejak kaki ke kedai tu. masih terasa sakitnya hati kami dilayan macam orang mintak sedekah. satu ari tu aku terserempak ngan tauke kedai tu, dia tanya lama tak nampak aku makan kat kedai dia. aku pun cerita kenapa kami tak datang kat kedai dia. katanya bukan aku sorang mengadu pasal tu ramai jugak pelanggan2 tetap dia cakap benda yang sama.



kisah kedua pulak....kat batu gajah ni ada sebuah kedai melayu yang jual ayam goreng ala kentucky. kedai ayam goreng ni bukak dari jam 6.30 petang hingga 9 malam. kedai ni femes seantero batu gajah sehingga ke ipoh dan belah2 kampung gajah, parit hinggalah ke setiawan. pendek kata kalo datang ke batu gajah sebelah petang tak sah kalo tak beli ayam goreng ni. pelanggan sentiasa bersusun2. nak beli kena berbaris panjang. kadang2 tu sampai turn kita ayam dah abes.


keistimewaan ayam goreng ni bau ketika digoreng boleh dinikmati oleh penduduk batu gajah sekitar radius 5 km. bau tu sahaja boleh membuatkan jantung berdenyut nyut nyut. belum makan lagik. ayam tak sah citer la...lembut sesangat. rempah-ratus yang digunakan untuk perap ayam tu menjadi rahsia pemilik kedai tu. aku dengar citer pernah sorang tauke cina nak beli resepi ayam tu dengan harga RM100K tapi takan tauke ayam goreng tu jual resepi tu kan. selain jual ayam goreng, tepung untuk goreng ayam pun ada dijual dengan harga sekilo rm4.50. agak mahal harganya tapi berbaloi2 sebab kita akan dapat rasa sebijik cam ayam goreng yang kita beli.


kerana menjual ayam goreng dorang laki bini pakai kereta2 mewah. lupa nak citer dua orang laki bini tu dengar kabar dua2 cikgu. so menggoreng ayam ni part time dorang je. dan dengar ceritanya kerana menjual ayam goreng dorang hidup mewah rumah bungalow besau u.


dah jadi resam manusia bila kedai dah meletops so perangai tauke dia pun meletop2 jugak. bila orang bersusun2 nak membeli muka tauke laki bini dah tak maneh dah. menjual sambil tarik muka empat belas gitu. dek kerana ayam goreng dia yang sedap itu orang tak peduli pasal muka maneh ke tak maneh. janji dapat makan ayam goreng sedap.


aku banyak kali kena ngan bini tauke ni time aku membeli dia cakap kasar, cara dia bagi plastik ayam goreng tu pun kasar. cara memberi baki duit pun kasar. memang sakit hati tapi..... tu la ayam goreng dia sedap sangat la korang.....bila terasa nak makan ayam goreng lupa seketika peel bini dia.


yang ni peristiwa ni membuatkan aku hilang sabar dan merajuk berbulan2 eh setahun kot tak beli ayam goreng dia. aku sampai kat kedai tengok orang tak de. pelik aku. selalunya orang berbaris panjang. nak kata masih awal tak jugak. masa tu dah lepas magrib camtu. selalunya time2 gini orang bersusun2. ada sorang cina je kat situ. cina tu nampak bergaya dan bini dia speaking london ngan cina tu. dia tak peduli pun aku yang tercogok berdiri kat situ. bukan main mesera bini dia melayan cina tu. selalunya tak pernah tengok bini dia bermaneh muka apatah lagik nak bersembang ngan pelanggan. oh rupanya cina tu doktor...patut la....sikit punya layan.


disebabkan orang tak de sorang pun so aku berdiri betul2 depan cermin display ayam goreng dia. pertama aku nak amek bau ayam goreng yang menusuk kalbu. kedua dah orang tak de tak kisah la aku nak diri kat mane pun kan. selalunya orang akan berbaris kat tepi display.


sambil dia membungkus ayam goreng cina tu sekali-sekala dia pandang aku. kali ketiga dia pandang aku dia cakap 'hey....hey......shuh shuh jangan berdiri depan cermin display tu' ' nanti cermin berkabus'


adakah aku tersalah dengar dia kata hey....ok hey tu tak pe lagi. dia kata shuh shuh.....mentang2 dia jual ayam so aku pun dia anggap macam ayam kah? menyirap darah aku. tolonglah....bukannya aku nak menghembuskan nafas aku kat cermin tu.


mulanya nak angkat kaki tapi mengenangkan suami terchenta mengidam nak makan ayam goreng sebab baru kebah demam so dengan muka yang mencuka aku beli la jugak.


jadinya selepas tu, itu kedai sudah kena banned ngan aku. bukan apa......rasa tak patut la dia cakap macam tu kat pelanggan. apa salah cakap bebaik tak rugi kan. janganlah hey hey pada pelanggan. patut la pun orang dah makin kurang tak macam dulu......wallahualam.

Saturday, February 6, 2010

manusia paling dekat dengan Allah ketika sujud solat

DARIPADA Anas, katanya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sempurnakanlah sujud mu! Jangan membentangkan dua siku seperti anjing (tidur).”


Sujud ialah meletakkan kepala di bumi. Ketika sujud, fikiran berada lebih rendah daripada hati. Ulama mengatakan bahawa sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah SWT.


Sebenarnya ketika seseorang manusia itu mengerjakan solat, berpuluh-puluh iblis akan datang menggoda. Sesetengahnya datang pada setiap anggota badan supaya datang perasaan malas, was-was, terlupa bilangan rakaat, bimbang pada pekerjaan dunia yang ditinggalkannya, sentiasa hendak cepat, hilang khusyuk dengan mata sentiasa menjeling ke kiri ke kanan, telinga sentiasa mendengar orang bercakap serta bunyi-bunyian lain.


Malah ada juga iblis yang duduk di belakang badan orang yang solat itu supaya ia tidak dapat sujud lama kerana penat atau sebagainya. Ketika sujud kita digalakkan bertafakur beberapa ketika.


Dari segi kesihatan, bersujud boleh mengelak penyakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari kita perlu bersujud. Ahli sains menemui bahawa ada beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan. Dalam solat, cara sujud mestilah mengikut kaedah paling sempurna iaitu turun ke bawah dengan tangan, meletakkan ia ke bawah sebelum lutut. Kita dilarang meniru cara unta duduk iaitu cara duduk dengan lutut dulu.


Hendaklah jadikan tapak tangan sama aras dengan kedua bahu. Tidak meletakkan (melebarkan) lengan di tanah seperti anjing. Meletakkan hidung dan dahi di atas bumi. Begitu juga dengan lutut serta perut jari kaki. Menegakkan kaki dengan tumit berdiri tegak selari. Semua anggota disebutkan tadi dipanggil sebagai anggota sujud yang menentukan sempurna atau tidaknya sujud seseorang sedang solat iaitu seperti mana diperintahkan Rasulullah SAW.



Kredit : Berita Harian Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Thursday, February 4, 2010

nikmat sedekah

akceli dah lama entri ni terperap dalam draft nestumrasberi tapi aku tak publish. aku teragak2 nak publish ke tak. takut nanti disalah ertikan. ya la bab2 sedekah jariah ni isu sensitif. nanti dikatakan riak nak menunjuk2. setelah ditimbang-tara dan dengan niat hendak berkongsi pengalaman akhirnya aku publish post ini.

ini berdasarkan pengalaman aku sendiri.......

15 tahun yang lepas gaji aku siput dapat gaji boleh setel hutang kat bank je, ada la belen sikit2 untuk belanja seharian. pendek kata tak boleh nak mereka itu ini nak shopping beria2 macam orang lain tu. pastu nak tambah income aku buat mlm. pun tak cukup jugak. aduhhhhh memang masalah besar.

ada sorang kawan aku, gaji dia kecik dari aku. hujung bulan dia sama macam aku bayar hutang kat bank. tapi aku tengok dia ni sentiasa berduit. nak kata dia buat mlm macam aku tak jugak. nak kata dia buat part time kat mana2 tak jugak. kalo aku terdesak bukak mulut mintak minjam duit dari dia anytime dia boleh bagi.

satu hari tu aku tanya kat dia apa rahsia dia.....simple jawapan dari dia

pertama sentiasa doakan ibubapa
kedua bersedekah mengikut kemampuan

yang pertama tu tak de masalah bagi aku. dia tanya lagik ko doakan emak bapak ko ikhlas tak? dah tentu la ikhlas kan doakan mak bapak kita. dia tanya camne aku berdoa. aku pun bla bla bla bla dia tanya lagik masa doa tu nampak tak muka mak bapak kita? hah part tu aku terkedu. rupanya nak doakan orang kita kena bayangkan muka orang tu baru ikhlas baru makbul.

yang kedua bersedekah....yang ni aku lemah sikit. camne aku nak bersedekah aku pun cukup2 makan je. kalo bersedekah mis soru la pulak.

bila cakap camtu kawan aku ni punya la tibai aku cukup2. kata dia takan seposen pun aku tak mampu. aku jawab balik 'ish kalo seposen baik tak payah'.

mengucap panjang dia dengar aku cakap camtu. kata dia sedekah jariah walau seposen sekalipun dengan hati yang ihklas insyaAllah dapat ganjaran yang besar. sedekah jariah bukan terletak pada berapa ringgit malaysia yang kita hulur. tapi pada hati yang ikhlas. aku tak berapa nak setuju aku iya2 kan saja. dalam hati ada ke sedekah seposen baik tak payah.

disebabkan cetek ilmu aku tak bersedekah. bagi aku kalo nak sedekah tu paling kurang rm10 baru berbaloi.

kemudian aku berjumpa dengan beberapa kenalan lain yang hidup dorang nampak berduit nampak mewah. aku tanya dorang apa rahsianya dorang sentiasa berduit? jawapan yang aku terima hanya satu perkataan sahaja 'sedekah'

aku masih lagik ngan fikiran lapuk aku tu, aku sendiri pun tak cukup macam mane nak sedekah kat orang. sekali-sekala datang dalam fikiran aku maybe betol apa yang dorang cakap. sedekah ikut kemampuan. tapi aku ni duit tak pernah yang cukup. bila ada duit lebih sikit niat nak bersedekah ada saje yang menghalang. contoh baru niat nak sedekah dah kereta rosak. pendek kata memang langsung tak boleh nak bersedekah.

rezeki aku pada masa tu tak naik tak turun. statik manjang. ini membuatkan aku bermuhasabah diri dan mencari ilmu yang boleh dimanfaatkan. aku search internet mencari surah2 al-quran yang boleh aku amalkan untuk menambahkan rezeki. aku beli buku2 ilmiah mencari rahsia untuk membuka pintu rezeki.

apa yang aku jumpa........bersedekahlah anda ke jalan yang benar. sedekah lagi.......perkataan sedekah saje yang aku jumpa. mula tu cam nak marah pun ada. tak abes2 suruh kita bersedekah. macam mane aku nak bersedekah aku pun tak cukup...itu saja alasan yang bermain dalam fikiran aku.

lama-kelamaan (lama jugak beberapa tahun selepas itu) bila dah berpuluh2 kali asyik jumpa perkataan keramat sedekah sedekah sedekah.....akhirnya aku pasrah. jiwa ku menjadi lembut dengan kepasrahan aku itu.

dalam hati ni dah berkobar2 nak bersedekah tapi macam yang aku cakap tadi tiap kali nak bersedekah ada saja yang menghalang. aku tersepit antara niat nak bersedekah dan duit yang tidak pernah cukup. perasaan nak bersedekah tu meluap2 selagi aku tak bersedekah selagi tulah jiwa aku tak bahagia gitu.

sampai la satu hari tu....dalam purse aku ada 30 puluh ringgit sahaja sementara nak tunggu gaji. dah bajet dah 3 hari lagi nak gaji. so 1 hari belanja rm10 dah ok la tu.

aku balik kampung ngan hb. aku cakap aku teringin nak sedekah sipolan tu kesian kat dia tapi kalo sedekah kat sipolan tu lari bajet aku. kebetulan masa kami sampai sipolan tu ada depan umah dia. hb terus cakap kat aku 'hah kata nak sedekah' aku teragak2 kang kalo sedekah aku pulak mis soru. sekali malas nak pikir panjang aku bukak handbag capai rm10 terus sedekah pada orang tu. orang yang terima duit aku tu cam nak nangis maybe masa tu dia perlukan duit tut tut aku bagi kat dia.

korang tahu lepas aku sedekah tu.....aku pulak rasa nak nangis sebab duit tinggal 20 ringgit je. aku bebel2 dalam hati kenapa bodohnya aku. dah tahu duit ngam2 pi sedekah kat orang. aku istifar banyak2 kali aku lawan perasaan menyesal tu baru aku rasa lega. aku sematkan dalam hati aku ikhlas sedekah orang tu tadi. aku tarik nafas panjang2 aku cakap insyaAllah ada lain rezeki untuk aku nanti.

dengan kuasa Allah yang maha penyayang petang tu tak disangka2 aku dapat rm280.00. aku memang tak duga aritu aku dapat rezeki Allah bagi. terus aku teringat aku sedekah orang tu pagi tadi....alhamdulillah berkat sedekah rm10 aku dapat beratus2 kali ganda dari itu. syukur syukur syukur saja yang keluar dari mulut aku aritu. ini rupanya nikmat bersedekah.

aku termenung kerana inilah kali pertama aku dapat rezeki terpijak. Ya Allah baru kali pertama aku bersedekah dengan perasaan yang amat ikhlas sekelip mata Allah bagi rezeki berlipat ganda pada aku. hati aku sebak sepanjang malam dan memikirkan kata-kata hikmah dan keramat yang aku jumpa sebelum ini iaitu perkataan sedekah. rupanya bersedekah dengan hati yang paling ikhlas Allah akan beri kita rezeki dari berbagai cara yang kita tidak sangka.

bermula pada itu......setiap kali aku gaji aku akan peruntukan sedikit bahagian untuk aku sedekah kepada yang memerlukan. begitu juga apa yang kami suami isteri lakukan sekarang setiap projek yang hb dapat insyaAllah ada bahagian untuk kami sedekahkan....dan aku sentiasa berdoa semoga niat kami ini berterusan sehingga ke akhir hayat kami. dan perasaan aku sekarang sangat bahagia kerana dengan bersedekah itu dapat menyucikan rohani dan jasmani aku.

alhamdulillah sehingga sekarang Allah berikan kami rezeki. alhamdulillah syukur.......kadang2 tu rasa macam bulan ni tak cukup duit risau pun ada (dalam hati berdoa insyaAllah ada la rezeki tu)... beberapa hari selepas tu tak sangka Allah bagi rezeki.

dan berkat aku menyanyangi anak2 sedara yang kehilangan mama, Allah jugak berikan kami rezeki yang melimpah ruah. ustaz cakap menyanyangi anak2 yatim jugak satu sedekah amal jariah.

bersedekah tidak semestinya pada wang ringgit semata2. memberi nasihat yang ikhlas jugak satu sedekah. memberi pendapat dan pandangan yang ikhlas jugak satu sedekah. aku nak ambil kesempatan berterima kasih pada dhill dan kak nani kerana berkongsi pandangan dengan aku dan kaklong. sekarang kaklong dah ada matlamat untuk masa depan dia. kerana pandangan yang diberikan, kaklong dah tidak bercelaru lagi menentukan masa depan dia. terima kasih!

Wednesday, February 3, 2010

membuka pintu rezeki

Salams, for sharing.....


Dato' Dr. Fazilah Kamsah pernah berkata

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada )", nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...


Berdasarkan Hadith Nabi :

"Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari

"Huraian hadith: - jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa(baik yang hidup mahupun yang sudah tiada )

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibubapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibubapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2. ...tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah


Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris.Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsbnya..)

InsyaAllah Berusaha dan bertawakal

Keperihatinan anda diperlukan


aku dapat email dari kawan


Keperihatinan anda diperlukan...

Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain.

Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....Wassalam!

Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan $0.01 kepada keluarga adik NURUL

Anak ini memerlukan keperihatinan kita semua...


Assalamualaikum/Salam sejahtera ,

Penulis sebagai mewakili ahli keluarga adik Nurul Aysha Safiya bt Samsulrizal( 4 tahun), merayu kepada sesiapa yang prihatin agar dapat membantu meringankan beban keluarga adik Nurul.. Adik Nurul baru saja selesai menjalani beberapa kali pembedahan penambahan tulang dibahagian leher akibat tulang leher patah (bukan akibat dari sebarang kemalangan atau penderaan tetapi oleh kerana tulang leher yang lembut dan tidak mampu menampung berat kepalanya dan salah satu faktor adalah kanak-kanak istimewa -down sind ro m).. Beliau kini terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan yang berharga RM40,000 tidak termasuk kos-kos sampingan (tiub untuk membuang kahak dan air kencing, generator untuk membantu alat penafasan ketika bekalan elektrik terputus).

Memandangkan kos-kos sampingan agak tinggi, diharapkan sumbangan anda serba sedikit dapat membantu meringankan beban keluarga beliau. Jika tidak berkemampuan dari segi wang ringgit sekalipun, cukuplah dengan memanjangkan email ini kepada saudara2 yang lain.. Setiap satu email yang anda fowardkan akan didermakan RM0.01 kepada keluarga adik NURUL.

Semoga usaha kita ini mendapat limpah berkat dari Allah swt....

Wassalam!

Hari ini dia susah, kita senang...esok lusa tak mustahil jadi sebaliknya dengan kehendakNYA!

Tuesday, February 2, 2010

satu kesilapan!

arini aku dan hb dah melakukan satu kesilapan yang tidak disengajakan
niat kami suci murni nak tolong orang dengan ikhlas
tapi niat kami disalah ertikan
malah kami dikeji dan kenyataan kami diputar belitkan

kami menjadi bahan ketawa. sangat memalukan. kalo nak diikutkan tak mahu lagik kami menjejakkan kaki ke situ. tak apalah. yang dah berlaku biarkan saja. Allah maha kaya maha mengetahui niat ikhlas kami itu.

biarlah kami ditertawakan. kami dah lali ditertawakan. insyaAllah satu hari nanti kebenaran akan berpihak pada kami. hanya masa sahaja yang menentukan, insyaAllah.

selepas ini kami perlu berhati2. selepas ini kami harus lebih berwaspada. selepas ini kami perlu mengikut gerak hati. kalo hati tak sedap so kami tak kan teruskan. memanglah hati aku berkata2 tapi mengenangkan niat nak tolong. itu je.

Ya Allah kami sentiasa memohon perlindungan dan memohon petunjuk dariMu. Bimbinglah kami kejalan yang diredhai olehMu. Jauhilah kami dari melakukan perkara2 mungkar. Ya Allah hapuskan segala kedukaan dan keresahan dalam hati ku.....amin.

demam lagi




ini budak demam lagi. arini tak pegi sekolah. suka la tu tak gi sekolah
bb : haluuuuuuu nino. baby demam
aku : oh...
bb : kejap lagik ayah bawak gi klinik
aku : oh...
anak2 ena mudah dapat demam. aku nak carik supplement untuk dorang.
p/s
arini pagi2 lagik aku dah malaaaaaasssss
akceli banyak keja nak buat dan tak siap lagik